Saturday, July 13, 2013

Ramadhan ke-3 1434H

Bismillahirrahmirrahim....

Alhamdulillah hari ramadhan yang ketiga hari tu pergi ke SMK Bukit Merchu dan dah jumpa pengetuanya, Puan Nolita..Baik orangnya, tegas tapi mudah tersenyum...Sempat beliau mewariskan beberapa nasihat dan ingatan kepada kami guru praktikum...


1. Mesti ada niat untuk jadi guru yang cemerlang

2. Mesti hormat bos dan guru-guru lain yang lebih seniors.

3. Jaga bahasa dan tutur kata bila berbicara. Ringan-ringankan mulut tuk bertegur-sapa dengan mereka.

4. Mesti bagi komitmen yang penuh tuk sekolah. Join setiap aktiviti yang dibuat oleh sekolah. "Kami sedang memantau kamu semua"... =)

5. Jangan bersifat keanak-anakan (perghh! terasa gile)

6. Jaga batas dengan anak-anak murid,,jangan terlalu rapat dan jangan terlalu garang..n jaga batas dengan cikgu-cikgu lelaki jugak.... teeheeeheee...

7. Pemakaian mestilah mengikut etika keguruan..kasut bertutup penuh, baju kurung..jubah tidak digalakkan... *sobs sobs =(

8. Kalau tak suka dengan mana-mana cikgu lain, jangan sesekali beritahu pada anak murid.


Ha, yang nombor 8 tu saya tertarik untuk mengupas dan menggelupaskannya.. Bila kita tak suka pada seseorang tu maknanya adalah sikap dia yang kita tak berkenan ataupun aib. Dah menjadi kebiasaan kalau kita tak suka pada seseorang,,kita akan bercerita pada orang lain..betul tak?..mungkin bukan niat kita tuk membuka aib dia,,cuma sekadar luahan rasa..tapi sebenarnya, itu juga dikira sebagai mengumpat...dari orang tak tahu keburukan dia dah jadi tahu keburukan dia..kan mengumpat tu namanya?..astaghfirullah...dalam kita tak sedar, kita mengumpul dosa-dosa dan memberi pahala pada orang lain...*selalu je terbuat bende nih* =_____="

Seterusnya, dalam sesebuah institusi kekeluargaan (ayat karangan SPM), seorang isteri tidak sewajarnya menceritakan keburukan atau kelemahan sang suami kepada orang lain, keluarga, mahupun anak-anak sendiri..biarlah rahsia itu disimpan sendiri dan hanya diluahkan dalam doa ataupun atas bantal busuk...simpan rapi-rapi rahsia...kalau diceritakan pada anak-anak, bukan sahaja anak akan hilang respect pada ayahnya tapi juga melihat ibunya dengan pelbagai pandangan negatif lain..(sekadar pendapat)...mungkin si anak akan melihat ibunya sebagai seorang yang tidak berfikiran positif, tidak pandai menyimpan rahsia, dan tak sayang sangat kat ayah mereka....

Fffuuh~ Pendek kata, jangan cerita kat orang lain tentang keburukan dan kelemahan orang lain...walau siapa pun anda, anak, bapak, isteri, isteri kedua, isteri ketiga, menteri, pemandu kereta kancil, cikgu, pramugari, tukang sapu sampah kat upsi, dan sape-sape pun lah...lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini, bulan Ramadhan...kita cuba ye..=) walau sampai bantal busuk boleh diperah,,sila cuba lagi dan lagi...kalau dah terlajak termengumpat, istighfarlah bebanyak...(aku perlu istighfar bebanyak)..n mintak maaf kat orang tuh...wajib mintak maaf tuh...(sdg fikir org yg telah aku mengumpatkan)...Allah~~

Kesimpulannya, ini hanyalah pandangan hamba yang dhoif..mohon tegur jika ada salah dan silap...

Sekian, tammat...=)

Sedang Kepedasan;
madusemalu

No comments:

Post a Comment