Sunday, January 6, 2013

Mama, Orang Nak Kahwin Boleh?

Bismillahirrohmanirrahim...



Alhamdulillah, 2/1/2013 sudah genap umurku 22 tahun...Sedih dan sayu bermaharajalela memikirkan tentang umur, sebanyak mana masa yang aku gunakan untuk Islam?.. -__-

Minggu study week, aku habiskan di rumah. Ada kisah yang ingin aku bawakan. Malu juga untuk aku ceritakan tapi aku harap ada manfaatnya. Sebelum pulang, aku bertekad untuk memakai niqab. Ianya adalah percubaan pertama aku. Dan aku akan membukanya setelah tiba di Muar, sebelum mama dan abah mengambilku. Jadinya, tiada siapa yang akan tahu. Alkisahnya, adikku Izzat juga menaiki bas yang sama denganku dari Tanjung Malim ke Seremban tapi semestinya dia tidak mengenaliku. Sampai di Seremban, mama call mengatakan Izzat juga berada di Seremban. Selepas kejadian call-mengecall, bertemulah mataku dengan mata Izzat, bersama-sama member-membernya. Member dia kata,"eh tu bukan pompuan yang naik bas sama-sama ngan kita dari Tanjung Malim ke?"..

Sampai di rumah, Izzat pun menceritakan kepada mama. Katanya, "Ye la, macam mana la org nak kenal dia, dia pakai purdah, nampak mata aje." Mama tanya, "Kenapa pakai purdah?"... Aku yang sedang memasak terasa nak selamkan kepala ke dalam kuali yang dipenuhi minyak panas. "Errr, saje je nak pakai", jawabku mudah. Malu teramat.

Nampak tak dari penceritaan di atas yang aku sebenarnya tak bersedia nak berdepan dengan persoalan org tentang niqab. Memang aku ade baca tentang dalil2 dan hujah2nya, tetapi aku tidak hafal. Jika ada insan yang bertanya lalu mempersoalkannya, apa reaksi aku?. Tersenyum sahaja?. Oh, aku belum bersedia. Aku juga belum bersedia dengan kritikan orang, pujian orang, perlian orang. Seorang pakcik apabila terlihatku berniqab, terus sahaja dia berzikir dan beristighfar. Ai pakcik, perli nampak?. Itu baru 0.000001% cabarannya. Pendek kata, aku telah membuat kesilapan yang terang lagi bersuluh iaitu membuat keputusan tanpa membuat praparation yang secukupnya, tidak bersedia. Ok, kita tolak tepi tentang khilaf pemakaian purdah. Apa yang diketengahkan adalah isu tidak bersedia.

Mama: Ooh dah 22 ea, dulu mama umur 22 dah tunang dengan abah. Bila ko nak kawen?. Nak kawen serentak sama-sama ngan abg apis pun boleh jugak. (setahun dari sekarang)

Abah : Dah jumpa belum ustaznya?.

Aku : hahahahahha (gelak aje). Mama ngan abah je la carikan utk org..

Mama : Kat sini susah nak cari ustaz. Ko cari je la sendiri.

Allah, mama dengan abah ni memang selalu macam ni. Dah tak sabar nampaknya. Sempena awal tahun 2013 ni, klise la orang berazam untuk bla bla bla dan bla. Jadinya, sempena birthday aku yang ke-22 yang juga awal tahun ni, aku.....errrr, malunye Ya Allah...aku berazam, sebelum aku mahu bernikah, aku akan pastikan aku berjaya bangun tahajud setiap malam..Allah,bantulah hambaMu ini ya Allah....

Kejarlah akhirat, dunia akan mengejarmu..Perbaiki diri bukan semata-mata untuk kahwin nanti, tetapi jika tidak perbaiki diri sekarang, bila lagi nak perbaiki diri..Kalau bukan kita, siapa?..Kalau bukan sekarang, bila?...

Terfikir,jika sekarang aku memberikan alasan sibuk hingga tidak menyempat untuk duduk santai membaca buku2 ilmiah,duduk2 brkongsi cerita dengan sahabat2,menghadirkan diri di majlis2 ilmu,tahajud di malam hari, dan sebagainya...Adakah aku yakin pada masa akan datang aku tidak sibuk?. Adakah aku yakin selepas berkahwin nanti aku tidak sibuk?...

Maafkan aku sebab asyik sebut soal nikah kahwin..dah tu yang asyik timbul di FB dan menjadi bualan rakan-rakan sebaya...dan juga parents...lalala...tension gak..tapi tension yang positive..=)

Kesimpulannya, PREPARATION is the most important thing..dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara, kita perlulah bersedia, jasmani, rohani, fizikal, mental, poket..eh poket?...haruslah ada duit untuk wat ibadah...takde duit takleh g haji...

Kurangkan agenda mencari, lebihkan agenda menjadi...

Usah terburu-buru mahu menjadi isteri solehah sebelum menjadi anak yang solehah...tapi,,,errrr? kalau serentak bole tak?...

*Malu sebenarnya nak post pasal ni,dah lama duk dalam draft*

p/s: Maaf salah silap, bahasa kasar...ayat bangga diri,perasan bagus...mohon dimaafkan...


HanisSolehah,
Madusemalu

No comments:

Post a Comment