Thursday, November 1, 2012

Random Story #2 -Kerana Kutu-

Dulu-dulu
Sejak kecil lagi
Mama dan abah tak suka bela kucing 
Mama kata nanti kotor
Lagi kecil aku kempunan bela kucing

2012
Seekor kucing hitam betina
yang sarat mengandung
ok, bunting
muncul di rumah
mama tak sampai hati
sebab tengok perut dia yang sangat besar
mama terbayang kalau mama yang mengandung
diizinkannya adik-adikku untuk membela Si Hitam
(Bukan kali pertama kot bela kucing, tapi yg kali ni lain, special!)



Si Hitam lahirkan 6 ekor baby 
yang sangat gemuk dan comel
sangat comel!!
Si Hitam, bulunya semuanya hitam
tapi anak-anaknya berbeza-beza warnanya
hitam dan putih di'blend' dengan sempurna
mungkin 'suami'nya seekor yang 'hensem'

Suatu pagi
mama nak pergi sekolah
malangnya
Junior berada di bawah kereta
mama tak sengaja 
mama terlanggar junior
junior terdengkot-dengkot
adik-bradik junior mengerumuni dia
mereka memandang mama dengan pandangan tajam
balik sekolah
junior dah mati
Irfan nangis-nangis dan marah-marah
aku ingat lagi
mama menangis-nangis cerita pada aku
rasa bersalah mama menebal

2 bulan selepas itu
aku pulang berhari raya haji

Ahad lepas
28/10/2012
aku bising kucing-kucing dipenuhi kutu
zarif pergi beli ubat kutu
tanya tauke kalau kucing jilat bulu die
 mati tak kucing tu
tauke tu geleng je
zarif lumurkan semua bulu kucing dengan ubat kutu tu
rancangnya esok baru nak mandikan
dah arahan ubat tu begitu

Isnin
29/10/2012
aku di dapur sedang beri Si Hitam makan
terdengar jeritan Mickey di luar rumah
kulihat Mickey melompat-lompat dalam semak 
di luar pagar rumah
melompat-lompat dengan suara nyaring!
matanya ketakutan, hitam penuh!
dia terbaring
kemudian terlompat-lompat sambil terjerit-jerit kembali
Seluruh badannya menggigil
mukanya penuh kesakitan
dia menyeringai
aku terpinga-pinga
Si Hitam hanya memerhatikan Mickey
aku bingung
kena patuk ular ke?
kena racun ubat kutu ke?
kena sawan ke?
kenapa Mickey ni?
Mickey menggila!
Ku angkat Mickey ke dalam rumah
Aku basuh bulunya
Aku balut badannya dengan kain
dan ku ikat dengan tali pinggang adikku
Mickey meronta-ronta
Berkali-kali aku meminta maaf pada Mickey
Aku tak mampu membantunya
Sayu hatiku
Aku tahu Mickey sangat sakit dan terseksa
Aku cuba call mama
tapi aku takde kredit 
Aku sorang-sorang di rumah
Aku tak tahu nak buat ape
lebih kurang 5 jam selepas itu
5 jam yang amat menyeksakan
Mickey bertambah lemah
aku suap Mickey dengan air garam
tak tahu!
Aku tak tahu nak buat apa
aku fikir
garam boleh membantu
meneutralkan racun
 simptom-simptom seperti
melompat-lompat
terjerit-jerit
menggelupur
terbaring lesu 
silih berganti selama 5 jam itu
Tengahari itu
Mickey
melepaskan nafasnya yang terakhir
di tanganku
aku menyaksikan sendiri
detik-detiknya yang terakhir
Sayu
Pulang dari sekolah
Zahin menangis-nangis dan marah-marah
kerana kehilangan kucingnya.
Sah!!
Ahad kelmarin
Setelah Zarif melumurkan cecair racun kutu pada badan kucing
Dia meninggalkan bekas itu begitu sahaja
Dan kami sekeluarga keluar selepas itu
Untuk menghantar Izzat, Zarif, dan Ina 
ke sekolah dan universiti masing-masing
dalam masa yang sama
anak-anak kucing itu 
dengan naifnya meminum semua air racun itu
Allahurobbi
Menggelabah kami sekeluarga
Mencari anak-anak kucing yang lain
Upin dan Ipin kelihatan lemah tidak berdaya
badannya menggigil-menggigil
segera abah ambilkan air kelapa dan memaksa 
Upin dan Ipin meminumnya
Upin dan Ipin sahaja
mewarisi kehitaman Si Hitam
Semua bulunya hitam
Mereka nampak ada peluang untuk hidup

Isnin malam Selasa
Tidurku tidak lena
Upin sepanjang malam
mengulang-ulang simptom-simptom 
yang Mickey alami
Sangat kasihan
tapi aku tak mampu membantu
Selasa tengah hari
Upin pergi jua
Ipin??
mengiaw-ngiaw keseorangan
dia memencilkan diri
dan turut mengulangi simptom-simptom
Mickey dan Upin
Pilu hati ini
Saat terlihat Ipin terkejang-kejang menahan sakit
sehingga terkencing-kencing tubuh kecil itu
Aku meminta maaf berkali-kali
Zahin bersungguh-sungguh menjaga dan merawat Ipin
tengahari Rabu 
Ipin pergi
Tanpa terjerit-jerit
seperti Mickey dan Upin
Nabil, Irfan, dan Zahin
menguburkan mereka sebelah-menyebelah
sempat ditaburkan bunga-bungaan
4 kubur kecil berbaris 
Kini tinggal Jeneral dan Junior 2
Jika dahulu
6 ekor berebut-rebut mahu menyusu
kini tinggal 2 ekor
 Oh tidak!
kini
tinggal junior 2 sahaja
Jeneral menghilangkan diri
Entah ke mana
merajuk mungkin
Junior 2 dan Si Hitam
bermain-main bersama-sama
Sayu lagi sekali
dari 7 ekor
tinggal 2 ekor sahaja
Sedih
Semua orang sedih
Namun
Telah ketentuanNya
Ku pasti ada hikmahnya

Junior tinggal sorang-sorang dah sekarang...

pengajaran
Buat kerja sampai habis
Jangan tinggalkan bekas racun merata-rata
Sayangi bila ada, rindui bila tiada
Insaf melihat azabnya sakaratulmaut
mereka hanya kucing yang tiada dosa
sedang aku???
tidak terhitung banyaknya!
Allahurobbi

No comments:

Post a Comment