Tuesday, August 6, 2013

Disconnect to Reconnect

Bismillah

29 Ramadhan 1434H...Alhamdulillah,,ramadhan kali ini berbeza..jika tahun lepas ramadhan disambut dengan pelbagai program selaku pemegang amanah sebagai Jawatankuasa Mahasiswa Kolej KHAR 12/13 (JMK), tahun ini ramadhan disambut sebagai seorang guru praktikum..Perbezaan yang aku sendiri dapat rasai..Perbezaan yang sebenarnya kita yang cipta,,dengan izin dariNya...Alhamdulillah..

Ramadhan melambai-lambai pergi meninggalkan kita untuk 11 bulan akan datang..Lalu apa kenangan cinta antara kita dan ramadhan??..Biar sedikit asalkan istiqamah....contohnya, jika di awal ramadhan,,matlamatnya adalah mahu mendidik diri dan jika 'graduate' nanti nak istiqamah solat sunat sebelum subuh dan tahajjud,,maka teruskan amalan dalam bulan ramadhan ini dibawa sehingga berjumpa ramadhan yang seterusnya...ingat,,biar sedikit asalkan istiqamah (bagi yang lemah iman)..bagi yang dah mantop,,teruskan dengan amalan sunat yang banyak dan istiqamah...huh, bajet cam bagus je kan aku?? haha,,dah memang semua orang nak jadi bagus kan... =p

Rasulullah SAW bersabda; "Sesungguhnya Jibril Alaihissalam telah membisikkan (doa) kepadaku. Katanya, "Celakalah bagi orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampunkan"...Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut"  (Hadis riwayat Al-Hakim)

 Rugi...Bagi sesiapa yang keluar dari madrasah Ramadhan ini tanpa ada sedikit perubahan kebaikan dalam dirinya..Lalu aku menyemak amalan diriku..aku renung hatiku...bagaimana amalan sunatku..bagaimana imanku saat diuji...bagaimana aku melayan sahabat-sahabat dan ahli keluargaku...aaarhh,,terlalu banyak dosa2ku..dosa yang disedari sahaja sudah menimbun banyaknya, ditambah lagi dengan dosa yang tidak aku sedari...terkadang berasa malu dengan Allah,,solat sunat taubat itu berulang2 kerana dosa yang sama...sedang orang mukmin itu tidak akan jatuh pada lubang yang sama untuk yang kedua kalinya...Allah Allah...


Sometimes, we have to disconnect to reconnect =)... Allah juga punya sifat cemburu..Lebih cemburu dari aku kah? Wallahua'lam...Allah cemburu saat melihat hambanya lebih mencintai duniawi melebihi dari diriNya..Saat kamu berdating dengan Allah,,siapakah di hati kamu?? Dia atau si dia?? atau ada dia juga dia dan dia dia yang lain??...Allah,,sukarnya meraih khusyuk...

Awak...awak nak dengar cerita tak?..Dengarkan ye awak...

Abdullah merupakan anak kepada Saidina Abu Bakar. Suatu hari, Abu Bakar terdengar Abdullah sedang bercanda dengan isterinya Atikah. Abu Bakar langsung ke masjid tetapi didapati Abdullah langsung tidak ke masjid. Lalu Saidina Abu Bakar menyuruh Abdullah menceraikan Atikah diatas sebab kelalaian mereka. Abdullah akur. Namun, selepas mereka bercerai, Abdullah sentiasa bersedih. Saidina Abu Bakar yang melihatnya berasa simpati dan membenarkan mereka berkahwin semula. Mereka telah berkahwin semula tetapi kali ini mereka lebih berhati-hati. Mereka meletakkan Allah melebihi segala-galanya.

See...Lihatlah, bagaimana sahabat mendisiplinkan diri mereka dalam mencintai Allah. Mereka tidak membenarkan cinta kepada makhluk lain menguasai diri dan mengatasi cinta mereka terhadap Allah dan Rasul...errr,,kita??...*tunduk*

STATUS FB


Agenda seumur hidup : Memburu kemanisan iman...halawatul iman...

"Orang yang telah merasai kemanisan iman akan merasai keindahan dalam melakukan ketaatan dan bahagia ketika meninggalkan kejahatan. Apabila musibah melanda, mampu sabar dan redha. Bahkan dia sanggup mati demi menemui kecintaan-Nya (Allah)."

*ianya bukan destinasi,tetapi sebuah journey*



p/s : Sila bertahan...aku kuat..kamu kuat!!! jom sama-sama jadi baik...^__^Y

Muslimah Kuat;
madusemalu

2 comments:

  1. Assalamualaikum adk beradik iman.. rindu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam wbt...rindu kamu juga..rindu adikbradik iman yg lain...niat d hati nk lebih rapat dgn kalian utk sem9 nanti...tegur anis ye kalau nampak anis dah jauh dr prsatuan...

      Delete