Tuesday, October 30, 2012

Random Story #1

Sangat suka ramai-ramai dalam kereta
Walau sempit dan sedikit mabuk
Sebabnya
Semua orang ada kat situ
Dan kena dengar cerita orang lain
Walau dia tak nak dengar
Sebab tak boleh nak lari

Suka duk dalam kereta 
Sebab boleh marah adik-adik
Yang buat bising kat belakang
Dan ketawa tanpa tomakninah

Tanpa sedar 
duduk ramai-ramai dalam kereta
Boleh mengeratkan ukhuwwah
Jika pandai mengambil kesempatan

Kisah Sebuah Perjalanan Dari Tanjung Malim ke Muar

Abang : Kenapa ko pakai khemah kat kepala nis??

Aku : Bio ler aku nak pakai... =___='

****************

Abang : Kenapa ko pakai langsir Nis kat kepala?

Aku : =____='

****************
Abang : Bagusnya, tak payah bawak kain lap. Boleh guna ni aje.

Aku : Abang!!! Kotorlah tangan tu...=____='

****************

Abang : Waaaaaaaa bestnye dalam ni. Rasa selamat la nyorok dalam ni!!! Best! Best!

Zarif : Ha'a la...Huuuuuuuuu bestnye! Cepat-cepat sape nak masuk lagi. Best macam ade aircond.

Aku : Mama~ Tengok la dorang nih maen nyorok-nyorok dalam tudung kite~!...

****************TAMAT*******************

Wahai abang, adik-adik, serta siapa sahaja...Sungguh aku tak kesah dan tak kecil hati pun... 'khemah' ke 'langsir' ke 'kain lap' ke, apa-apa sahaja panggilan manja untuk tudung labuhku, asalkan aku tahu khemah dan langsir ini untuk mencari redhaNya...^____^

p/s : mungkin tudung labuh boleh digunakan untuk menangkap ikan di sungai. Tambah lagi satu panggilan untuk tudung labuh, 'jala'.

Selesa memakai khemah, langsir, dan jala....=)





No comments:

Post a Comment