Saturday, July 12, 2014

Assignment Seumur Hidup

Bismillahirrahmanirrahim....Allahumma solli ala muhammad wa'ala ali saidina muhammad...

XX : Awak,, saya ada assignment tuk awak....
XY : Assignment??? errr.....bile nak hantar??
XX : Ermm...tak payah hantar la...best tak?
XY : Best best...tapi assignment apa?





Untuk saya, untuk awak, dan untuk yang namanya Muslim...Ni assignment untuk kita...^__^

Buat RPH dan RPT tuk anak-anak kita...

Sebelum ni kita sibuk merancang elok-elok, mahu beri yang terbaik tuk anak-anak murid, lalu RPH diperuntukkan masa yang banyak...tapi kita lupa nak rancang RPH tuk anak-anak kita...Medan jihad wanita,,pusat jihad wanita,,bermula di rumah....Gelanggang yang kecil tapi peranan yang amat besar...Allahu...

--> Bila kita beri pada Islam..Bukan bermakna kita yang banyak beri tapi sebenarnya kita yang banyak menerima...

Ustazah Wahibah dalam linangannya berkongsi yang dia sangat-sangat tidak sangka dia sudah mempunyai 3 orang anak yang hafiz al-Quran..bukan senang mahu menghafaz..tapi inilah rezeki yang Allah beri bila kita tidak sombong nak memberi pada Islam...Mungkin sekarang tak nampak apa yang kita dapat...sudahlah bekerja tanpa gaji, kena guna duit sendiri untuk bergerak, kena keluarkan duit lagi tuk infaq...Tapi insyaAllah Allah akan balas dengan rezeki yang tidak disangka-sangka!..Allah kurniakan suami yang melayan baik isteri, Allah kurniakan anak-anak yang taat pada kita, Allah kurniakan kebahagiaan dalam kehidupan...

--> Memang Allah akan uji kita dengan ujian tuk lihat keIKHLASan kita dalam memberi....

Oleh itu, ujian-ujian inilah yang menjadikan kita tuk terus thabat dalam perjuangan, dan bukannya makin melemahkan..inilah ribat kita dalam bergelar abnaul haraki...

--> Kita dah memasuki fasa ke4 dan sedang menuju fasa yang ke5

FASA 1 :
Menurut Rasulullah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Rasulullah masih hidup. Zaman ini sudah berlalu…

FASA 2 :
Kemudian, datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat bahawa umat diperintah oleh 4 Khulafa’ Ar-Rasyidin. Zaman ini JUGA sudah BERLALU…

FASA 3 :
Kemudian, datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang ‘menggigit’. ‘Menggigit’ dalam hadith tersebut bermaksud, mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat, pada zaman ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah, dan Uthmaniyyah yang berkuasa dengan menggunakan sistem Monarki. Zaman ini JUGA telah BERLALU…

FASA 4 :
Kemudian, datang pula satu zaman, yang mana dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Dan fasa itu adalah zaman SEKARANG…Kemudian, setelah berlalunya fasa ke4,akan datang pula fasa ke5. 

FASA 5 :
Fasa ke5, dunia akan kembali diperintah mengikut cara nabi berasaskan syariat Islam. Setelah habis bercerita mengenai fasa ke5 tersebut, tiba-tiba Rasulullah diam. Dan DIAM tersebut bermaksud ‘SEJARAH MANUSIA SUDAH TAMAT’


Oleh itu, jadikan diri kita ni insan yang menyumbang tuk mencapai fasa ke 5...Didik diri kita dan didik generasi-generasi akan datang..Kita akan mati, tapi cucu-cucu kita lah yang akan meneruskan rantai perjuangan ni...bermula dengan sapa?? mestilah bermula dengan diri kita...

--> Apa beza yahudi dan bani Israel?

errr....panjang ceritanya..tambah pulak aku dengar dalam keadaan sombong tak mencatit apa-apa...yang aku ingat...bila Bani israel (keturunan yang bertemu Nabi Yaakub) ni taknak masuk palestin, mereka sesat selama 40tahun di luar Palestin...Kalau mengikut Genecology nya, 40 tahun ni 1 tempoh yang habis 1 generasi..maksudnya, generasi bani Israel ni dah habis dah time tu...generasi seterusnya kita sebut sekarang yahudi..yang mana yahudi dah takde keistimewaan-keistimewaan seperti bani Israel dahulu..dan dorang takde hak pun nak masuk Palestin apatah lagi nak merebut tanah Palestin...Wallahua'lam...aku tak kaji, aku hanya dengar dengan sombongnya, kalau silap sila tegur...kalau ada penambahan sila-silalah menambah...dan silalah kaji sendiri..hehehe :p


Jadikan diri kita punca Hidayah
Madusemalu
9.24am
13/7/2014
Wisma PASTI Malaysia
Gombak


*Terima-kasih Moksu....u've inspired me a lot...*

No comments:

Post a Comment