Monday, November 16, 2015

Venus

Bukan mudah mengait perasaan dan pemikiran untuk diterjemahkan dalam perkataan, namun kadangkala, sesukar manapun ia, perlu juga dipaksa-paksa, agar jiwa lain tidak tertanya-tanya dan menderita. Jika perlu marah, marahlah, andai nada tinggi mampu menyelesaikan. Kerna diam itu kadangkala mampu membinasakan. Hamburkan segala kata-kata yang terpendam, agar kusut dapat dirungkaikan. Atau mungkin sahaja, kita boleh duduk dengan aman, menarik-narik lembut rambut dari gunungan gandum. Ketahuilah, berprasangka-sangka itu meletihkan. Aku lebih rela dimarahi dari dibiarkan sepi. Komunikasi. Itu penting sekali. Aku bukan qasyaf. Ampun dan maaf.


From Venus,
Madusemalu.
2.00am
17/11/2015


1 comment:

  1. Betul. Berprasangka itu meletihkan.

    Dari diam tertanya² baik terus bertanya hakikat sebenar.

    :)

    ReplyDelete