Wednesday, April 23, 2014

Sentapan

Test organic 2 chemistry
terasa gelabah bila
Dah study pun still x boleh jawab

eh?
Jawab boleh
Betul ke salah
tu belakang cerita
Macam banyak salah 
-___-"

Bila terkial-kial menjawab
Terasa nak tanya kawan

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dalam kubor nanti boleh tanye kawan sebelah tak ea?





Sekian..

My Sugar Daddy


Bismillahirrahminirrahim....

Allahumma solli ala Muhammad,wa'ala ali saidina Muhammad..


             

Lebiu dedi!

                      

                                          
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Gaji abah dah masuk
Gaji yang tertunda selama 6 bulan!
6 bulan tu...
Alhamdulillah gaji mama cukup
Tuk menampung beberapa bulan lepas...

Gaji tertunda
Akarnya adalah kerana sahabat!
Kes masa bujang lagi
Hingga beranak pinak
Alhamdulillah kes mahkamah sudah selesai
Abah di'announcement'kan sebagai muflis
Alhamdulillah harta2 semua tidak disita
Hanya nama diblack-listkan....

Alkisahnya
Menjadi penjamin tuk sahabatnya
Ya, juga seorang guru
Ya, juga seorang muslim
Dia lepas tangan
Hingga abah terheret sama

Diajak tuk duduk berbincang
Santai sambil menghirup kopi
Namun dibalas hentakan di meja
Lalu beransur pergi...

Ujian itu menjadikan kita kuat!

"Abah rasa kosong hidup ni"
"Abah janganlah cakap macam tu,,xpe bah,,rezeki ada di mana2"
Senyumku meleret pada abah
Asbab mahu sejukkan hatinya
Lalu ke kedai membeli Cloud 9
Aku makan banyak
Beri sedikit pada abah
Walau luaran kutenang
Dalam hati ni dah banjir
I feel u abah!

Sedih bila insan tersayang sedih
Jika mahu digarapkan
Sangat panjang entri ni
Biarlah ia menjadi pedoman
dalam lipatan ingatan kami

Namun, ujianNya yg sedikit ni
Terselit..............
Jap! bukan terselit..
Tapi terlihat banyak hikmahnya...
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Berhati-hati dalam bersahabat
Hidup ini ujian
Ujian kesusahan lebih mudah dari ujian kesenangan
Ujian sebesar proton dalam nucleus!
Sedangkan nikmatNya melangit tinggi
Selalu pandang 'apa yg aku takde'
Sedangkan 'apa yg aku ade'
Jauh bermarhalah-marhalah daripada
'apa yg aku takde'...
mohon kurnia sifat Qanaah...


Senyum;
Madusemalu

Tuesday, April 22, 2014

Ini Aku



Belum saatnya

Jika ditakdirkan bukan kau sekalipun
Aku takkan menyesal
Bersikap seperti ini kepadamu

Aku bukan milikmu
Kau bukan milikku
Aku bukan sesiapa bagimu
Kau bukan sesiapa bagiku

Hina dina;
madusemalu

Thursday, April 17, 2014

Teguran Allah Sepantas Ferrari

Bismillahhirrahmirrahim....

Allahumma solli ala muhammad wa'ala ali saidina muhammad..



Dalam pada kita bertatih menyeru insan lain, Allah juga menyeru pada kita...Allah nak ajar,,Allah nak tegur,,dan Allah nak 'tunjuk' dirinya...

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...Allah kurniakan 3 insan hebat sebagai penambah seri semester akhir...

                       
ukhuwwah semanis oreo
                                     

aku mahu rasa apa yg kau rasa...

Allah,,teguran Allah datang melalui sahabat...Janji dengan mereka mahu dating jam 8 malam..kerana ada sedikit kekangan, perjumpaan ditunda kepada selepas jam 12malam iaitu selepas insan2 hebat selesai hal masing-masing...




Dalam pada menunggu jam 12 malam,,syaitan membisik-bisikkan suara-suara halus meminta aku menundakan pertemuan...rasa MALAS dan PENAT tu seakan-akan tumbuh mekar dengan galaknya...setelah difikir-fikir, jemari terus menaip menyampaikan hasrat membatalkan pertemuan....Allah Allah,,insan hebat itu tetap juga mahu meneruskan pertemuan kerana pasti hari berikutnya mereka akan disibukkan dengan hal lain pula...



Aku berasa malu! Teguran Allah datang melaluinya...sungguh aku tidak punya alasan kukuh untuk menunda pertemuan..Mahu menunda atas dasar kasihan pada sahabat sedangkan mereka tidak kisah? Menunda atas dasar mahu menyiapkan projek tahun akhir?? Menunda atas dasar MALAS dan sudah mengantuk?? Shame on you Hanis!

Pertemuan selesai jam 2 pagi...sedar x sedar,,mereka juga mendidikku..


Belek tafsir surah at-taubah ayat 41....Laju deraian itu turun...Sebak....Allahu Allah...Sungguh Allah itu Maha Mengetahui lintasan hati hamba-hambaNya...


                                  

Selak juga surah as-saff ayat 10-11....Allah Allah...


Allah juga memberi amaran dalam surah al-saff ayat 2-3....



Dalam berjuta-juta orang di dunia...dalam beribu-ribu orang di bumi murobbi,,kita yang terpilih...kita ni siapa??? hebat sangat ke kita??...tapi, tapisan demi tapisan, Allah pilih jugak kita...siapa kita untuk kata tidak.,kita bukanlah pemula dan kita juga bukan pengakhir..Maka,tetaplah berusaha! kerna jika bukan menang insyaAllah syahid bertandang,insyaAllah.... T_T

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...


Syukur;
madusemalu

Friday, April 4, 2014

#Impian#

Bismillah...
Allahumma solli ala saidina muhammad...

Aku ini anak panah daripada anak panah-anak panah Islam

Bergenang tatkala terkenang,
Aku yang dulu,
Allah pilih tuk berada di jalan ini..

Bercerita dengan mereka,
mengenai Baitul Muslim,
Penyokong atau pendokong,
Pro dan Kontra,
Mahu atau Tak mahu...

Apa yang aku mahukan, Aku mohon agar aku dikurniakan pemimpin yang mengerti jalan juang ini, yang menasihati aku lembut agar terus bergerak tatkala aku lesu, bukan yang menutup pintu tatkala aku mahu laju, Aku impikan pemimpin yang berpegangan tangan mengajakku turun ke kawasan, Sungguh aku impikan itu...Perkenankan dan Permudahkanlah Ya Allah~

#This is serious talk#

Impian;
madusemalu