Wednesday, May 28, 2014

101 Impian

Bismillahi...Alhamdulillah...



Setiap orang perlukan alasan tuk hidup?? hidup untuk ape? Untuk ape kita hidup?? Soalan klise namun di setiap kalinya muncul soalan ini, minda terjentik, neuron cuba mengaktifkan diri, kening bertemu kening, lalu mulut mula cuba melontarkan bait-bait retorik penyedap aksara...Ahhh,,biar ape pun,,tiap orang perlukan alasan untuk hidup..dan itu hak kamu, segala-galanya berbalik pada hati...ini jalan dan pilihan kita..^__^ Redha itu yang diburu insan picisan seperti kita...

Nah, ini impian aku..Ini alasan aku tuk hidup...ini perinciannya,, sedang lembayung kata kunci lebih besar adalah WAKAF...walau ape pun yang dilakukan, kita perlu wakafkan diri tuk Islam...Allah! Besar makna...

1. Nak hantar mama dan abah pergi tunaikan haji
2. Nak tunaikan haji dengan suami
3. Nak ada perniagaan sendiri
4. Nak tubuhkan PASTI
5. Nak ada rumah sendiri dan guna tuk jemaah
6. Nak ada kereta sendiri
7. Nak ada anak yang ramai yang berjaya kesemuanya
8. Nak anak yang faqih ilmu agama
9. Nak anak yang menjadi pimpinan
10. Nak anak yang boleh bagi ceramah kat masjid
11.  Nak anak yang akhlak tiptop, soleh dan solehah
12.  Nak melancong ke luar negara
13. Nak bawak keluarga pergi melancong
14. Nak anak yang syahid
15. Nak terbitkan novel/buku
16. Nak pergi pondok ke pondok menadah kitab
17. Nak thabat dengan gerak kerja dakwah
18. Perlukan suami yang sefikrah
19. Nak sama-sama dengan suami buat gerak kerja jemaah
20. Nak honeymoon tiap-tiap tahun..dekat-dekat pun takpe..
21. Nak jadi isteri solehah ^___^Y
22. Nak jadi pendidik bersifat murobbi
23. Alamak! anak yang solehah tak capai lagi!
24. Teringin mewakafkan harta tuk anak yatim dan fisabilillah
25. Macam best je kalau buat LASIK dgn Dr. Muhaya
26. Ade butik tuk pakaian muslimah..pakaian luar & dalam..tempat tertutup..biar muslimah tak malu nak pilih2..lepastu harga murah2 je..
27. Cam best je kalau ade swimming pool khas tuk muslimah..takde sorang pun muslimin dibenarkan masuk
28. Memajukan COCAP di persada antarabangsa..woohaa~ =D
29. InsyaAllah jika berkeluarga nanti nak ada usrah keluarga...dengar luahan hati anak2 dan bg nasihat..=)
30. Teringin nak buat family day setiap tahun.. =D

31 hingga 101 ditangguhkan dulu...nanti sambung lagi..insyaAllah....




No comments:

Post a Comment