Saturday, November 17, 2012

Postmortem #1


Bismillahirrohmanirrahim...
 
Dah lama tak rasa hati yang tenang
Qalbun Salim
Selalu hati berasa resah
Tak tenang

Di wajah memang terpamer senyuman
Namun senyuman di bibir
Tidak selari dengan senyuman di hati
Rupa-rupanya hati sakit
Aku sedar hati sakit
Tapi aku buat tak tahu 
Kasihan hati
Tenat sungguh keadaannya
Namun, aku harus sedar
Hatiku hanya sakit
Tapi masih belum MATI
Kata sahabat
Bersyukur hati sakit
Bersyukur SEDAR hati sakit
Cuba kalau tak sedar
Tiba-tiba je tahu hati dah MATI
Allahu Allah
Nauzubillah

Duhai HATI
Maafkan aku 
kerana mengabaikan perasaanmu
Suatu saat
Aku tahu kau marah
HATIku berasa sakit
Dadaku sakit
Tapi aku abaikan kemarahanmu
Aku mengabaikan fatwa hati
Yang benci akan perbuatanku saat itu
Aku sedar HATI marah
Tapi aku abaikan!

Duhai hati
Maafkan aku
Kerna alpa memberi UBAT kepadamu
UBAT itu ada di sisi
Cuma aku malas untuk mengorak langkah
Natijahnya, hati makin sakit
dari hari ke hari...
 Yang membuatkan bertambah sakit hati
Aku buat perangai

Zikir aku tinggalkan
Matsurat aku remehkan
Dhuha berkira-kira tuk didirikan
Soal akhlak dianak-tirikan
Tangisan Al-Quran dipekakkan
Tahajud aku lupakan
 Masalah hati dibesar-besarkan

Bila hati tak tenang
Lihat kembali amalan kita
Mesti ada amalam yang ditinggalkan
Hingga hati memberi isyarat
Untuk memberikan ubat hati

Tatkala hati memberi fatwanya
Turutilah
Kerana hati itulah yang mengawal seluruh jasad
baik hati seseorang
baiklah seluruh jasadnya
sakit hati
sakitlah seluruh jasadnya

Serius.
Perbaikilah amal kita,
Dalam memperoleh hati yang tenang.
Subhanallah, tenang itu indah.
Lama sudah tidak merasai hati yang tenang.
Mungkin aku silap.
Mungkin aku tak pernah pun merasai hati yang tenang.

Allahu Allah,
kurniakan kami hati yang tenang Ya Allah,
kurniakan kami hati yang basah mengingatimu Ya Allah,
Kurniakan kami hati yang bersih terhadap makhlukmu ya Allah,
 Kurniakan kami hati yang hidup Ya Allah,
Kurniakan kami hati yang ikhlas beribadah kepadamu Ya Allah,
Kurniakanlah kami hati yang merintih mengingati dosa kami Ya Allah,
Kurniakanlah kami hati yang memberi manfaat kepada agamamu ya Allah...

Allahu Allah,
Matikanlah hati ini dalam nikmat IMAN dan ISLAM Ya Allah,
Matikanlah hati ini dalam husnul khatimah Ya Allah,
Matikanlah hati ini sebagai seorang syuhada' Ya Allah...
Moga hati ini,
Berjaya menembusi JannahMu Ya Allah,
Dengan rahmatMu Ya Allah masukkanlah hati ini dalam JannahMu..
Amin Ya Rabbal Alamin...






p/s: Apabila berjumpa dengan sahabat, tagihlah dua benda daripadanya. Pertama, nasihat. Kedua, doanya. Wahai sahabat, aku tagih dua benda ini daripada kamu. Dan pastikan aku KETAGIH!.

Wallahua'lam...

Pendosa,
madusemalu


 

No comments:

Post a Comment