Friday, August 23, 2013

Raya 1434 H

Bismillahirrahmirrahim....

Raya kali ke-2 di rumah sendiri...sebelum-sebelum ni raya kat kampung (30 minit je)...tapi mama kata sebab anak-anak dah beso, mama nak raya kat rumah...daaaan,,tahun ni insyaAllah tahun terakhir dengan family sendiri,,errrr maksudnya,,tahun depan kami dapat ahli baru..kakak ipar! yeay!...



gwiyomi versi lelaki tough...tu diaa~

sedang mintak mahap ngan abang..."xtau la bang,,macam xde dosa ngan abang"...haha
sedang mintak mahap ngan mama n abah...taon ni x nanges...*hati keras* 
Zahin menangis-nangis mintak mahap...haha...meleleh-leleh air mata...
Nabil..anak ke 6 daripada 8...moga menjadi insan yang berguna buat agama...
Abanglah teman bermain masa kecik....ke mana abg pergi,,aku mesti ikut...kumpul duit tabung sama2....=)
Hero-hero malaya...
Raksasa berdua ni je yang tinggal kat rumah sekarang...lagi 6 org sdg merantau...
Izzat yang malu gila n x nak kakaknya kiss dia....huh!!
Suasana bermaaf-maafan di pagi raya...

Mama dan abah..kesayangan kami...=)


Inilah dia sedikit sebanyak kenangan raya kami bersama-sama...semoga Allah pelihara rasa sayang ini hingga hujung nyawa...Sayang semua kerana Allah...sarangahe lillah...

Orang,
madusemalu

Tuesday, August 6, 2013

Disconnect to Reconnect

Bismillah

29 Ramadhan 1434H...Alhamdulillah,,ramadhan kali ini berbeza..jika tahun lepas ramadhan disambut dengan pelbagai program selaku pemegang amanah sebagai Jawatankuasa Mahasiswa Kolej KHAR 12/13 (JMK), tahun ini ramadhan disambut sebagai seorang guru praktikum..Perbezaan yang aku sendiri dapat rasai..Perbezaan yang sebenarnya kita yang cipta,,dengan izin dariNya...Alhamdulillah..

Ramadhan melambai-lambai pergi meninggalkan kita untuk 11 bulan akan datang..Lalu apa kenangan cinta antara kita dan ramadhan??..Biar sedikit asalkan istiqamah....contohnya, jika di awal ramadhan,,matlamatnya adalah mahu mendidik diri dan jika 'graduate' nanti nak istiqamah solat sunat sebelum subuh dan tahajjud,,maka teruskan amalan dalam bulan ramadhan ini dibawa sehingga berjumpa ramadhan yang seterusnya...ingat,,biar sedikit asalkan istiqamah (bagi yang lemah iman)..bagi yang dah mantop,,teruskan dengan amalan sunat yang banyak dan istiqamah...huh, bajet cam bagus je kan aku?? haha,,dah memang semua orang nak jadi bagus kan... =p

Rasulullah SAW bersabda; "Sesungguhnya Jibril Alaihissalam telah membisikkan (doa) kepadaku. Katanya, "Celakalah bagi orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampunkan"...Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut"  (Hadis riwayat Al-Hakim)

 Rugi...Bagi sesiapa yang keluar dari madrasah Ramadhan ini tanpa ada sedikit perubahan kebaikan dalam dirinya..Lalu aku menyemak amalan diriku..aku renung hatiku...bagaimana amalan sunatku..bagaimana imanku saat diuji...bagaimana aku melayan sahabat-sahabat dan ahli keluargaku...aaarhh,,terlalu banyak dosa2ku..dosa yang disedari sahaja sudah menimbun banyaknya, ditambah lagi dengan dosa yang tidak aku sedari...terkadang berasa malu dengan Allah,,solat sunat taubat itu berulang2 kerana dosa yang sama...sedang orang mukmin itu tidak akan jatuh pada lubang yang sama untuk yang kedua kalinya...Allah Allah...


Sometimes, we have to disconnect to reconnect =)... Allah juga punya sifat cemburu..Lebih cemburu dari aku kah? Wallahua'lam...Allah cemburu saat melihat hambanya lebih mencintai duniawi melebihi dari diriNya..Saat kamu berdating dengan Allah,,siapakah di hati kamu?? Dia atau si dia?? atau ada dia juga dia dan dia dia yang lain??...Allah,,sukarnya meraih khusyuk...

Awak...awak nak dengar cerita tak?..Dengarkan ye awak...

Abdullah merupakan anak kepada Saidina Abu Bakar. Suatu hari, Abu Bakar terdengar Abdullah sedang bercanda dengan isterinya Atikah. Abu Bakar langsung ke masjid tetapi didapati Abdullah langsung tidak ke masjid. Lalu Saidina Abu Bakar menyuruh Abdullah menceraikan Atikah diatas sebab kelalaian mereka. Abdullah akur. Namun, selepas mereka bercerai, Abdullah sentiasa bersedih. Saidina Abu Bakar yang melihatnya berasa simpati dan membenarkan mereka berkahwin semula. Mereka telah berkahwin semula tetapi kali ini mereka lebih berhati-hati. Mereka meletakkan Allah melebihi segala-galanya.

See...Lihatlah, bagaimana sahabat mendisiplinkan diri mereka dalam mencintai Allah. Mereka tidak membenarkan cinta kepada makhluk lain menguasai diri dan mengatasi cinta mereka terhadap Allah dan Rasul...errr,,kita??...*tunduk*

STATUS FB


Agenda seumur hidup : Memburu kemanisan iman...halawatul iman...

"Orang yang telah merasai kemanisan iman akan merasai keindahan dalam melakukan ketaatan dan bahagia ketika meninggalkan kejahatan. Apabila musibah melanda, mampu sabar dan redha. Bahkan dia sanggup mati demi menemui kecintaan-Nya (Allah)."

*ianya bukan destinasi,tetapi sebuah journey*



p/s : Sila bertahan...aku kuat..kamu kuat!!! jom sama-sama jadi baik...^__^Y

Muslimah Kuat;
madusemalu

Thursday, August 1, 2013

Dating 3 Jam

Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah sudah 2 minggu bergelar guru praktikum..minggu kedua minda dan hati diuji..syaitan menyucuk-nyucuk jarum supaya hati lemah...berbekalkan kefahaman dan niat kerana Allah, aku kutip kembali semangat dan bercadang tuk melawat sahabat di Tanjung Malim dan juga mencari semangat baru...dan juga mungkin untuk meredakan ketegangan...walau hati berbelah bahagi sama ada mahu ke kedah atau ke tanjung malim,,aku memilih untuk ke tanjung malim...


Alhamdulillah...hati sungguh girang..bumi tarbiyyah,,bumi murobbi ini yang banyak mendidik aku hingga melahirkan aku yg sekarang..tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula tempat aku mengutip pengalaman dan ilmu...rindu....rindu di hati terlepas..rindu pada khar,,rindu pd gunung2,,rindu pada sahabat2..rindu pada kedamaian suasananya..rindu dengan segala macam kejadian di setiap inci lokasi di khar...Allah...aku rindu...

Tidurku lena sepanjang di sana...Melihat sahabat2 dgn mata kepala sendiri,,sangat2 lega rasanya..rindu terungkai jua...walau sementara namun ianya bererti bagi insan yang merindu...Alhamdulillah,,sempat berdating dengan sahabat di tasik proton city...

3 jam yang berlalu tidak terasa...tasik itu banyak merakam memori...baiklah,,aku rangkumkan kejadian 3 jam berdua-duaan...

1. Aku peluk kau. Aku mahu peluk kau selalu..erat...tapi aku tak mampu..hakikatnya,,Allah sejak azali sudah memeluk erat kau dengan ar-rahman dan ar-rahimnya...

2. Anak burung itu baru belajar terbang..badannya kerap mencecah permukaan tasik...luncurannya di udara tidak begitu cantik..kejap terlalu rendah,,kejap terlalu tinggi...aku lihat anak burung itu penat...tapi dia tidak berputus asa...aku rasa,,Allah mahu tunjuk kita sesuatu melalui perantara anak burung itu..Awak tak rasa begitu ke sayang??

3. Ya, hidup ini memang meletihkan...lelah...aku juga merasa lelah...sudah begitu aturannya,,memang dunia ini lelah..tapi inilah tunggangan kita tuk ke sana...nak rehat?? tunggu di sana nanti..=)

4. Banyak ulama kat dunia ni menerima ujian yg sangat hebat! mereka OKU, tiada kaki, cacat, berkerusi roda,dipenjara lagi! hebat sungguh ujian mereka..dengan ujian inilah yang menjadikan mereka kuat dan menjadi seperti diri mereka hari ini...tanpa ujian,,mereka bukan sesiapa..Allah mengangkat darjat manusia dengan ujian yang diberiNya...beruntungnya kamu diuji dengan ujian yang hebat!..orang lain x merasa pun ujian ni...kamu tak rasa kamu beruntung ke??...=)

5. Pernah dengar cerita seorang perempuan yg diuji dengan penyakit yg misteri?? Walau diuji dengan penyakit yg kronik hingga tak larat nak bangun,,namun dia tetap sabar..dia tak tinggal amalan2 sunat,,tahajjud,,dan dia sangat sabar dengan penyakitnya...hingga 1 malam,,ketika dia hendak bnertahajjud,,dia tersungkur,,tidak mampu untuk bangkit...lalu Allah memberi hadiah padanya dengan mendatangkan Nabi s.a.w dalam mimpinya...Subhanallah!! dengan berkat kesabarannya,,dia diberi kelebihan berjumpa Rasulullah s.a.w....kata kuncinya sayang : Sabar...sabar...sabar...=)

6. Memang aku rasa kau terlalu banyak berfikir..bukan aku suruh supaya kau tidak berfikir..tapi jangan terlalu fikirkan..aku tahu bebanmu..tapi,aku tak mahu kau risau bukan pada tempatnya...beban itu kau pegang umpama segelas air yang penuh..kau bawa kemana-mana sepanjang hari..ke pejabat,,ke rumah,,ke kafe,,ke tandas,,kau sentiasa bawa segelas air itu...tapi sayang,,ada kalanya,,boleh sahaja kau letakkan sebentar gelas itu...dan lupakan seketika...Allah tak lihat hasil,,Allah lihat usahamu...=)

7. dengan tetibe sekumpulan lelaki bermotor mengelilingi kita...aku kira itu sungguh biadap! tak menghormati wanita...biadap sungguh!

8. kita juga sentuh soal hati...hehe..kata kau,,KUASA CINTA...mampu membuatkan orang melakukan apa sahaja..x tidur semalaman tapi masih mampu berjaga seharian semata2 tuk berjumpa...hebatnya kuasa cinta...ha'ah kan awak,,sepatutnya kita menjadikan jalan dakwah ini CINTA kita..barulah kita mampu menggadaikan apa sahaja demi cinta ini....=)

9. Errr.....kebanyakan ayat-ayat yg terpacul dari mulut sendiri ditujukan tuk diri sendiri...=) Thanks dear mengisi kelaparan hati ini...


Sayang Kamu,
Madusemalu

Monday, July 22, 2013

Guru Praktikum #1

Bismillahirrahmanirrahim....

GURU PRAKTIKUM...

Hari pertama bergelar guru praktikum di SMK Bukit Merchu


bergelar guru praktikum sejujurnya tidaklah begitu susah....tapi tidaklah juga begitu senang...setiap orang hadapi cabaran yang berbeza...

Cabaran aku takdelah besar mana...Alhamdulillah pelajar 2 Indigo 1 baik-baik belaka..Mereka kelas pertama aliran agama..Sangat-sangat supportive...bisingnya adalah bising bermakna...bising mereka bising menjawab soalan..diam mereka diam berfikir jawapan...mereka tamat waktu belajar jam 5.00 petang...hebat!! pergi ke kelas dengan tafsir di tangan...Allahurobbi...

2 Merah....Kelas ini menguji kesabaran aku...Hari ini kelas pertama aku dengan 2 Merah..Jalankan eksperimen Titratan...2 silinder penyukat pecah!!...kelas ni ramai lelaki...perempuan hanya 9 orang daripada 35orang...dah cakap nak buat apa,,tapi nanti tanye lagi,,tanye lagi dan lagi....tak kisah pun nak tanya lagi,,bagus jugak...tapi attitude mereka kurang aku senangi...mereka bising!..Zarina menggunakan pendekatan 'KELAS!! SENYAP!!'...Aku guna pendekatan aku yang senyap tanpa sebutir kata dengan muka yang sedang menahan marah...Ikutkan hati memang nak marah...tapi tak suka marah...jadinya aku gantikan dengan nasihat yang mungkin sedikit tajam...terpaksa...

Aku suka gantikan marah dengan diam...maknanya,,pendam...tapi bila pendam,,lama-lama aku akan nanges...nanges sebab geram...setakat ni aku tak pernah lagi nanges sebab pelajar...=) tapi sebab diri sendiri yang tidak mencapai tahap minimum piawaian berkualiti...hahaha....Aku mengharapkan yang terbaik dari diri aku...jadi,,bila aku tak mencapai tahap itu,,kecewa la ape lagi....Aku patut beri diri aku sedikit masa...

Kelas 4 sains...tak ramai pun..dalam 20 lebih pelajar...23 kot..lelakinya sedikit dan pasif...atau bila masuk kelas kimia mereka jadi pasif??? emm mungkin...mereka tak minat kimia...bila tak minat,,tak bace buku la kan..bile x bace buku,,x faham la kan...bila tak faham,,,lagilah x minat!! dat's the cycle....Tapi mereka budak baik...Pelajar perempuan bila beri kerja kumpulan,,mereka betul-betul berbincang...=)...Aku perlu buat sesuatu tuk tarik minat pelajar lelaki...Aku nak mendekati dorang...walaupun dorang malu2 harimau,,aku peduli ape,,aku cuma nak mengajo...

"Masa saya praktikum dulu,,buku memang tak lepas dari tangan saya..Kimia memang macam tu,,kamu kena baca dari awal"..... senyum....senyum....senyum....=) terkadang apabila keadaan memaksa,,kita akan jadi lebih baik,,dan kita tak tahu pun kita boleh jadi sebaik itu...tekanan menyebabkan batuan tidak berharga bertukar menjadi diamond yg sangat berharga...=)

Minor kimia...aku nak ambik minor bio sebenarnya...teresak-esak menangis di tangga canselori sambil dipujuk oleh kawan2 sebab x boleh ambil minor bio...pengambilannya ditutup!!...so,,aku RELA PAKSA ambik minor kimia...percintaan aku dengan kimia tidaklah selancar percintaan orang lain...Tapi aku memang suka mencabar diri sendiri...tekad,,aku takkan persalahkan takdir atau guna ayat,"bukan aku yang nak ambik minor kimia ni sebenarnye!"...

Demi anak murid...cikgu akan belajar rajen-rajen kat rumah...=) insyaAllah...Cikgu sayang semua...I'll try my best...

Sahabat,,aku menagih dua benda dari kamu...tolong boleh??? tolong doakan aku...dan tolong nasihatkan aku.....pliiis~~

--> Bila kita sedih, kita akan ingat Allah sentiasa
--> Allah bagi rasa down sebab lepas tu Dia nak pujuk balik...romantik!! =)
--> Bila kita sedih dan teresak-esak menangis tika doa dilantunkan,,bukankah doa itu terasa sangat bererti??
--> Bila hati resah,,bukak al-Quran dan baca, lalu mengalir air mata,,bukankah ketika itu kita lebih menghayati bait-bait ayat dan maksud dalam al-Quran??

LALU, NIKMAT ALLAH YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN??.....

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....=)

Cikgu hebat,
madusemalu


Saturday, July 13, 2013

Ramadhan ke-3 1434H

Bismillahirrahmirrahim....

Alhamdulillah hari ramadhan yang ketiga hari tu pergi ke SMK Bukit Merchu dan dah jumpa pengetuanya, Puan Nolita..Baik orangnya, tegas tapi mudah tersenyum...Sempat beliau mewariskan beberapa nasihat dan ingatan kepada kami guru praktikum...


1. Mesti ada niat untuk jadi guru yang cemerlang

2. Mesti hormat bos dan guru-guru lain yang lebih seniors.

3. Jaga bahasa dan tutur kata bila berbicara. Ringan-ringankan mulut tuk bertegur-sapa dengan mereka.

4. Mesti bagi komitmen yang penuh tuk sekolah. Join setiap aktiviti yang dibuat oleh sekolah. "Kami sedang memantau kamu semua"... =)

5. Jangan bersifat keanak-anakan (perghh! terasa gile)

6. Jaga batas dengan anak-anak murid,,jangan terlalu rapat dan jangan terlalu garang..n jaga batas dengan cikgu-cikgu lelaki jugak.... teeheeeheee...

7. Pemakaian mestilah mengikut etika keguruan..kasut bertutup penuh, baju kurung..jubah tidak digalakkan... *sobs sobs =(

8. Kalau tak suka dengan mana-mana cikgu lain, jangan sesekali beritahu pada anak murid.


Ha, yang nombor 8 tu saya tertarik untuk mengupas dan menggelupaskannya.. Bila kita tak suka pada seseorang tu maknanya adalah sikap dia yang kita tak berkenan ataupun aib. Dah menjadi kebiasaan kalau kita tak suka pada seseorang,,kita akan bercerita pada orang lain..betul tak?..mungkin bukan niat kita tuk membuka aib dia,,cuma sekadar luahan rasa..tapi sebenarnya, itu juga dikira sebagai mengumpat...dari orang tak tahu keburukan dia dah jadi tahu keburukan dia..kan mengumpat tu namanya?..astaghfirullah...dalam kita tak sedar, kita mengumpul dosa-dosa dan memberi pahala pada orang lain...*selalu je terbuat bende nih* =_____="

Seterusnya, dalam sesebuah institusi kekeluargaan (ayat karangan SPM), seorang isteri tidak sewajarnya menceritakan keburukan atau kelemahan sang suami kepada orang lain, keluarga, mahupun anak-anak sendiri..biarlah rahsia itu disimpan sendiri dan hanya diluahkan dalam doa ataupun atas bantal busuk...simpan rapi-rapi rahsia...kalau diceritakan pada anak-anak, bukan sahaja anak akan hilang respect pada ayahnya tapi juga melihat ibunya dengan pelbagai pandangan negatif lain..(sekadar pendapat)...mungkin si anak akan melihat ibunya sebagai seorang yang tidak berfikiran positif, tidak pandai menyimpan rahsia, dan tak sayang sangat kat ayah mereka....

Fffuuh~ Pendek kata, jangan cerita kat orang lain tentang keburukan dan kelemahan orang lain...walau siapa pun anda, anak, bapak, isteri, isteri kedua, isteri ketiga, menteri, pemandu kereta kancil, cikgu, pramugari, tukang sapu sampah kat upsi, dan sape-sape pun lah...lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini, bulan Ramadhan...kita cuba ye..=) walau sampai bantal busuk boleh diperah,,sila cuba lagi dan lagi...kalau dah terlajak termengumpat, istighfarlah bebanyak...(aku perlu istighfar bebanyak)..n mintak maaf kat orang tuh...wajib mintak maaf tuh...(sdg fikir org yg telah aku mengumpatkan)...Allah~~

Kesimpulannya, ini hanyalah pandangan hamba yang dhoif..mohon tegur jika ada salah dan silap...

Sekian, tammat...=)

Sedang Kepedasan;
madusemalu

Tuesday, July 9, 2013

Menundukkan Pandangan

Bismillahirrohnirrahim....


Dalam kereta..zarif tanya : kalau ada orang lelaki pandang aje ko, ko marah tak?...

lalu aku pun menjawab : marahlah..akak tumbuk je orang tu...(maaf,,ayat ganas)

zarif tanya lagi : mane boleh tumbok,,kan haram sentuh..

aku jawab : ermm...ok,,akak tendang...

*zarif diam*

pastu dia tanya lagi : kenapa nak marah kalau orang laki tengok?

aku : sebab tak selesalah....

zarif : dalam al-Quran ade tulis, ""Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka."...tapi,,kenapa perlu tundukkan pandangan?

aku : kena tundukkan pandangan sebab dari mata turun ke hati..bila kita tengok aje pompuan tu, kite pun suke,,alamak comelnya die,,comelnye bibir die,,cantiknye mata die...ha,kan dah jatuh hati...kan susah bila jatuh hati...bila tundukkan pandangan,,boleh elak zina...

zarif : tapi untuk orang muda je ke?

aku : bukan untuk orang muda je....untuk semua...tapi,,lebih2 lagi orang muda sebab masa mudalah masa yang kritikal n ujiannye hebat...kalau orang tu dah kahwin,,boleh jadik cerai sebab curang..boleh jadik kes rogol contohnya walau orang tu dah tua sekalipun...

zarif : aku suka tengok kawan pompuan aku dalam kelas..aku tak tau kenapa..asyik nak tengok je..aku dah cuba untuk tak tengok,,tapi x boleh...

aku : pompuan tu comel ke?

zarif : comel!

aku : akak pun comel...(saje memeriahkan perbualan)

zarif : ye la..tapi ko takde kat situ...


Zarif banyak terdiam bila mendengar jawapan aku...dia bertanya dan terdiam..aku yakin dia sedang berfikir...Allah,,beratkan iman adikku saat diuji...normal la kan,,zarif form4..die tengah belajar mengawal perasaan...atau.....die sedang mentafsir perasaan apakah itu...betulkah tindakannya?..Jika dulu,,dia sangat anti tentang perasaan-perasaan pada pompuan ni...dia amat tidak gemar...tapi,,kali ini berbeza!..zarif naif orangnya...dia akan ceritakan secara terperinci perasaannya...

Allahurobbi...benarlah...manusia mana yang tidak suka pada keindahan...Islam itu indah...dan lelaki mana yang tidak suka pada wanita cantik?? walau hakikatnya semua wanita itu cantik =)...Pengakuan dari zarif benar2 membuatkan aku terpana...ya, itu fitrah...dan Islam hadir untuk memandu fitrah lari daripada fitnah...

Firman Allah s.w.t bermaksud : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan".

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". (Surah an-Nur ayat 30-31)

nah,,ini dia jalannya untuk memandu fitrah...iaitu dengan menundukkan pandangan....tundukkan pandangan,,bukan tundukkan kepala...tapi,,kalau tak mampu,,tak salah tuk tundukkan kepala =)...Jujur aku mengagumi kaum adam yang sangat menjaga dan menundukkan pandangan saat berbicara...dan aku juga masih belajar tuk menundukkan pandangan...masih lagi belajar =)...moga istiqamah...istiqamah = sentiasa lakukan dan ada penambahbaikan....

seronok berbual dengan zarif...nak berbual lagi,,apakan daya,,dia duduk di asrama... SMK Maahad Muar...moga tarbiyyah yang diterima melekat di jiwanya...

tak sabar nak berbual tentang politik secara serius...pernah dulu aku terangkan serba sedikit hal politik ketika PRU 13...tak sabar nak hasut die...hahaha...*tajdid niat* tunggu ruang dan peluang..insyaAllah...

Komunikasi itu penting...


esok start puasa...marhaban ya Ramadhan...moga ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya....=)



p/s : sedang menghabiskan buku 43 inspirasi mendidik anak...sangat memberi inspirasi...seriously..kalau ada rezeki,,adelah entri pasal ni...haha

Sekian...Maseh....

siput-siput malu;
madusemalu




Thursday, May 30, 2013

Lunakkan Hatimu dengan MengingatiNya

Bismillah
Alhamdulillah
Selesai berbulatan
dengan tajuk
Karipap-Karipap Cinta

Tajuk bukan untuk membelai-belai perasaan
lantas membuatkan diri terasa di awang-awangan
tapi tajuk ini lebih kepada mencari solusi
pelbagai sudut dibincangkan

tajuk ini lebih kepada untuk membantu sahabat2
yang sdg diuji dengan perasaan yang terlarang <--ayat ostad
lalu aku juga terkesan
setiap bait ayat yg kulontarkan
tertusuk ke hati sendiri
sayu hati
sayu
sayu sangat-sangat
Allah.......

Moga awak kuat
Moga aku kuat 
Moga sahabat-sahabat juga kuat

Aku si rambutan
Ranumnya diriku ini
Aku yang tentukan
Lalu aku kira
Aku belum cukup ranum

Duhai si pemetik rambutan
Aku kira kau belum cukup bersedia
Tuk memetik dan menjaga si rambutan
Usah kau tergesa-gesa
Saat dipetik tiada ranumnya
manis entah ke mana

Berkata seorang Murobbi
Tinggalkan dulu rasa cinta ini
Belum masanya
Kerna rasa ini akan melambatkan 
gerak kerja seorang amilin..

Istighfarlah duhai hati
Saat terlintas nama dan bayangan wajah
Insan yang ajnabi
Insan yang kau pendam sebuah rasa
Istighfarlah...
teruskan istighfar...
istighfar dan istighfar...

Ya
Tidak salah untuk punya rasa itu
Tapi jangan relakan
Fitrah bertukar fitnah
Nafsu meliar andai iman terbiar
didiklah iman
hati kan tenang

Terkadang hati menjadi geram
minda berasa bosan
penat dan lelah
namun inilah saatnya
untuk buktikan rasa cinta itu
untuk pemilik segala Cinta

Kepada si dia
Mohon persiapkan diri dengan akhlak Islam
dengan ilmu tentang Islam
Kau bertanggungjawab membimbingku
Sudah bersediakah tuk menanggung
segala dosa-dosaku?

mendapatkan cinta demi cintaNya
bukan seperti menepis angin lalu
bukan seindah dakwaan drama di arus maya
tetapi menuntut sebuah mujahadah
mujahadah yang payah
mujahadah yang mahal
Aku tanpa mujahadah?
syurga tanpa mujahadah?
Aku bermimpi di siang hari!

Aku tahu kau tahu
Cuma setiap dari kita perlukan
tamparan manja mengena di pipi
perlukan sedikit halilintar menyambar kegersangan hati
perlukan tangan tuk bangkit dari kesedapan mimpi

Pulangkan
segeralah pulangkan hati padaNya
agar lunak si hati dengan mengingatiNya

Lihat di sana
Mereka sedang meluncur laju di jalan Dakwah
Kita?
Masih bermain-main soal hati dan perasaan
Rugi yang amat...

Maaf
Bukan meremehkan sebuah rasa ini
namun aku tahu, kau tahu, kita semua tahu
Tiba saatnya lafaz sakinah di perdengarkan
Kau kan melangkah yakin ke taman larangan
Tuk memetik bunga idaman..
Cuma kini bukan saatnya..
untuk mengekspresikan sebuah rasa 
yang tak pasti penghujungnya...
persiapkan dirimu wahai permata Islam!
Kau pejuang agama Allah!!



Sunday, April 21, 2013

Marah Saya Ke? Terima-Kasih Awak...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..segala puji-pujian hanya untuk Allah S.W.T..Pemilik alam semesta...

Alhamdulillah Allah beri pengajaran malam ni...

Pernah terbaca di bellog seorang ustajah ni, dia kata, "kalau saya rasa nak marah, saya akan berdoa supaya Allah kuatkan iman saya"...mula-mula pelik gak, apa kaitan iman yang kuat dengan marah?..hujahnya, bila kita dapat menahan marah, itu tandanya iman yang kuat..sekuat-kuat orang adalah orang yang dapat menahan marahnya..undertaker dan the rock bukanlah orang yang kuat, sebab dorang ni tak pandai kawal marah..

Terima-kasih pada si dia..Si dia yang memarahiku..ya sayang, M.A.R.A.H...bukan tegur..tegur dan marah adalah perbuatan yang sangat berbeza...mungkin si dia dalam keadaan tertekan ditambah pula dengan sikapku yang keanak-anakan yang mengganggu barangnya yang sebenarnya barang kawannya yang dikhuatiri akan hilang yang sebenarnya assignment mereka...Maaf awak, saya tak sengaja buat awak marah..saya berada dalam keadaan keterujaan yang teramat time tuh...

Sebenarnya kan awak, jujur, saya terasa dengan awak...Tapi bila saya fikir-fikir balik, nak buat ape saya terasa hati dengan awak..lebih baik saya buat bodoh je dengan perasaan yang entah apa-apa tu dan doakan awak.. =)

Awak awak, perit jugak rasa sakit hati ni kan?? Terasa nak nanes pun ade sebenarnye...hehe..Tapi, saya terus terkenang nabi kita, nabi Muhammad S.A.W...selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita..Betapa baginda mempunyai jiwa yang besar!..Ya awak, seorang daie itu perlulah mempunyai jiwa yang besar..KECIK HATI, TERASA HATI tidak akan dijumpai dalam kamus hidup seorang daie..jika baginda terasa hati, sudah lama penduduk Taif maut dihempap gunung... 
 
Kata Jibril: "Wahai Rasulullah, Allah telah mengutuskan kami kepadamu. Kalau kamu mahu, perintahkan malaikat ini untuk mentelangkupkan Mekah diantara dua bukit dan mereka akan musnah". Jawab Rasulullah Saw: "Wahai Jibril, jangan lakukannya. Biarlah aku bersabar terhadap kaumku. Semoga Allah akan melahirkan dari zuriat mereka orang-orang yang beriman kepada Allah". Rasulullah saw mendoakan kaum Taif, “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Subhanallah..betapa mulianya sikap Nabi Muhammad S.A.W..sedangkan saat itu, kasutnya 'banjir' dengan darah..aku?? eleh, setakat kena marah dah sibuk-sibuk nak nanes nanes bagai..bukannya kena baling dengan batu pun...Berkat doa baginda, sekarang ramai ulama lahir dari Taif..ulama yang menyebarkan agama Islam..Bayangkan jika dulu baginda setuju dengan cadangan Jibril untuk mentelangkupkan mereka, mungkin sekarang tiadalah ulama-ulama yang lahir dari kota Taif...



Heeee =D....terima-kasih awak sebab marah saya...Allah bagi pengajaran ini melalui perantara awak..=) awak awak, mungkin sifat awak memang begitu...tapi kan awak,,saya yakin awak boleh berubah...saya tahu selalu jugak saya bad mood kalau tension..tapi....kita cuba ye awak...kita cuba sama-sama...^__^...InsyaAllah Allah akan bantu kita....

Sayang Awak;

madusemalu

Monday, April 15, 2013

CENGENG!

Unknown

Thanks semua untuk sebuah rasa
Sebuah rasa yang pelbagai
yang akhirnya
mengalir jua titisan itu

Allah,
Beratkan imanku ya Allah.....

Saturday, February 16, 2013

Rasa Cinta Itu Membunuhku

Jangan bace..entri ni sengal-sengal je...


Situasi 1

"nini, jom makan kat sana, muslimin kita ada kat sini la, malu ngan diorang"

"ha'a la jom jom"

Situasi 2

"satu dua tiga empat, empat tiga dua satu"

"alamak, muslimin ada pulak kat sini, malunye dorang tengok aku senamrobik. Allah, malunye"

Situasi 3

"yo, wassup?. Ko peciter wei?.............." *alamak,asal aku boleh x prasan ade muslimin kita kat sini ni*

"Hai, Assalamualaikum"

Situasi 4

*Muslimin lalu*

"...................................*tunduk* *buat-buat tak nampak*..........................."



note: muslimin dalam cerita ini adalah lelaki itu, itu, itu, dan itu...maknanya, bukan lelaki kebanyakan.

persoalan: mengapa harus membezakan muslimin dengan lelaki kebanyakan? Bukan seharusnya aku melayan mereka sama rata. Jika di sini aku boleh begini, mengapa di sana aku begitu?..something is wrong somewhere..I know it, but i dun know how to fix it...

DIAM
.
.
.
.
.
.
.
SENYUM
.
.
.
.
.
.
ZIKIR
.
.
.
.
.
.
ISTIGHFAR

mungkin ini caranya...dan DOA..

ye la anis tu~ k bai...

Assalamualaikum...

Sunday, February 3, 2013

Ucu, Along Sayang Ucu


Ucu, Along mengagumimu sayang. Ujianmu sangat berat namun kau tidak pernah berasa lemah. Semangat juang dan dakwahmu membara. Walau kerap kali kau rebah, kau tidak memanjakan dirimu dengan menjadikan ia sebagai 'penyelamat' untuk kau tidak bergerak kerja. Gerak kerja keluarga dan gerak kerja persatuan yang terutamanya. Gerak kerja persatuan sudah cukup mencabar, along tahu, sebab tu along beritahu pada ucu yang ucu sangat beruntung, sangat-sangat beruntung sebab terima ujian sebegitu sedangkan along dan orang lain tak terima ujian seperti ucu. Along tahu ucu kuat!..

Ucu, peristiwa malam itu sungguh memberi kesan pada along. Mungkin Allah nak tegur along dengan cara sebegitu, melalui perantaraan ucu. Mungkin Allah nak uji ukhuwwah kita. Ya, begitu banyak kemungkinan jika mahu difikirkan tapi along yakin yang Allah itu Maha Mengetahui dan ada hikmahnya atas apa yang terjadi.

Ucu, di saat kau merengek-rengek dan meringkuk-ringkuk menahan sakit di bahagian dada, along hanya mampu menyuruhmu berzikir dan sentiasa ingat pada Allah. Tangisanmu berpanjangan sayang, kau ulang-ulang kalimah sakit.

"Akak,sakitnya akak. Sakit sangat. Ya Allah"

"Ingat Allah sayang, Allah, Allah, Allah, Ya Allah"

"Akak, dada saya sakit akak. Sakit sangat. Ya Allah, Kau sembuhkanlah aku Ya Allah"

"Amin"

Along elus-elus dada dan tangan ucu. Along seka air matamu. Tangisanmu semakin menjadi-jadi dek kerana kesakitan yang teramat. Ucu, luluh hati ini melihat kesakitanmu. Jika boleh, along bersedia berkongsi rasa itu denganmu. Air matamu jatuh bercucuran membasahi pipi. Dadaku berombak-ombak menahan sebak. Sungguh aku tidak keruan dan tidak tahu hendak buat apa. Yang pasti, aku mahu disampingnya.

"Ucu,bertahanlah ucu. Along tahu kamu kuat. Ingat Allah"

Mulutku tidak henti-henti berzikir. Dalam hati, aku berdoa dan merintih supaya Allah mengurangkan dan menghilangkan rasa sakit ucu. Ucu masih mengerekot menahan sakit yang amat. Digenggamnya tangan aku dengan erat. Dalam menahan kesakitan yang teramat, ucu pengsan beberapa kali. Setiap kali ucu tersedar, dia akan menangis mengatakan sakit di bahagian dada. Kerap kali aku bertanyakan untuk menghantarnya ke klinik, tapi ucu enggan. Along dapat mengagak sebab mengapa ucu enggan.



"Kita kat mana kak?"

"Kita kat surau sayang, kita kat surau lagi ni"

"Akak, jangan tinggalkan saya kak, jangan tinggalkan saya"

"Tak sayang, akak tak tinggalkan kamu. Akak kat sini je"

Tiba-tiba, gigi ucu bergetar, seperti kancing gigi lagaknya. Kami mula panik. Along picit mulut ucu supaya ucu tak tergigit lidah. Kak Khairun mula mencari kain untuk disumbat ke mulut ucu. Alhamdulillah, tidak seperti kejadian sebelum ini di mana gigi ucu bergetar dengan teruk, kali ini getaran itu hilang dengan cepat. Kami kembali lega.


"Ucu, Allah yang bagi rasa sakit ni. Tahan ye. Dia yang bagi, Dia yang boleh sembuhkan. Ingat Allah ucu, ingat Allah"

"Ash hadu alla ilahaillallah, wa ash hadu anna muhammadur rasulullah. Allahumma solli ala muhammad wa a'la alihi wasohbihi wasallam"

Zikir tidak pernah lekang dari mulut kami. Ucu juga tidak lekang dari mengingati Allah. Kak zizi menegaskan ucu supaya ingat Allah dan menjadi kuat. Sekali-sekala ucu akan mengucapkan syahadah. Kami mengelus-elus belakang badan, dada, dan tangan ucu. Ketika ini, setelah lebih kurang 15 minit, ucu pengsan dek kerana tidak tahan menanggung kesakitan.

Tiba-tiba, ucu senyum. Ucu senyum! Ucu cakap sambil mata tertutup.

"kita kat mana kak?"

"Kita kat surau sayang"

"Subhanallah, cantiknya"

Senyuman ucu melebar.

"Cantiknya, cantik. Subhanallah. Akak, lepas ni saya tak sakit lagi kan?"

Saat ini, air mata along semakin laju bercucuran. Ucu, apa yang kau sedang lihat ucu? Matamu tertutup tapi apa kau sedang lihat sebenarnya? sehinggakan kau mengatakan 'cantik'..Allah...Allah...Sungguh, situasi ini mengingatkan aku pada kematian. Aku takut menghadapi sakaratulmaut kerana aku tahu dosaku menimbun. Dalam masa yang sama aku bimbang kejadian yang buruk berlaku pada ucu. Namun, secara jujurnya, aku redha jika ucu pergi dalam keadaan sebegini, dalam keadaan ucu berulang kali mengucapkan syahadah dan berzikir, ditambah pula dengan 'pemandangan cantik' yang dilihatnya. Allah...Allah...Allah....Air mataku tumpah lagi. Ucu, along sayang ucu...

Ucu terus senyap, pengsan. Namun, ucu tersenyum ketika pengsan. Allah, sejuk mata memandang. Along, Kak Khairun dan Kak Zizi masih di sisimu melantunkan zikrullah dan mengusap-ngusap serta mengurut-ngurut tubuhmu. Kami tenang sedikit bila ucu pengsan sebab tak dengar tangisan ucu. Hati mana yang tidak hiba melihat insan yang disayangi menangis menahan kesakitan.

Lebih kurang 15 minit berlalu, ucu mula sedarkan diri. Setelah sedar, ucu terus bertanya

"Akak nak bawak saya pergi mana tadi?"

"Akak ingatkn nk bawak awak naik bilik, bagi awak rehat, tapi awak da sedar tak jadik nak angkat"

"Kita kat mana ni?"

"Kita kat surau ni"

"Tadi kita dari mana?"

"Tadi kita kat bilik meeting, pastu awak tak sihat, kita pergi surau, sekarang kat suraulah"

"Lepas ni, saya dah tak sakit lagi dah"

"Amin...InsyaAllah sayang"

Walaupun selepas sedar, ucu masih perlu mengambil masa seketika untuk stabil sebelum bangkit. Tapi, sungguh along pelik dengan pertanyaan ucu, sebelum ni, bila ucu pengsan dan sedar, belum pernah ucu tanya kat mana ucu berada, tapi mengapa malam itu ucu bertanya sedemikian setelah sedar?. Atau sebenarnya ucu pergi mana tadi ketika pengsan?...Ya ucu, insyaAllah lepas ni ucu tak sakit lagi dah.

Allah, terima-kasih Ya Allah kerana memberiku teguran ini. Jika malaikatmu datang mahu mengambil nyawaku, adakah ketika itu aku sudah bersedia?. Adakah ketika itu imanku dalam keadaan sejahtera?. Adakah ketika itu aku sedang mengingatimu?.
Adakah ketika itu aku sedang menghampiri menjadi anak yang solehah?. Adakah ketika itu amalan wajibku terjaga? bagaimana dengan amalan sunat? Bagaimana dengan hubungan dengan sahabat-sahabat, adik-beradik, dan semua orang?. Bagaimana dengan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w?. Bagaimana dengan hutang-piutangku?.. Allahurobbi...Ya Allah, Kau terimalah segala amalanku Ya Allah...Ya Allah yang Maha Mengasihani, kau jadikanlah hatiku ini hati yang sentiasa mengingatiMu, lidah ini lidah yang sentiasa berzikir kepadaMu, dan tubuh ini tubuh yang sentisa beribadah kepadaMu...Ya Allah yang Maha Pengampun, Kau ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah...Sungguh aku banyak berbuat dosa kepadaMu, Kau ampunilah aku Ya Allah....Amin Ya Rabb..





Sunday, January 6, 2013

Wajib baca!!!

Baca dan hadam...Amalkan...

Sangat best buku ni..baru baca sikit....

Kisah kekasih umat Islam...=)

Mantapkan hati meminang bidadari..eh bidadari??

cerita tentang sejarah hidup Prof dr.Sidek Baba..menarik!

Menarik buku ni,sempat belek-belek,pink sangat dalamnya..hehe


Banyak lagi buku tak habis baca..Berdosa kau Hanis beli buku tapi tak baca...lagi teruk dari orang yang tak baca sebab takde buku...Setakat beli buku banyak2 buat hiasan buat ape?...hanis Hanis~~

P/S: Selamat menghabiskan membaca buku-buku yang terperap di almari ye... ^__^Y


Hari Bertambah Dekat Dengan Kematian

Suriati bagi kepsi...Maseh Su...Mengidam kepsi,tetibe Su muncul..x sengaja meleleh...
(Macam tu la kot prasaan ibu2 yg mengidam n ditunaikan hasrat hatinya)
(Tapi mane boleh ikutkan sangat apa yg ibu mgandung nak,kan kena didik baby sejak dari kandungan lagi)
Kak Asiah bagi stokin pink berbulu lembut,,sangat fluffy...lembuuuut~ boleh pakai time tido..

Baby Annisa' Maskuri yg bagi,,siap bg sajak lagi dalam blog die, Nisa nampak je ganas, tapi dalam hati ada taman...^_^

Syukran Ummi Hafsah..seksi la bende ni..hikhik..

Ayat-ayat Cinta...Mendalam ye maksudnya...

Nampak ayat,'Selamat Mengingati Mati'...Zaaap! Ni mesti kak Fiqah..haha maseh akak..^^

Huh,dah la DM kat Twitter je...Hehe maseh awak...=)

Sehingga ke hari ini,tertanya-tanya,apakah persamaan kak long dengan kaktus...eerrrmmm~

Sebelum balik Tanjung Malim lagi,mama dah belikan kek..x aci,,belum birthday lagi..haha makan kek seminggu awal..maseh mama n abah n adik-beradik yang nakal tapi dicintai...
Last but not least, trimas to sahabat-sahabat yang susah-susah buat surprise di KFC BHL dengan kek atas meja...Malu sebenarnya, ye la,siapa la saya....sayang korang...=) Nur Aisyah Jamaludin, Nur Hidayah Baharuddin, Khairunnisa Maskuri, Husnil Khatimah Hussin, 'Atiqah Zamri, Huda Yusof, Hafiza Hafinas, Aina Mardiah, dan juga sahabat2 lain yang wish..Gambar xde nak upload kat sini..huhu...*konon x nak dtg,nak letak barang la,nak baca plantae la*

p/s: Sayang korang semua. fullstop.



Mama, Orang Nak Kahwin Boleh?

Bismillahirrohmanirrahim...



Alhamdulillah, 2/1/2013 sudah genap umurku 22 tahun...Sedih dan sayu bermaharajalela memikirkan tentang umur, sebanyak mana masa yang aku gunakan untuk Islam?.. -__-

Minggu study week, aku habiskan di rumah. Ada kisah yang ingin aku bawakan. Malu juga untuk aku ceritakan tapi aku harap ada manfaatnya. Sebelum pulang, aku bertekad untuk memakai niqab. Ianya adalah percubaan pertama aku. Dan aku akan membukanya setelah tiba di Muar, sebelum mama dan abah mengambilku. Jadinya, tiada siapa yang akan tahu. Alkisahnya, adikku Izzat juga menaiki bas yang sama denganku dari Tanjung Malim ke Seremban tapi semestinya dia tidak mengenaliku. Sampai di Seremban, mama call mengatakan Izzat juga berada di Seremban. Selepas kejadian call-mengecall, bertemulah mataku dengan mata Izzat, bersama-sama member-membernya. Member dia kata,"eh tu bukan pompuan yang naik bas sama-sama ngan kita dari Tanjung Malim ke?"..

Sampai di rumah, Izzat pun menceritakan kepada mama. Katanya, "Ye la, macam mana la org nak kenal dia, dia pakai purdah, nampak mata aje." Mama tanya, "Kenapa pakai purdah?"... Aku yang sedang memasak terasa nak selamkan kepala ke dalam kuali yang dipenuhi minyak panas. "Errr, saje je nak pakai", jawabku mudah. Malu teramat.

Nampak tak dari penceritaan di atas yang aku sebenarnya tak bersedia nak berdepan dengan persoalan org tentang niqab. Memang aku ade baca tentang dalil2 dan hujah2nya, tetapi aku tidak hafal. Jika ada insan yang bertanya lalu mempersoalkannya, apa reaksi aku?. Tersenyum sahaja?. Oh, aku belum bersedia. Aku juga belum bersedia dengan kritikan orang, pujian orang, perlian orang. Seorang pakcik apabila terlihatku berniqab, terus sahaja dia berzikir dan beristighfar. Ai pakcik, perli nampak?. Itu baru 0.000001% cabarannya. Pendek kata, aku telah membuat kesilapan yang terang lagi bersuluh iaitu membuat keputusan tanpa membuat praparation yang secukupnya, tidak bersedia. Ok, kita tolak tepi tentang khilaf pemakaian purdah. Apa yang diketengahkan adalah isu tidak bersedia.

Mama: Ooh dah 22 ea, dulu mama umur 22 dah tunang dengan abah. Bila ko nak kawen?. Nak kawen serentak sama-sama ngan abg apis pun boleh jugak. (setahun dari sekarang)

Abah : Dah jumpa belum ustaznya?.

Aku : hahahahahha (gelak aje). Mama ngan abah je la carikan utk org..

Mama : Kat sini susah nak cari ustaz. Ko cari je la sendiri.

Allah, mama dengan abah ni memang selalu macam ni. Dah tak sabar nampaknya. Sempena awal tahun 2013 ni, klise la orang berazam untuk bla bla bla dan bla. Jadinya, sempena birthday aku yang ke-22 yang juga awal tahun ni, aku.....errrr, malunye Ya Allah...aku berazam, sebelum aku mahu bernikah, aku akan pastikan aku berjaya bangun tahajud setiap malam..Allah,bantulah hambaMu ini ya Allah....

Kejarlah akhirat, dunia akan mengejarmu..Perbaiki diri bukan semata-mata untuk kahwin nanti, tetapi jika tidak perbaiki diri sekarang, bila lagi nak perbaiki diri..Kalau bukan kita, siapa?..Kalau bukan sekarang, bila?...

Terfikir,jika sekarang aku memberikan alasan sibuk hingga tidak menyempat untuk duduk santai membaca buku2 ilmiah,duduk2 brkongsi cerita dengan sahabat2,menghadirkan diri di majlis2 ilmu,tahajud di malam hari, dan sebagainya...Adakah aku yakin pada masa akan datang aku tidak sibuk?. Adakah aku yakin selepas berkahwin nanti aku tidak sibuk?...

Maafkan aku sebab asyik sebut soal nikah kahwin..dah tu yang asyik timbul di FB dan menjadi bualan rakan-rakan sebaya...dan juga parents...lalala...tension gak..tapi tension yang positive..=)

Kesimpulannya, PREPARATION is the most important thing..dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara, kita perlulah bersedia, jasmani, rohani, fizikal, mental, poket..eh poket?...haruslah ada duit untuk wat ibadah...takde duit takleh g haji...

Kurangkan agenda mencari, lebihkan agenda menjadi...

Usah terburu-buru mahu menjadi isteri solehah sebelum menjadi anak yang solehah...tapi,,,errrr? kalau serentak bole tak?...

*Malu sebenarnya nak post pasal ni,dah lama duk dalam draft*

p/s: Maaf salah silap, bahasa kasar...ayat bangga diri,perasan bagus...mohon dimaafkan...


HanisSolehah,
Madusemalu