Wednesday, December 19, 2012

Mencintai Biar Sejantan Ali R.A

Akh…

Aku rasa aku belum bersedia la..

Iya la, aku ni, kontribusi dalam dakwah pun masih lagi bawah paras minimal,

Tak tergamak aku nak fikir soal ni ..

Kau tahu kan Aiman,

Cita-cita aku nak jadi macam Usamah b Zaid ? Mus’ab bin Umair ? Ali B Abi Talib ?

Mereka semua tu, pemuda pengugah zaman …

Usamah B. Zaid, seawal usia 18 tahun sudah memimpin armada perang, Mus’ab B. Umair, usia 20 an macam gini dah jadi duta untuk membuka dakwah Islam di Madinah, Ali B. Abi Talib pula… aisyhh jangan cakap la…

Malu la aku dengan depa ni oi dekat akhirat nanti…

Hrmm..

Aiman mengeluh

Raed, Raed ..

Kau keliru ni..

“Mari aku bentangkan satu fakta, biar terbukak sikit biji mata kau tu..”

Raed,

Usamah B Zaid, sebelum dia menjadi panglima seawal usia 18 tahun, beliau telah menikah dengan Fathimah Binti Qais pada usia 16 tahun, Mus’ab B Umair pula telah bernikah dengan Hamnah Binti Jahsy sebelum menjadi duta dakwah di Madinah, dan Ali B. Abi Talib pula mulai mengambil peranan-peranan besar dalam dakwah selepas menikahi puteri Rasulullah saw”

Kesimpulannya mereka telah terlebih dahulu berjaya memimpin keluarga sebelum sukses memimpin dakwah !

#petikan telenovella bersiri "Mencintai biar sejantan Ali r.a"


Copy Pasta dari sini...

No comments:

Post a Comment