Thursday, June 19, 2014

Ibu Ketam

Seekor ibu ketam...sungguh dia berjalan mengiring..tetap juga mahu anak-anaknya berjalan tegak...

Seorang wali peneguk arak...tetap jua berkeringat menghantar anak-anaknya ke sekolah tahfiz...

Dua orang tua lelaki dan perempuan menoreh getah..tetap jua mahu pewarisnya memegang stetoskop...

Seorang guru biasa menaiki kereta tua...tetap jua mahu anak didiknya memiliki estet-estet...

Seorang sahabat yang separuh gila separuh siuman...tetap jua mengajak sahabatnya tuk solat berjemaah..

Maka..aku kira, tiada salahnya jika...

Seorang naqibah yang memiliki ilmu setitis air....tetap jua mahu melahirkan mad'u  berilmu seluas hamparan pandangan..

Seorang naqibah yang tersipu-sipu...tetap jua mahu melahirkan mad'u tegas A salah tetap salah!

Seorang naqibah tin kosong..tetap jua mahu melahirkan mad'u padi menunduk berisi...


Itu pandangan dari sudut 30 darjah..

Ini pandangan dari sudut 60 darjah..



Selalunya hati itu dapat disentuh hanya dengan hati...

Mana mungkin hati yang rosak dapat menyentuh hati yang suci...

Mana mungkin hati yang hitam mampu lahirkan hati yg benar2 putih...


Timbang punya timbang

Fikir punya fikir


Persetankan desiran negatif

Bisikan positif diserap

Jika bukan sekarang bila lagi?

Jika sempurna dinanti,

Yakinkah lambat mati?



Bukan butiran terakhir rantai perjuangan
Madusemalu
3.40am
20/6/2014
5.1.3 (2)
KHAR BLMT
Proton City




No comments:

Post a Comment