Tuesday, November 20, 2012

Muslimin Sayang Muslimat Tak??

Ya, Muslimin mmg sayang muslimat
Di satu-satu perarakan
Muslimat ramai
bergerak secara berkumpulan yang besar
Bangga sangat
err...bersyukur sebenarnya
apabila muslimin membuat rantaian di sekeliling muslimat
Bagi mengelak orang ramai mendekati 
apatah lagi mencederakan muslimat
Muslimin memang sayang muslimat kan?

Peristiwa itu sangat segar di mindaku
Muslimin didenda dengan sangat teruk
SANGAT TERUK
kerana muslimat...

muslimat buat salah
tapi muslimin yg didenda
hingga longlai badan mereka..
sedang muslimat hanya mampu menangis!

Dahulu aku anti 
dengan perkataan sayang pada lelaki
yang aku nampak hanya COUPLE sahaja
takde yang baiknya

Namun setelah peristiwa itu
Aku merasa sayang pada sahabat lelaki
Entah
Sukar diungkap
Walau aku tak kenal mereka
Tak pernah berbual-bual mesra dengan mereka
Tapi aku sayang mereka
Sayang yang bagaimana ea?
ermmm entahlah
tapi sayanglah...

Pelik kan??
takde yang peliknya kalau sayang itu kerana Allah..
Wahai muslimin
Ketahuilah
yang muslimat juga sayang muslimin
Sebab tu muslimat ramai yang garang-garang
sebab nak jaga iman muslimin =)
Muslimin memang ramai yang garang pun
sampai takut nak pandang
eh?
ok melalut...

Tadi kena marah
eh? bukanlah...
kena tegur
kena nasihat
"kenapa muslimat yang angkat???"
"muslimin mana??"
"kan dah jadi ****, kenapa tak bagi arahan???"

hohoho tak tau nak jawab ape
banyak sangat nak jawab 
sampai tak tahu nak start dari mana
perasaan bercampur-baur

ermmm apa yg aku nk sampaikan sebenarnya?
fikir-fikirkanlah dan selamat beramal..
(cakap je lah anis malas nak fikir kan?)
mungkin bayak sangat nak cakap
sampai tak tercakap..

GAMBAR HIASAN ihsan pak cik Google..



Saturday, November 17, 2012

Postmortem #1


Bismillahirrohmanirrahim...
 
Dah lama tak rasa hati yang tenang
Qalbun Salim
Selalu hati berasa resah
Tak tenang

Di wajah memang terpamer senyuman
Namun senyuman di bibir
Tidak selari dengan senyuman di hati
Rupa-rupanya hati sakit
Aku sedar hati sakit
Tapi aku buat tak tahu 
Kasihan hati
Tenat sungguh keadaannya
Namun, aku harus sedar
Hatiku hanya sakit
Tapi masih belum MATI
Kata sahabat
Bersyukur hati sakit
Bersyukur SEDAR hati sakit
Cuba kalau tak sedar
Tiba-tiba je tahu hati dah MATI
Allahu Allah
Nauzubillah

Duhai HATI
Maafkan aku 
kerana mengabaikan perasaanmu
Suatu saat
Aku tahu kau marah
HATIku berasa sakit
Dadaku sakit
Tapi aku abaikan kemarahanmu
Aku mengabaikan fatwa hati
Yang benci akan perbuatanku saat itu
Aku sedar HATI marah
Tapi aku abaikan!

Duhai hati
Maafkan aku
Kerna alpa memberi UBAT kepadamu
UBAT itu ada di sisi
Cuma aku malas untuk mengorak langkah
Natijahnya, hati makin sakit
dari hari ke hari...
 Yang membuatkan bertambah sakit hati
Aku buat perangai

Zikir aku tinggalkan
Matsurat aku remehkan
Dhuha berkira-kira tuk didirikan
Soal akhlak dianak-tirikan
Tangisan Al-Quran dipekakkan
Tahajud aku lupakan
 Masalah hati dibesar-besarkan

Bila hati tak tenang
Lihat kembali amalan kita
Mesti ada amalam yang ditinggalkan
Hingga hati memberi isyarat
Untuk memberikan ubat hati

Tatkala hati memberi fatwanya
Turutilah
Kerana hati itulah yang mengawal seluruh jasad
baik hati seseorang
baiklah seluruh jasadnya
sakit hati
sakitlah seluruh jasadnya

Serius.
Perbaikilah amal kita,
Dalam memperoleh hati yang tenang.
Subhanallah, tenang itu indah.
Lama sudah tidak merasai hati yang tenang.
Mungkin aku silap.
Mungkin aku tak pernah pun merasai hati yang tenang.

Allahu Allah,
kurniakan kami hati yang tenang Ya Allah,
kurniakan kami hati yang basah mengingatimu Ya Allah,
Kurniakan kami hati yang bersih terhadap makhlukmu ya Allah,
 Kurniakan kami hati yang hidup Ya Allah,
Kurniakan kami hati yang ikhlas beribadah kepadamu Ya Allah,
Kurniakanlah kami hati yang merintih mengingati dosa kami Ya Allah,
Kurniakanlah kami hati yang memberi manfaat kepada agamamu ya Allah...

Allahu Allah,
Matikanlah hati ini dalam nikmat IMAN dan ISLAM Ya Allah,
Matikanlah hati ini dalam husnul khatimah Ya Allah,
Matikanlah hati ini sebagai seorang syuhada' Ya Allah...
Moga hati ini,
Berjaya menembusi JannahMu Ya Allah,
Dengan rahmatMu Ya Allah masukkanlah hati ini dalam JannahMu..
Amin Ya Rabbal Alamin...






p/s: Apabila berjumpa dengan sahabat, tagihlah dua benda daripadanya. Pertama, nasihat. Kedua, doanya. Wahai sahabat, aku tagih dua benda ini daripada kamu. Dan pastikan aku KETAGIH!.

Wallahua'lam...

Pendosa,
madusemalu


 

Tuesday, November 6, 2012

Hanis, Ingat Tau!!!

Bismillahirrohmanirrahim
post ni x penting
sila jangan baca
xde faedahnya
sekadar nota untuk diri ini

*** *** I***** *** **** ***
Sahabat ini berulang kali mengingatkan aku
diulang-ulang entah berapa kali
"Tau anis tau, ingat tau"
Alkisahnya 
SALMAH bukan nama sebenar
menantikan jawapan yang tepat
untuk soalannya
jika tepat
dialah zauj dicari dan ditunggu-tunggu
persoalannya
adakah ada insan yg mnjawab dgn tepat??
kita nantikan dgn kesabaran
Salmah sendiri tak tau
adakah insan yg berjaya menjawab?
bilakah?
siapakah?

Hingga satu saat nanti
InsyaAllah
apabila ada
dia bersungguh-sungguh mahu aku
bertanyakan apakah jawapan yg telah diberikan
oleh en.Zauj sehingga berjaya memiliki
SALMAH bukan nama sebenar.

Maksudnya aku kena pergi walimah beliau
dan bertanyakan kepada zauj beliau
ala ala interview gittew

Sejarahnya
pernah ada insan yg gagal menjawab
lantas Salmah mereject beliau
Salmah oh Salmah
uniknya dirimu
unik lagi peribadimu

Kesimpulannya,
Jodoh pertemuan rahsia Allah
Jom kita ubah diri dahulu
Kejar akhirat, dunia akan menyusul! ^_^
InsyaAllah
 Moga Allah permudahkan...
 
hik hik...comel je...



Thursday, November 1, 2012

Random Story #2 -Kerana Kutu-

Dulu-dulu
Sejak kecil lagi
Mama dan abah tak suka bela kucing 
Mama kata nanti kotor
Lagi kecil aku kempunan bela kucing

2012
Seekor kucing hitam betina
yang sarat mengandung
ok, bunting
muncul di rumah
mama tak sampai hati
sebab tengok perut dia yang sangat besar
mama terbayang kalau mama yang mengandung
diizinkannya adik-adikku untuk membela Si Hitam
(Bukan kali pertama kot bela kucing, tapi yg kali ni lain, special!)



Si Hitam lahirkan 6 ekor baby 
yang sangat gemuk dan comel
sangat comel!!
Si Hitam, bulunya semuanya hitam
tapi anak-anaknya berbeza-beza warnanya
hitam dan putih di'blend' dengan sempurna
mungkin 'suami'nya seekor yang 'hensem'

Suatu pagi
mama nak pergi sekolah
malangnya
Junior berada di bawah kereta
mama tak sengaja 
mama terlanggar junior
junior terdengkot-dengkot
adik-bradik junior mengerumuni dia
mereka memandang mama dengan pandangan tajam
balik sekolah
junior dah mati
Irfan nangis-nangis dan marah-marah
aku ingat lagi
mama menangis-nangis cerita pada aku
rasa bersalah mama menebal

2 bulan selepas itu
aku pulang berhari raya haji

Ahad lepas
28/10/2012
aku bising kucing-kucing dipenuhi kutu
zarif pergi beli ubat kutu
tanya tauke kalau kucing jilat bulu die
 mati tak kucing tu
tauke tu geleng je
zarif lumurkan semua bulu kucing dengan ubat kutu tu
rancangnya esok baru nak mandikan
dah arahan ubat tu begitu

Isnin
29/10/2012
aku di dapur sedang beri Si Hitam makan
terdengar jeritan Mickey di luar rumah
kulihat Mickey melompat-lompat dalam semak 
di luar pagar rumah
melompat-lompat dengan suara nyaring!
matanya ketakutan, hitam penuh!
dia terbaring
kemudian terlompat-lompat sambil terjerit-jerit kembali
Seluruh badannya menggigil
mukanya penuh kesakitan
dia menyeringai
aku terpinga-pinga
Si Hitam hanya memerhatikan Mickey
aku bingung
kena patuk ular ke?
kena racun ubat kutu ke?
kena sawan ke?
kenapa Mickey ni?
Mickey menggila!
Ku angkat Mickey ke dalam rumah
Aku basuh bulunya
Aku balut badannya dengan kain
dan ku ikat dengan tali pinggang adikku
Mickey meronta-ronta
Berkali-kali aku meminta maaf pada Mickey
Aku tak mampu membantunya
Sayu hatiku
Aku tahu Mickey sangat sakit dan terseksa
Aku cuba call mama
tapi aku takde kredit 
Aku sorang-sorang di rumah
Aku tak tahu nak buat ape
lebih kurang 5 jam selepas itu
5 jam yang amat menyeksakan
Mickey bertambah lemah
aku suap Mickey dengan air garam
tak tahu!
Aku tak tahu nak buat apa
aku fikir
garam boleh membantu
meneutralkan racun
 simptom-simptom seperti
melompat-lompat
terjerit-jerit
menggelupur
terbaring lesu 
silih berganti selama 5 jam itu
Tengahari itu
Mickey
melepaskan nafasnya yang terakhir
di tanganku
aku menyaksikan sendiri
detik-detiknya yang terakhir
Sayu
Pulang dari sekolah
Zahin menangis-nangis dan marah-marah
kerana kehilangan kucingnya.
Sah!!
Ahad kelmarin
Setelah Zarif melumurkan cecair racun kutu pada badan kucing
Dia meninggalkan bekas itu begitu sahaja
Dan kami sekeluarga keluar selepas itu
Untuk menghantar Izzat, Zarif, dan Ina 
ke sekolah dan universiti masing-masing
dalam masa yang sama
anak-anak kucing itu 
dengan naifnya meminum semua air racun itu
Allahurobbi
Menggelabah kami sekeluarga
Mencari anak-anak kucing yang lain
Upin dan Ipin kelihatan lemah tidak berdaya
badannya menggigil-menggigil
segera abah ambilkan air kelapa dan memaksa 
Upin dan Ipin meminumnya
Upin dan Ipin sahaja
mewarisi kehitaman Si Hitam
Semua bulunya hitam
Mereka nampak ada peluang untuk hidup

Isnin malam Selasa
Tidurku tidak lena
Upin sepanjang malam
mengulang-ulang simptom-simptom 
yang Mickey alami
Sangat kasihan
tapi aku tak mampu membantu
Selasa tengah hari
Upin pergi jua
Ipin??
mengiaw-ngiaw keseorangan
dia memencilkan diri
dan turut mengulangi simptom-simptom
Mickey dan Upin
Pilu hati ini
Saat terlihat Ipin terkejang-kejang menahan sakit
sehingga terkencing-kencing tubuh kecil itu
Aku meminta maaf berkali-kali
Zahin bersungguh-sungguh menjaga dan merawat Ipin
tengahari Rabu 
Ipin pergi
Tanpa terjerit-jerit
seperti Mickey dan Upin
Nabil, Irfan, dan Zahin
menguburkan mereka sebelah-menyebelah
sempat ditaburkan bunga-bungaan
4 kubur kecil berbaris 
Kini tinggal Jeneral dan Junior 2
Jika dahulu
6 ekor berebut-rebut mahu menyusu
kini tinggal 2 ekor
 Oh tidak!
kini
tinggal junior 2 sahaja
Jeneral menghilangkan diri
Entah ke mana
merajuk mungkin
Junior 2 dan Si Hitam
bermain-main bersama-sama
Sayu lagi sekali
dari 7 ekor
tinggal 2 ekor sahaja
Sedih
Semua orang sedih
Namun
Telah ketentuanNya
Ku pasti ada hikmahnya

Junior tinggal sorang-sorang dah sekarang...

pengajaran
Buat kerja sampai habis
Jangan tinggalkan bekas racun merata-rata
Sayangi bila ada, rindui bila tiada
Insaf melihat azabnya sakaratulmaut
mereka hanya kucing yang tiada dosa
sedang aku???
tidak terhitung banyaknya!
Allahurobbi