Tuesday, August 7, 2012

Kisah Nur dan Pa'an Part 2 : Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

         
       Nur keluar dari almari. Lucu juga kerana terpaksa menyumbat diri di dalam almari. Nur malu sekiranya ibu bapanya serta adik-beradiknya mendengar perbualan mereka. Nur menghempaskan badannya di atas katil. Fikirannya menerawang. Kaki dan tangan yang seperti beku beransur pulih suhunya. Namun, hatinya masih tidak keruan. Semacam ada perasaan tidak puas hati dan geram. Hatinya tidak tenang. Sukar rasanya bagi Nur untuk mengungkapkan perasaannya dalam bait-bait ayat yang indah. Nur bingkas mengambil wuduk. Kemudian, dia mengerjakan solat sunat 2 rakaat. Air matanya tidak terbendung lagi. Diluahkan segalanya pada yang Esa. Diceritakan segala-galanya pada yang Maha Mendengar. Lama sujudnya pada kali ini. Usai solat, gelora hatinya lebih tenang. Benarlah ayat-ayat cinta Allah dalam surah ar-Ra'd ayat yang ke 28, "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram". Mengingati ayat itu, terkoyak senyuman di bibir Nur. Senyuman melebar. Ada satu perasaan puas menyelinap di segenap ruang hatinya. Ya, Allah sering memujuk dengan ayat-ayat cintaNya.

        Usai solat dan membaca al-Quran, Nur baring semula di atas katil. Sambil menikmati angin malam dengan ditemani zikir-zikir memuji Allah, fikirannya sekali lagi terbang dibawa angin. Dibiarkannya sahaja mindanya belayar. Nur mengimbau kembali momen-momen ketika bersama Pa'an. Nur teringat akan target yang ingin digapainya ketika bersama Pa'an.

1. Nur nak ubah perangai Pa'an yang kasar
2. Nur nak Pa'an berhenti hisap rokok
3. Nur nak Pa'an selalu pergi surau
4. Nur nak Pa'an berpandangan jauh dan berwawasan
5. Nur nak Pa'an berhenti kawan dengan budak-budak nakal/mat rempit.
6. Nur nak Pa'an jadi macam ustaz..=)

"Pa'an, Nur nak tidur dulu ea. Nanti kejut Nur tau dalam pukul 4 nanti, Nur nak bangun"

"OK Nur, untuk Nur, ape pun Pa'an sanggup buat. Selamat malam bibir merahku"

Jam 4pagi. "Nur, bangun bangun, dah pukul 4 ni, tadi suruh kejut"

"ermmmmm, bangun dah ni. Pa'an tak tido lagi ke?"

"Tak lagi, tak ngantuk pun. Lepas subuh nanti baru Pa'an tidur. Bagusnya Nur bangun tahajud ea?"

"Eh taklah, solat isya' la, tadi tidur Nur tak solat lagi"

"Em ye la tu Nur, ingat Pa'an tak tau ke? k, selamat solat."

      *********************************************************************
"Pa'an kat mana tu?"

"woohhha! bestnye Nur. Tengah tengok budak-budak ni racing. Rugi Nur takde kat sini!"

"Ya Allah, buat ape Pa'an kat situ? Bahaya la. Takde faedah langsung. Dah, pergi balik sekarang. Balik la Pa'an"

"Alaaaaaa! Nur ni. Pa'an baru nak tengok. Bukan senang nak jumpa budak-budak ni race. Ala kejap arr, jap lagi Pa'an balik lar."

"Pa'an, Nur kata balik sekarang balik la. Nur tak kira, balik sekarang!"

"Alaaaa ye la ye la. Tak best la Nur ni. Orang baru nak enjoy. Pa'an balik la ni."

                 ****************************************************************
"Pa'an, Nur ada asma. Nur tak suka bau asap rokok, boleh semput dibuatnya. Pa'an berhenti hisap rokok ea?"

"Nur, Pa'an TAKKAN berhenti hisap rokok"

                ****************************************************************

"Hai bibir merahku, tengah buat ape tu?. Rindunye kat dia. Rindu sangat-sangat tapi kita tak boleh jumpa. Tiap malam Pa'an harap dapat mimpi Nur. Tak sabar nak tunggu malam tau, hehe.."

"Syiannye dia rindu kita. Ha, apa kata kalau rindu Nur, Pa'an kena baca buku! =)"

"ermmm, ok la ok la..nanti kalau Pa'an baca buku tu maksudnya Pa'an rindu Nur la kan?..Hehe, nak baca buku selalu la"

"Baiknya Pa'an, ni yang sayang lebih ni"

            ******************************************************************
         Nur teringat akan usaha-usahanya untuk mengubah diri Pa'an. Setelah beberapa bulan, Nur hanya mendapati dirinya pula yang mengalami perubahan. Nur selalu tidur lewat sehingga jam 2 pagi kerana asyik berbual dengan Pa'an. Nur selalu top-up untuk mesej dan call Pa'an. Nur terbayang-bayang dan teringat-ingat akan diri Pa'an. Paling teruk, Nur sudah berani berjumpa dengan Pa'an.

 "Pa'an kat mana?. Nur ada kat gerai celcom ni. Jangan pergi sini, family Nur ada kat sini semua"

"Pa'an baru sampai ni, kat gerai jual-jual asam, Nur pergi la sini"

"Ok, Nur dengan adik ni. Jap lagi Nur pergi sana"

2 minit kemudian.

"Hai Nur, beli ape je kat sini?"

"tak beli apa pun, saje tengok-tengok"

"oooooo ok"

"hehe"

"heeee =)"

"emmmmmmmm.....Pa'an, nape pakai seluar pendek?. nampak lutut la"

"kan lebih paras lutut ni"

"tapi naik motor nanti nampak la lutut. Lain kali jangan pakai seluar pendek lagi tau. Aurat tau lutut tu"

"emm ye la"

"K la Pa'an, Nur nak pergi jalan-jalan lagi. Lagipun takut mama dengan abah nampak nanti. Bye2"

"ermm, ok. bye"

            aaaaaarrrrggh~!. Nur membaling bantal ke pintu apabila teringat akan dirinya yang dulu. 'Benci! Kenapalah aku ni mudah sangat menggadaikan prinsip. takde pendirian langsung!', getusnya di dalam hati. "Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku Ya Allah. Sesungguhnya aku ini hambaMu yang menzalimi dirinya sendiri. Kau lembutkanlah hatiku dan Kau tunjukilah aku jalan yang lurus Ya Allah", doanya dengan linangan air mata. Moga air mata itu nanti bakal menjadi saksi bahawa Nur takut dengan dosa-dosa silamnya dan dia berasa meyesal. Moga air mata itu juga nanti yang mampu menyelamatkannya dari panas seksaan api neraka. Teringat akan kematian dan api neraka, linangan air mata Nur semakin deras membasahi pipinya.

         Sebelum melayar bahtera mimpi, Nur teruskan muhasabah dan koreksi diri. Nur sedar kini bahawa matlamat tidak sekali-kali mampu menghalalkan cara. Benar, matlamatnya murni iaitu mahu mengubah Pa'an ke arah kebaikan namun, bukan dengan cara berpacaran dan mesej yang bukan keperluan, kerana cara ini adalah lorong-lorong zina!. Nur malu! Nur malu dengan tindakannya sendiri. Sudahlah tidak dapat mengubah orang, dirinya pula yang berubah. 'Ya Allah, tidak terhitung banyaknya dosaku, moga Kau ampuni dosa-dosaku Ya Allah'. Malam itu, tidurnya ditemani linangan air mata. Sebelum memejamkan mata, Nur berazam untuk menghiasi paginya dengan solat taubat.

        Jam 4 pagi. ~~Marilah beramal, beramal kerana Allah~~ telefin bimbit Nur menjerit minta diangkat. Nur mengecilkan matanya dan melihat nama pemanggil. "Pa'an?".. "Apa dia nak malam-malam ni?"..


*Bersambung, InsyaAllah*

No comments:

Post a Comment