Wednesday, April 23, 2014

My Sugar Daddy


Bismillahirrahminirrahim....

Allahumma solli ala Muhammad,wa'ala ali saidina Muhammad..


             

Lebiu dedi!

                      

                                          
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Gaji abah dah masuk
Gaji yang tertunda selama 6 bulan!
6 bulan tu...
Alhamdulillah gaji mama cukup
Tuk menampung beberapa bulan lepas...

Gaji tertunda
Akarnya adalah kerana sahabat!
Kes masa bujang lagi
Hingga beranak pinak
Alhamdulillah kes mahkamah sudah selesai
Abah di'announcement'kan sebagai muflis
Alhamdulillah harta2 semua tidak disita
Hanya nama diblack-listkan....

Alkisahnya
Menjadi penjamin tuk sahabatnya
Ya, juga seorang guru
Ya, juga seorang muslim
Dia lepas tangan
Hingga abah terheret sama

Diajak tuk duduk berbincang
Santai sambil menghirup kopi
Namun dibalas hentakan di meja
Lalu beransur pergi...

Ujian itu menjadikan kita kuat!

"Abah rasa kosong hidup ni"
"Abah janganlah cakap macam tu,,xpe bah,,rezeki ada di mana2"
Senyumku meleret pada abah
Asbab mahu sejukkan hatinya
Lalu ke kedai membeli Cloud 9
Aku makan banyak
Beri sedikit pada abah
Walau luaran kutenang
Dalam hati ni dah banjir
I feel u abah!

Sedih bila insan tersayang sedih
Jika mahu digarapkan
Sangat panjang entri ni
Biarlah ia menjadi pedoman
dalam lipatan ingatan kami

Namun, ujianNya yg sedikit ni
Terselit..............
Jap! bukan terselit..
Tapi terlihat banyak hikmahnya...
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Berhati-hati dalam bersahabat
Hidup ini ujian
Ujian kesusahan lebih mudah dari ujian kesenangan
Ujian sebesar proton dalam nucleus!
Sedangkan nikmatNya melangit tinggi
Selalu pandang 'apa yg aku takde'
Sedangkan 'apa yg aku ade'
Jauh bermarhalah-marhalah daripada
'apa yg aku takde'...
mohon kurnia sifat Qanaah...


Senyum;
Madusemalu

2 comments:

  1. xde pape la dayah..Alhamdulillah semua dah lepas...gaji abah pun dah masuk! =)

    ReplyDelete