Saturday, February 16, 2013

Rasa Cinta Itu Membunuhku

Jangan bace..entri ni sengal-sengal je...


Situasi 1

"nini, jom makan kat sana, muslimin kita ada kat sini la, malu ngan diorang"

"ha'a la jom jom"

Situasi 2

"satu dua tiga empat, empat tiga dua satu"

"alamak, muslimin ada pulak kat sini, malunye dorang tengok aku senamrobik. Allah, malunye"

Situasi 3

"yo, wassup?. Ko peciter wei?.............." *alamak,asal aku boleh x prasan ade muslimin kita kat sini ni*

"Hai, Assalamualaikum"

Situasi 4

*Muslimin lalu*

"...................................*tunduk* *buat-buat tak nampak*..........................."



note: muslimin dalam cerita ini adalah lelaki itu, itu, itu, dan itu...maknanya, bukan lelaki kebanyakan.

persoalan: mengapa harus membezakan muslimin dengan lelaki kebanyakan? Bukan seharusnya aku melayan mereka sama rata. Jika di sini aku boleh begini, mengapa di sana aku begitu?..something is wrong somewhere..I know it, but i dun know how to fix it...

DIAM
.
.
.
.
.
.
.
SENYUM
.
.
.
.
.
.
ZIKIR
.
.
.
.
.
.
ISTIGHFAR

mungkin ini caranya...dan DOA..

ye la anis tu~ k bai...

Assalamualaikum...

Sunday, February 3, 2013

Ucu, Along Sayang Ucu


Ucu, Along mengagumimu sayang. Ujianmu sangat berat namun kau tidak pernah berasa lemah. Semangat juang dan dakwahmu membara. Walau kerap kali kau rebah, kau tidak memanjakan dirimu dengan menjadikan ia sebagai 'penyelamat' untuk kau tidak bergerak kerja. Gerak kerja keluarga dan gerak kerja persatuan yang terutamanya. Gerak kerja persatuan sudah cukup mencabar, along tahu, sebab tu along beritahu pada ucu yang ucu sangat beruntung, sangat-sangat beruntung sebab terima ujian sebegitu sedangkan along dan orang lain tak terima ujian seperti ucu. Along tahu ucu kuat!..

Ucu, peristiwa malam itu sungguh memberi kesan pada along. Mungkin Allah nak tegur along dengan cara sebegitu, melalui perantaraan ucu. Mungkin Allah nak uji ukhuwwah kita. Ya, begitu banyak kemungkinan jika mahu difikirkan tapi along yakin yang Allah itu Maha Mengetahui dan ada hikmahnya atas apa yang terjadi.

Ucu, di saat kau merengek-rengek dan meringkuk-ringkuk menahan sakit di bahagian dada, along hanya mampu menyuruhmu berzikir dan sentiasa ingat pada Allah. Tangisanmu berpanjangan sayang, kau ulang-ulang kalimah sakit.

"Akak,sakitnya akak. Sakit sangat. Ya Allah"

"Ingat Allah sayang, Allah, Allah, Allah, Ya Allah"

"Akak, dada saya sakit akak. Sakit sangat. Ya Allah, Kau sembuhkanlah aku Ya Allah"

"Amin"

Along elus-elus dada dan tangan ucu. Along seka air matamu. Tangisanmu semakin menjadi-jadi dek kerana kesakitan yang teramat. Ucu, luluh hati ini melihat kesakitanmu. Jika boleh, along bersedia berkongsi rasa itu denganmu. Air matamu jatuh bercucuran membasahi pipi. Dadaku berombak-ombak menahan sebak. Sungguh aku tidak keruan dan tidak tahu hendak buat apa. Yang pasti, aku mahu disampingnya.

"Ucu,bertahanlah ucu. Along tahu kamu kuat. Ingat Allah"

Mulutku tidak henti-henti berzikir. Dalam hati, aku berdoa dan merintih supaya Allah mengurangkan dan menghilangkan rasa sakit ucu. Ucu masih mengerekot menahan sakit yang amat. Digenggamnya tangan aku dengan erat. Dalam menahan kesakitan yang teramat, ucu pengsan beberapa kali. Setiap kali ucu tersedar, dia akan menangis mengatakan sakit di bahagian dada. Kerap kali aku bertanyakan untuk menghantarnya ke klinik, tapi ucu enggan. Along dapat mengagak sebab mengapa ucu enggan.



"Kita kat mana kak?"

"Kita kat surau sayang, kita kat surau lagi ni"

"Akak, jangan tinggalkan saya kak, jangan tinggalkan saya"

"Tak sayang, akak tak tinggalkan kamu. Akak kat sini je"

Tiba-tiba, gigi ucu bergetar, seperti kancing gigi lagaknya. Kami mula panik. Along picit mulut ucu supaya ucu tak tergigit lidah. Kak Khairun mula mencari kain untuk disumbat ke mulut ucu. Alhamdulillah, tidak seperti kejadian sebelum ini di mana gigi ucu bergetar dengan teruk, kali ini getaran itu hilang dengan cepat. Kami kembali lega.


"Ucu, Allah yang bagi rasa sakit ni. Tahan ye. Dia yang bagi, Dia yang boleh sembuhkan. Ingat Allah ucu, ingat Allah"

"Ash hadu alla ilahaillallah, wa ash hadu anna muhammadur rasulullah. Allahumma solli ala muhammad wa a'la alihi wasohbihi wasallam"

Zikir tidak pernah lekang dari mulut kami. Ucu juga tidak lekang dari mengingati Allah. Kak zizi menegaskan ucu supaya ingat Allah dan menjadi kuat. Sekali-sekala ucu akan mengucapkan syahadah. Kami mengelus-elus belakang badan, dada, dan tangan ucu. Ketika ini, setelah lebih kurang 15 minit, ucu pengsan dek kerana tidak tahan menanggung kesakitan.

Tiba-tiba, ucu senyum. Ucu senyum! Ucu cakap sambil mata tertutup.

"kita kat mana kak?"

"Kita kat surau sayang"

"Subhanallah, cantiknya"

Senyuman ucu melebar.

"Cantiknya, cantik. Subhanallah. Akak, lepas ni saya tak sakit lagi kan?"

Saat ini, air mata along semakin laju bercucuran. Ucu, apa yang kau sedang lihat ucu? Matamu tertutup tapi apa kau sedang lihat sebenarnya? sehinggakan kau mengatakan 'cantik'..Allah...Allah...Sungguh, situasi ini mengingatkan aku pada kematian. Aku takut menghadapi sakaratulmaut kerana aku tahu dosaku menimbun. Dalam masa yang sama aku bimbang kejadian yang buruk berlaku pada ucu. Namun, secara jujurnya, aku redha jika ucu pergi dalam keadaan sebegini, dalam keadaan ucu berulang kali mengucapkan syahadah dan berzikir, ditambah pula dengan 'pemandangan cantik' yang dilihatnya. Allah...Allah...Allah....Air mataku tumpah lagi. Ucu, along sayang ucu...

Ucu terus senyap, pengsan. Namun, ucu tersenyum ketika pengsan. Allah, sejuk mata memandang. Along, Kak Khairun dan Kak Zizi masih di sisimu melantunkan zikrullah dan mengusap-ngusap serta mengurut-ngurut tubuhmu. Kami tenang sedikit bila ucu pengsan sebab tak dengar tangisan ucu. Hati mana yang tidak hiba melihat insan yang disayangi menangis menahan kesakitan.

Lebih kurang 15 minit berlalu, ucu mula sedarkan diri. Setelah sedar, ucu terus bertanya

"Akak nak bawak saya pergi mana tadi?"

"Akak ingatkn nk bawak awak naik bilik, bagi awak rehat, tapi awak da sedar tak jadik nak angkat"

"Kita kat mana ni?"

"Kita kat surau ni"

"Tadi kita dari mana?"

"Tadi kita kat bilik meeting, pastu awak tak sihat, kita pergi surau, sekarang kat suraulah"

"Lepas ni, saya dah tak sakit lagi dah"

"Amin...InsyaAllah sayang"

Walaupun selepas sedar, ucu masih perlu mengambil masa seketika untuk stabil sebelum bangkit. Tapi, sungguh along pelik dengan pertanyaan ucu, sebelum ni, bila ucu pengsan dan sedar, belum pernah ucu tanya kat mana ucu berada, tapi mengapa malam itu ucu bertanya sedemikian setelah sedar?. Atau sebenarnya ucu pergi mana tadi ketika pengsan?...Ya ucu, insyaAllah lepas ni ucu tak sakit lagi dah.

Allah, terima-kasih Ya Allah kerana memberiku teguran ini. Jika malaikatmu datang mahu mengambil nyawaku, adakah ketika itu aku sudah bersedia?. Adakah ketika itu imanku dalam keadaan sejahtera?. Adakah ketika itu aku sedang mengingatimu?.
Adakah ketika itu aku sedang menghampiri menjadi anak yang solehah?. Adakah ketika itu amalan wajibku terjaga? bagaimana dengan amalan sunat? Bagaimana dengan hubungan dengan sahabat-sahabat, adik-beradik, dan semua orang?. Bagaimana dengan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w?. Bagaimana dengan hutang-piutangku?.. Allahurobbi...Ya Allah, Kau terimalah segala amalanku Ya Allah...Ya Allah yang Maha Mengasihani, kau jadikanlah hatiku ini hati yang sentiasa mengingatiMu, lidah ini lidah yang sentiasa berzikir kepadaMu, dan tubuh ini tubuh yang sentisa beribadah kepadaMu...Ya Allah yang Maha Pengampun, Kau ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah...Sungguh aku banyak berbuat dosa kepadaMu, Kau ampunilah aku Ya Allah....Amin Ya Rabb..