Tuesday, October 30, 2012

Random Story #1

Sangat suka ramai-ramai dalam kereta
Walau sempit dan sedikit mabuk
Sebabnya
Semua orang ada kat situ
Dan kena dengar cerita orang lain
Walau dia tak nak dengar
Sebab tak boleh nak lari

Suka duk dalam kereta 
Sebab boleh marah adik-adik
Yang buat bising kat belakang
Dan ketawa tanpa tomakninah

Tanpa sedar 
duduk ramai-ramai dalam kereta
Boleh mengeratkan ukhuwwah
Jika pandai mengambil kesempatan

Kisah Sebuah Perjalanan Dari Tanjung Malim ke Muar

Abang : Kenapa ko pakai khemah kat kepala nis??

Aku : Bio ler aku nak pakai... =___='

****************

Abang : Kenapa ko pakai langsir Nis kat kepala?

Aku : =____='

****************
Abang : Bagusnya, tak payah bawak kain lap. Boleh guna ni aje.

Aku : Abang!!! Kotorlah tangan tu...=____='

****************

Abang : Waaaaaaaa bestnye dalam ni. Rasa selamat la nyorok dalam ni!!! Best! Best!

Zarif : Ha'a la...Huuuuuuuuu bestnye! Cepat-cepat sape nak masuk lagi. Best macam ade aircond.

Aku : Mama~ Tengok la dorang nih maen nyorok-nyorok dalam tudung kite~!...

****************TAMAT*******************

Wahai abang, adik-adik, serta siapa sahaja...Sungguh aku tak kesah dan tak kecil hati pun... 'khemah' ke 'langsir' ke 'kain lap' ke, apa-apa sahaja panggilan manja untuk tudung labuhku, asalkan aku tahu khemah dan langsir ini untuk mencari redhaNya...^____^

p/s : mungkin tudung labuh boleh digunakan untuk menangkap ikan di sungai. Tambah lagi satu panggilan untuk tudung labuh, 'jala'.

Selesa memakai khemah, langsir, dan jala....=)





Wednesday, October 17, 2012

Senyuman di Hati

Hati
Hati-hati dengan hati
Kuatkan hati
Tabahkan Hati 
Hiasi hati

AAAAh sukarnya mahu mengungkapkan
biarlah
tak semua rasa perlu diluahkan

Senyum
Senyum walau dalam kepahitan
Senyum walau saat itu 
Anda tiada rasa pun mahu tersenyum
Tapi ukirlah senyuman
Yakinlah
senyuman yang tak seberapa itu
mampu menenangkan dan
menceriakan hari insan lain.

Tersenyumlah
Walau saat itu 
fikiran anda diracuni oleh perasaan yang entah apa-apa
Tersenyumlah
Walau saat itu
Fikiran anda dibebani dengan pelbagai perkara yang bertimpa-timpa
Tersenyumlah
Walau saat itu
Anda tak mampu pun nak tersenyum
Tapi tersenyumlah..

Aku akui
bukan mudah
tapi tak mustahil
ade berani??
aku ada...
kau ada???

Tuesday, October 16, 2012

Bulatan Gembira 2

Bulatan Gembira 2
Along banyak tersengguk-sengguk
daripada mengangguk-angguk
sampai saat ummi tak larat dah nak kejut
Maafkan along Ummi

Sudahlah Along tak revise
tak buat 'homework' ummi
Boleh pula tidur dengan lena sekali
ummi tanye, along jawab
'takde idea'
Astaghfirullah

Malam kita berbulatan
Kita sentuh surah al-Muddasir
Walaupun mata along tengah nyawa-nyawa ikan
tapi along dapat jugak input tau ummi

Maksud surah al-Muddasir:

 1. Wahai orang Yang berselimut!
2. bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
3. dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
4. dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.
5. dan Segala kejahatan, maka hendaklah Engkau jauhi.
6. dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, Dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
7. dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah Engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
 "Kualiti Petugas Islam"
errrrr
time ni along betul2 x mampu bukak mata
apa yang penting untuk mengejar kualiti
dalam bergelar abnaul haraki
yang pertama adalah
Aqidah yang jelas dan mantap
KEFAHAMAN
tak semua orang yang berjuang itu atas dasar kefahaman
tak semua yang pergi berhimpun itu atas dasar aqidah
maka rugilah jika semuanya atas dasar adat dan semangat 
Aqidah itu umpama akar tunjang
baik akarnya, baiklah seluruh pohon

Penyokong dan Pendokong
mana satu pilihan hati?
Op Cos (of course) la nak jadi pendokong kan?
namun........
sejauh mana pendokong itu mendokong?
dan sejauh mana penyokong itu menyokong?
ya, memang pendokong itu penyokong
dan penyokong tak semestinya pendokong
TAPI
yang bergelar pendokong ini adakah betul-betul 
sedang mendokong???
dan tanpa disedari yang penyokong itu 
sudah seperti pendokong
muhasabah diri seketika...

Hehehe
along rugi sebab tak dapat banyak input
macam angah, alang, dan ucu
jadinya
ummi buat la entry pasal ni
cerita balik
heeeee sory~~

sory so much of so many
like a lot and very very most 
sory and i'm sory

='(


 

Monday, October 1, 2012

Bulatan Gembira 1

Mengambil ibrah dari kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah 
 Mustafa Kamal Ataturk
Seorang munafik
berselindung di sebalik nama seorang muslim
sedang jiwanya membara mahu 
menjatuhkan Islam

KEBENARAN yang tidak terancang
dapat dikalahkan dengan
KEBATILAN yang  terancang

Kekuatan berjemaah 
Mereka yang munafik juga 'berjemaah'
kerana mereka 'berjemaah'lah 
khilafah Turki Uthmaniyah
dapat ditumbangkan
bukan sedikit usaha
bukan sekejap masa
tetapi 
sejak Mustafa Kamal Ataturk 
dalam kandungan lagi
perancangan jahat mereka
dirancang dengan teliti.

Jika mereka mampu menumbangkan
sebuah kerajaan yang gah saat itu
Mengapa tidak kita?
 (Amboi hanis, ni dah masuk politik ni!!)

Ayuh sahabat-sahabat kita berjemaah
kita bersatu hati
"kambing biri-biri yang bergerak dalam kumpulan
tidak akan diserang dengan serigala seekor"

'Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.'

-Surah as Saff ayat 4-