Thursday, August 1, 2013

Dating 3 Jam

Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah sudah 2 minggu bergelar guru praktikum..minggu kedua minda dan hati diuji..syaitan menyucuk-nyucuk jarum supaya hati lemah...berbekalkan kefahaman dan niat kerana Allah, aku kutip kembali semangat dan bercadang tuk melawat sahabat di Tanjung Malim dan juga mencari semangat baru...dan juga mungkin untuk meredakan ketegangan...walau hati berbelah bahagi sama ada mahu ke kedah atau ke tanjung malim,,aku memilih untuk ke tanjung malim...


Alhamdulillah...hati sungguh girang..bumi tarbiyyah,,bumi murobbi ini yang banyak mendidik aku hingga melahirkan aku yg sekarang..tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula tempat aku mengutip pengalaman dan ilmu...rindu....rindu di hati terlepas..rindu pada khar,,rindu pd gunung2,,rindu pada sahabat2..rindu pada kedamaian suasananya..rindu dengan segala macam kejadian di setiap inci lokasi di khar...Allah...aku rindu...

Tidurku lena sepanjang di sana...Melihat sahabat2 dgn mata kepala sendiri,,sangat2 lega rasanya..rindu terungkai jua...walau sementara namun ianya bererti bagi insan yang merindu...Alhamdulillah,,sempat berdating dengan sahabat di tasik proton city...

3 jam yang berlalu tidak terasa...tasik itu banyak merakam memori...baiklah,,aku rangkumkan kejadian 3 jam berdua-duaan...

1. Aku peluk kau. Aku mahu peluk kau selalu..erat...tapi aku tak mampu..hakikatnya,,Allah sejak azali sudah memeluk erat kau dengan ar-rahman dan ar-rahimnya...

2. Anak burung itu baru belajar terbang..badannya kerap mencecah permukaan tasik...luncurannya di udara tidak begitu cantik..kejap terlalu rendah,,kejap terlalu tinggi...aku lihat anak burung itu penat...tapi dia tidak berputus asa...aku rasa,,Allah mahu tunjuk kita sesuatu melalui perantara anak burung itu..Awak tak rasa begitu ke sayang??

3. Ya, hidup ini memang meletihkan...lelah...aku juga merasa lelah...sudah begitu aturannya,,memang dunia ini lelah..tapi inilah tunggangan kita tuk ke sana...nak rehat?? tunggu di sana nanti..=)

4. Banyak ulama kat dunia ni menerima ujian yg sangat hebat! mereka OKU, tiada kaki, cacat, berkerusi roda,dipenjara lagi! hebat sungguh ujian mereka..dengan ujian inilah yang menjadikan mereka kuat dan menjadi seperti diri mereka hari ini...tanpa ujian,,mereka bukan sesiapa..Allah mengangkat darjat manusia dengan ujian yang diberiNya...beruntungnya kamu diuji dengan ujian yang hebat!..orang lain x merasa pun ujian ni...kamu tak rasa kamu beruntung ke??...=)

5. Pernah dengar cerita seorang perempuan yg diuji dengan penyakit yg misteri?? Walau diuji dengan penyakit yg kronik hingga tak larat nak bangun,,namun dia tetap sabar..dia tak tinggal amalan2 sunat,,tahajjud,,dan dia sangat sabar dengan penyakitnya...hingga 1 malam,,ketika dia hendak bnertahajjud,,dia tersungkur,,tidak mampu untuk bangkit...lalu Allah memberi hadiah padanya dengan mendatangkan Nabi s.a.w dalam mimpinya...Subhanallah!! dengan berkat kesabarannya,,dia diberi kelebihan berjumpa Rasulullah s.a.w....kata kuncinya sayang : Sabar...sabar...sabar...=)

6. Memang aku rasa kau terlalu banyak berfikir..bukan aku suruh supaya kau tidak berfikir..tapi jangan terlalu fikirkan..aku tahu bebanmu..tapi,aku tak mahu kau risau bukan pada tempatnya...beban itu kau pegang umpama segelas air yang penuh..kau bawa kemana-mana sepanjang hari..ke pejabat,,ke rumah,,ke kafe,,ke tandas,,kau sentiasa bawa segelas air itu...tapi sayang,,ada kalanya,,boleh sahaja kau letakkan sebentar gelas itu...dan lupakan seketika...Allah tak lihat hasil,,Allah lihat usahamu...=)

7. dengan tetibe sekumpulan lelaki bermotor mengelilingi kita...aku kira itu sungguh biadap! tak menghormati wanita...biadap sungguh!

8. kita juga sentuh soal hati...hehe..kata kau,,KUASA CINTA...mampu membuatkan orang melakukan apa sahaja..x tidur semalaman tapi masih mampu berjaga seharian semata2 tuk berjumpa...hebatnya kuasa cinta...ha'ah kan awak,,sepatutnya kita menjadikan jalan dakwah ini CINTA kita..barulah kita mampu menggadaikan apa sahaja demi cinta ini....=)

9. Errr.....kebanyakan ayat-ayat yg terpacul dari mulut sendiri ditujukan tuk diri sendiri...=) Thanks dear mengisi kelaparan hati ini...


Sayang Kamu,
Madusemalu

No comments:

Post a Comment