Sunday, April 21, 2013

Marah Saya Ke? Terima-Kasih Awak...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..segala puji-pujian hanya untuk Allah S.W.T..Pemilik alam semesta...

Alhamdulillah Allah beri pengajaran malam ni...

Pernah terbaca di bellog seorang ustajah ni, dia kata, "kalau saya rasa nak marah, saya akan berdoa supaya Allah kuatkan iman saya"...mula-mula pelik gak, apa kaitan iman yang kuat dengan marah?..hujahnya, bila kita dapat menahan marah, itu tandanya iman yang kuat..sekuat-kuat orang adalah orang yang dapat menahan marahnya..undertaker dan the rock bukanlah orang yang kuat, sebab dorang ni tak pandai kawal marah..

Terima-kasih pada si dia..Si dia yang memarahiku..ya sayang, M.A.R.A.H...bukan tegur..tegur dan marah adalah perbuatan yang sangat berbeza...mungkin si dia dalam keadaan tertekan ditambah pula dengan sikapku yang keanak-anakan yang mengganggu barangnya yang sebenarnya barang kawannya yang dikhuatiri akan hilang yang sebenarnya assignment mereka...Maaf awak, saya tak sengaja buat awak marah..saya berada dalam keadaan keterujaan yang teramat time tuh...

Sebenarnya kan awak, jujur, saya terasa dengan awak...Tapi bila saya fikir-fikir balik, nak buat ape saya terasa hati dengan awak..lebih baik saya buat bodoh je dengan perasaan yang entah apa-apa tu dan doakan awak.. =)

Awak awak, perit jugak rasa sakit hati ni kan?? Terasa nak nanes pun ade sebenarnye...hehe..Tapi, saya terus terkenang nabi kita, nabi Muhammad S.A.W...selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita..Betapa baginda mempunyai jiwa yang besar!..Ya awak, seorang daie itu perlulah mempunyai jiwa yang besar..KECIK HATI, TERASA HATI tidak akan dijumpai dalam kamus hidup seorang daie..jika baginda terasa hati, sudah lama penduduk Taif maut dihempap gunung... 
 
Kata Jibril: "Wahai Rasulullah, Allah telah mengutuskan kami kepadamu. Kalau kamu mahu, perintahkan malaikat ini untuk mentelangkupkan Mekah diantara dua bukit dan mereka akan musnah". Jawab Rasulullah Saw: "Wahai Jibril, jangan lakukannya. Biarlah aku bersabar terhadap kaumku. Semoga Allah akan melahirkan dari zuriat mereka orang-orang yang beriman kepada Allah". Rasulullah saw mendoakan kaum Taif, “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Subhanallah..betapa mulianya sikap Nabi Muhammad S.A.W..sedangkan saat itu, kasutnya 'banjir' dengan darah..aku?? eleh, setakat kena marah dah sibuk-sibuk nak nanes nanes bagai..bukannya kena baling dengan batu pun...Berkat doa baginda, sekarang ramai ulama lahir dari Taif..ulama yang menyebarkan agama Islam..Bayangkan jika dulu baginda setuju dengan cadangan Jibril untuk mentelangkupkan mereka, mungkin sekarang tiadalah ulama-ulama yang lahir dari kota Taif...



Heeee =D....terima-kasih awak sebab marah saya...Allah bagi pengajaran ini melalui perantara awak..=) awak awak, mungkin sifat awak memang begitu...tapi kan awak,,saya yakin awak boleh berubah...saya tahu selalu jugak saya bad mood kalau tension..tapi....kita cuba ye awak...kita cuba sama-sama...^__^...InsyaAllah Allah akan bantu kita....

Sayang Awak;

madusemalu

Monday, April 15, 2013

CENGENG!

Unknown

Thanks semua untuk sebuah rasa
Sebuah rasa yang pelbagai
yang akhirnya
mengalir jua titisan itu

Allah,
Beratkan imanku ya Allah.....