Tuesday, August 28, 2012

Perasaan Apakah Ini???


Hati berat untuk melangkah
Entah mengapa
Hati ini berat untuk ke sana
Namun ku gagahi jua
aku bermohon
"Ya Allah, Kau berilah aku 'sesuatu' dari sana ya Allah"
'Sesuatu' yang tak mungkin aku lupakan
Akhirnya tiba juga aku di bumi darul Iman..

Kejadian itu
teramat sangat memberikan 'sesuatu' pada aku
Allah, Allah, Allah...
Subhanallah
Indah sungguh nikmat bersaudara ya Allah

Pada keluarga PERJUANGANku
baiah itu seolah2 akad nikah
yang mengikat kita semua
mulanya aku bukan sesiapa bagi kamu
kini kita seperti adik-beradik
hingga masalahku menjadi masalahmu
tangis mereka menjadi tangis kita
panggilan demi panggilan
juga SMS kuterima
mengucapkan kata2 semangat
bertanyakan khabar
menandakan sayangmu padaku
jujur aku terharu
aku teramat sangat terharu
entah bagaimana harus aku luahkan
terasa mahu memeluk kalian dengan erat satu-persatu
dengarkanlah
ana uhibbukum fillah...

Pada keluarga JMK yang aku kasihi
maaf, maaf, dan maaf
rasa bersalah itu membarah di hati
menjadi pengajaran yg cukup sempurna
maafkan aku
seinfiniti terima-kasih
atas sumbangan kalian
aku malu
malu menyusahkan diri kalian
Allah....
sayangnya aku pada kalian
moga Allah memberkati kehidupan kamu semua
dan dipermudahkan segala urusan

Alhamdulillah ya Allah
Kau memberi ujian
lalu Kau memujuk aku
romantiknya dirimu
Kau tidak tinggalkan aku keseorangan
Kau beri aku sahabat-sahabat
yang berhati mulia
yang sayangnya bukan hanya di bibir
yang sayangnya bukan hanya di dulang
yang sayangnya bukan hanya di FB
tetapi sayangnya di hati...
perasaan apakah ini Ya Allah???
sungguh aku bertuah memiliki perasaan ini
Allahuakbar
inilah nikmatnya sebuah ujian
sungguh nikmat
Allah....
Alhamdulillah...

Ya
memang ramai orang kurang baik di dunia ini
tetapi
masih ramai lagi yang baik di dunia ini
semalam aku terjumpa seorang org kurang baik
hari ini
aku jumpa 100 orang org baik...

Aku percaya
setiap kejadian itu
walau kita sendiri tidak mampu memikirkan 
hikmahnya sesuatu itu berlaku
percayalah
yang Allah sedang mengatur
yang terbaik buat kita
kerana Dia
Maha Mengetahui
lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang
UKHWAH FILLAH
kini aku benar-benar merasainya
Alhamdulillah....

Perasaan apakah ini???,
madusemalu




Monday, August 27, 2012

Allah SaYang Sangat Hanis...


26/8/2012
Hentian Putra
Baru habis muntah-muntah
Mabuk perjalanan
Pergi Surau
Jam 7.18pm
Belum Solat Asar
Terkejar2 untuk solat
Tinggal beg di saf belakang surau
Masuk waktu maghrib
Terus solat maghrib
Usai solat
beg laptop dan beg balik kampung
Hilang ditelan arus kelalaian
bukan!
Hilang dicuri orang
bukan menuduh
tetapi fatwa hati yang mengatakan
wanita yang lengkap berbaju kurung
bertudung labuh merah
berfurdah merah
yang mengambilnya
dia keluar surau tanpa terlebih dahulu solat maghrib
sedangkan sudah lama dia di situ
Air mata tidak tertahan lagi
teringat mama. abah, dan abang.

Handphone Samsung Galaxy Young berwarna pink
sempat aku belek-belek selama seminggu
hilang juga
pemberian abang tersayang
sangat terharu dengan pemberiannya
kini lebih haru kerana kehilanganya
Innalillah
Alhamdulillah

Netbook acer juga lesap
mama, abah
kite mintak maaf
hanya di kanvas sepi ini
orang mampu ceritakan
bukan takut kalian marah
kite tau mama dengan abah
marahnya hanya sekejap
tapi...
kite tak nak mama dengan abah sedih
dan risau
sebab banyak lagi perkara lain yang
perlu kalian bimbangkan
Ina baru nak masuk U
Tentu mama dan abah risau
Nabil nak UPSR
Zarif nak PMR
Izzat nak SPM
kite sayang mama dan abah
sebab tu tak nak bagi tau..=)
maafkan kite ye..

air mata itu semakin laju meluncur
beg dompet
i/c, kad bank, wang tunai rm170,tafsir al-Quran, baju2 raya
bukan lagi milik aku
Ya Allah
aku halalkan segala2nya yang insan itu ambil dariku
dan Kau bukakanlah pintu hatinya Ya Allah
Moga dia menjadi insan yang benar2 soleh/ah
insan sekeliling memandang
aku biarkan sahaja air itu mengalir menuruni pipi

Hidayah, sahabatku
menggenggam tanganku
hanya dengan bahasa badan
aku faham isi hatinya
di dalam KTM
Dia memujukku
menceritakan sirah nabi Allah
sungguh aku bersyukur dan terharu
mempunyai dia disisiku saat ini
Aku banyak mengelamun
pelbagai perkara yang kufikirkan
aku hanya kehilangan sedikit barang berharga
sedangkan saudara kita di Syria, Palestin, Myanmar,
Hilang segala-galanya!
Namun mereka tetap tabah
kerana kalimah
LA ILAHA ILLALLAH
MUHAMMADARRASULULLAH
menjadi prinsip kehidupan mereka.

Nabi Allah Harun alahissalam
sakit selama 17 tahun
tidak berdoa minta disembuhkan
kerana malu dengan Allah
kerana baginda diberi kesihatan lebih dari 17 tahun.
Aku??
Aku hanya kehilangan sekelumit cuma barang duniawi
Sedang nikmat dan pinjaman lain banyak
lagi yang ku punyai.

Awak.......
Allah sayang Hanis kan?
Sebab tu Allah nak uji
dalam doa
sering kali aku meminta diberatkan IMAN dalam menghadapi ujian
nah, inilah ujiannya
bagaimana nak peroleh keberatan iman jika tidak diuji

“Dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu”. (Al-Baqarah: ayat 216 )

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : “Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu”. (HR Bukhari).

Dari Jabir bin Abdillah ra bahwa ia mendengar Nabi SAW berkata tiga hari sebelum wafatnya : “Jangan seorang di antara kalian mati kecuali dia berbaik sangka kepada Allah.” (HR Muslim)

Tidaklah seorang mukmin terkena satu duri dan yang lebih besar daripada itu kecuali Allah mengangkatnya satu darjat atau menghapuskan daripadanya satu dosa. (Daripada ‘Aisyah, Riwayat Muslim)

Subhanallah
Allah huakbar
Allah memujuk dengan ayat-ayat cintaNya
romantik sangat!

Namun
air mata ini masih mengalir
mungkinkah aku masih tidak redha?.
Astaghfirullah
Ampunkan aku Ya Allah..
perasaan bersalah menebal dalam hati
pada mama, abah, dan abang
menjadi punca benteng ini sukar dibaiki
air itu terus-terusan mengalir
juga kerana rasa terharu yang amat sangat
pada keluarga Hidayah
yang sanggup membantu
mengeluarkan wang
demi insan yang cuai ini!

Air itu mengalir lagi
keranamu sahabat
sahabat sejati
sukar dicari
aku beruntung
teramat beruntung
memiliki kalian
mengeluarkan wang
menawarkan bantuan
meminjamkan kekuatan
menghembuskan nasihat
membina ketabahan
buat insan hina ini..

ya
jika aku hendak mencari kesalahan
aku jumpa siapa yang bersalah
salah kerajaan tak laksanakan hudud!
(kecurian berlaku berkali-kali di hentian putra)
memang aku cuai
tetapi jika di cari hikmah
banyak hikmah yanh kuraih
Alhamdulillah
terima-kasih Allah
atas pengajaran ini...

Moga Allah gantikan yang hilang
dengan sesuatu yang lebih baik
InsyaAllah..

Moga Allah mengampunkan dosaku
Moga Allah mengampunkan dosa si dia yang mengambil barangku
MOga Allah mengampunkan dosa pemimpin yang zalim
Moga Allah pengampunkan dosa kita semua

Harapan tinggi menggunung
agar daulah Islamiyyah tertegak di bumi Malaysia
ayuh sahabat kita selitkan doa
agar M'sia dipimpin oleh ulama'
yang mengamalkan ajaran Islam
mengikut acuan al-Quran dan as-Sunnah.
Janji belum ditepati;
madusemalu



Tuesday, August 7, 2012

Kisah Nur dan Pa'an Part 2 : Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

         
       Nur keluar dari almari. Lucu juga kerana terpaksa menyumbat diri di dalam almari. Nur malu sekiranya ibu bapanya serta adik-beradiknya mendengar perbualan mereka. Nur menghempaskan badannya di atas katil. Fikirannya menerawang. Kaki dan tangan yang seperti beku beransur pulih suhunya. Namun, hatinya masih tidak keruan. Semacam ada perasaan tidak puas hati dan geram. Hatinya tidak tenang. Sukar rasanya bagi Nur untuk mengungkapkan perasaannya dalam bait-bait ayat yang indah. Nur bingkas mengambil wuduk. Kemudian, dia mengerjakan solat sunat 2 rakaat. Air matanya tidak terbendung lagi. Diluahkan segalanya pada yang Esa. Diceritakan segala-galanya pada yang Maha Mendengar. Lama sujudnya pada kali ini. Usai solat, gelora hatinya lebih tenang. Benarlah ayat-ayat cinta Allah dalam surah ar-Ra'd ayat yang ke 28, "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram". Mengingati ayat itu, terkoyak senyuman di bibir Nur. Senyuman melebar. Ada satu perasaan puas menyelinap di segenap ruang hatinya. Ya, Allah sering memujuk dengan ayat-ayat cintaNya.

        Usai solat dan membaca al-Quran, Nur baring semula di atas katil. Sambil menikmati angin malam dengan ditemani zikir-zikir memuji Allah, fikirannya sekali lagi terbang dibawa angin. Dibiarkannya sahaja mindanya belayar. Nur mengimbau kembali momen-momen ketika bersama Pa'an. Nur teringat akan target yang ingin digapainya ketika bersama Pa'an.

1. Nur nak ubah perangai Pa'an yang kasar
2. Nur nak Pa'an berhenti hisap rokok
3. Nur nak Pa'an selalu pergi surau
4. Nur nak Pa'an berpandangan jauh dan berwawasan
5. Nur nak Pa'an berhenti kawan dengan budak-budak nakal/mat rempit.
6. Nur nak Pa'an jadi macam ustaz..=)

"Pa'an, Nur nak tidur dulu ea. Nanti kejut Nur tau dalam pukul 4 nanti, Nur nak bangun"

"OK Nur, untuk Nur, ape pun Pa'an sanggup buat. Selamat malam bibir merahku"

Jam 4pagi. "Nur, bangun bangun, dah pukul 4 ni, tadi suruh kejut"

"ermmmmm, bangun dah ni. Pa'an tak tido lagi ke?"

"Tak lagi, tak ngantuk pun. Lepas subuh nanti baru Pa'an tidur. Bagusnya Nur bangun tahajud ea?"

"Eh taklah, solat isya' la, tadi tidur Nur tak solat lagi"

"Em ye la tu Nur, ingat Pa'an tak tau ke? k, selamat solat."

      *********************************************************************
"Pa'an kat mana tu?"

"woohhha! bestnye Nur. Tengah tengok budak-budak ni racing. Rugi Nur takde kat sini!"

"Ya Allah, buat ape Pa'an kat situ? Bahaya la. Takde faedah langsung. Dah, pergi balik sekarang. Balik la Pa'an"

"Alaaaaaa! Nur ni. Pa'an baru nak tengok. Bukan senang nak jumpa budak-budak ni race. Ala kejap arr, jap lagi Pa'an balik lar."

"Pa'an, Nur kata balik sekarang balik la. Nur tak kira, balik sekarang!"

"Alaaaa ye la ye la. Tak best la Nur ni. Orang baru nak enjoy. Pa'an balik la ni."

                 ****************************************************************
"Pa'an, Nur ada asma. Nur tak suka bau asap rokok, boleh semput dibuatnya. Pa'an berhenti hisap rokok ea?"

"Nur, Pa'an TAKKAN berhenti hisap rokok"

                ****************************************************************

"Hai bibir merahku, tengah buat ape tu?. Rindunye kat dia. Rindu sangat-sangat tapi kita tak boleh jumpa. Tiap malam Pa'an harap dapat mimpi Nur. Tak sabar nak tunggu malam tau, hehe.."

"Syiannye dia rindu kita. Ha, apa kata kalau rindu Nur, Pa'an kena baca buku! =)"

"ermmm, ok la ok la..nanti kalau Pa'an baca buku tu maksudnya Pa'an rindu Nur la kan?..Hehe, nak baca buku selalu la"

"Baiknya Pa'an, ni yang sayang lebih ni"

            ******************************************************************
         Nur teringat akan usaha-usahanya untuk mengubah diri Pa'an. Setelah beberapa bulan, Nur hanya mendapati dirinya pula yang mengalami perubahan. Nur selalu tidur lewat sehingga jam 2 pagi kerana asyik berbual dengan Pa'an. Nur selalu top-up untuk mesej dan call Pa'an. Nur terbayang-bayang dan teringat-ingat akan diri Pa'an. Paling teruk, Nur sudah berani berjumpa dengan Pa'an.

 "Pa'an kat mana?. Nur ada kat gerai celcom ni. Jangan pergi sini, family Nur ada kat sini semua"

"Pa'an baru sampai ni, kat gerai jual-jual asam, Nur pergi la sini"

"Ok, Nur dengan adik ni. Jap lagi Nur pergi sana"

2 minit kemudian.

"Hai Nur, beli ape je kat sini?"

"tak beli apa pun, saje tengok-tengok"

"oooooo ok"

"hehe"

"heeee =)"

"emmmmmmmm.....Pa'an, nape pakai seluar pendek?. nampak lutut la"

"kan lebih paras lutut ni"

"tapi naik motor nanti nampak la lutut. Lain kali jangan pakai seluar pendek lagi tau. Aurat tau lutut tu"

"emm ye la"

"K la Pa'an, Nur nak pergi jalan-jalan lagi. Lagipun takut mama dengan abah nampak nanti. Bye2"

"ermm, ok. bye"

            aaaaaarrrrggh~!. Nur membaling bantal ke pintu apabila teringat akan dirinya yang dulu. 'Benci! Kenapalah aku ni mudah sangat menggadaikan prinsip. takde pendirian langsung!', getusnya di dalam hati. "Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku Ya Allah. Sesungguhnya aku ini hambaMu yang menzalimi dirinya sendiri. Kau lembutkanlah hatiku dan Kau tunjukilah aku jalan yang lurus Ya Allah", doanya dengan linangan air mata. Moga air mata itu nanti bakal menjadi saksi bahawa Nur takut dengan dosa-dosa silamnya dan dia berasa meyesal. Moga air mata itu juga nanti yang mampu menyelamatkannya dari panas seksaan api neraka. Teringat akan kematian dan api neraka, linangan air mata Nur semakin deras membasahi pipinya.

         Sebelum melayar bahtera mimpi, Nur teruskan muhasabah dan koreksi diri. Nur sedar kini bahawa matlamat tidak sekali-kali mampu menghalalkan cara. Benar, matlamatnya murni iaitu mahu mengubah Pa'an ke arah kebaikan namun, bukan dengan cara berpacaran dan mesej yang bukan keperluan, kerana cara ini adalah lorong-lorong zina!. Nur malu! Nur malu dengan tindakannya sendiri. Sudahlah tidak dapat mengubah orang, dirinya pula yang berubah. 'Ya Allah, tidak terhitung banyaknya dosaku, moga Kau ampuni dosa-dosaku Ya Allah'. Malam itu, tidurnya ditemani linangan air mata. Sebelum memejamkan mata, Nur berazam untuk menghiasi paginya dengan solat taubat.

        Jam 4 pagi. ~~Marilah beramal, beramal kerana Allah~~ telefin bimbit Nur menjerit minta diangkat. Nur mengecilkan matanya dan melihat nama pemanggil. "Pa'an?".. "Apa dia nak malam-malam ni?"..


*Bersambung, InsyaAllah*

Saturday, August 4, 2012

Kisah Nur dan Pa'an Part 1 : Lepaskanlah Aku

         
           Nur kelihatan bergolek-golek di atas katil. Terlihat garis-garis kerisauan di dahinya. Bebola matanya bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan. Tangannya diramas-ramas. Berpeluh-peluh jari-jemarinya. Tapak kaki yang kesejukan dinyorokkan di bawah bantal. Mindanya berkecamuk memikirkan soal itu, seakan-akan sebongkah batu yang maha berat menghempap bahunya, sukar untuk dialihkan, bertambah sukar untuk diusung ke sana ke mari. Sekejap dia berbaring, sekejap dia menonggeng, sekejap di bawah katil, sekejap kepala di bawah bantal, dan sekejap dikusutkan rambutnya dengan tangan. AAAaaaaah! Persetankan perasaan ini!. "Ya Allah, kau bantulah hambaMu ini ya Allah, aku ingin kembali kepadaMu, sungguh aku rindu padaMu, aku rindu perasaan itu, aku rindu getaran itu, aku rindu hati yang tenang, aku rindu untuk menjadi solehah ya Allah", monolog Nur menerbitkan titisan-titisan jernih. Hatinya basah. Bantal yang dipeluknya turut lembap dek aliran cecair hangat itu. Tangisan Nur diiringi beribu sesalan, beribu harapan, dan beribu rasa yang sukar tuk dimengerti. "Aah aku tak peduli, aku harus lakukan, biar apa pun yang akan terjadi, aku rela demi sebuah cinta yang lebih hakiki!", monolognya lagi sambil mengepal penumbuknya.

              Gelap. Sempit. Nur di dalam almari. Keseorangan menghadapi saat-saat genting.

Nur : Assalamualaikum. Hai pa'an. Pa'an tengah buat apa tu?

Pa'an : Walaikumussalam. tak buat pape, tengah baring atas katil.

Nur : oooo ye ke? dah makan?

Pa'an : dah tadi ngan family. Nur dah makan?

Nur : Alhamdulillah, kenyang dah. Errrrrrrrrrr Pa'an, ade bende yang Nur nak cakap dengan Pa'an.

Pa'an : Emm cakap je lar.

Nur : Pa'an...... Pa'an tau kan perjalanan kita jauh lagi, lepas ni Nur pergi belajar tempat lain, Pa'an pun
         belajar tempat lain.

Pa'an : Emm memanglah..habis tu knapa?

Nur : Pa'an....emmmmmmmmm.... kita..... kita kawan je ea?

Pa'an : Kenapa pulak?. Nur tipu Pa'an kan? Nur cakap Nur sayang Pa'an, itu semua tipu je!. Kalau sayang Nur takkan mintak clash!!.

Nur : Pa'an, Nur memang sayang Pa'an. Nur tak tipu Pa'an. Nur memang sayang Pa'an. Tapi perjalanan kita jauh lagi.

Pa'an : Aaaah! Tau la ko tu pandai, aku ni bodoh! tak layak nak kawan ngan ko!. Ko memang penipu. Semua yang ko cakap ngan aku ko tipu. Lain kali tak payah la nak terima aku awal-awal dulu kalau tak sayang. HUH! Sayang konon. Menyesal aku kenal ko!. Menyesal sangat aku jumpa ko!.

Dada Nur terasa sakit. Nada suaranya bergetar. Nada suaranya juga turut diperlahankan takut-takut didengar oleh ibu-bapanya. Dikuatkan juga semangatnya untuk terus menyatakan pendirian.

Nur : Apa ni Pa'an? Nur tak pernah pun fikir pasal pandai ke tak pandai, bodoh ke tak bodoh. Pa'an...................tolonglah faham....Nur bukan mintak clash untuk Nur boleh couple dengan orang lain...tidak sama sekali..Nur cuma nak jadi orang yang lebih baik...Pa'an tahu kan couple ni banyak dosanya...

Pa'an : Tak payah la cakap pasal dosa ke apa ke!. cakap je la nak mintak clash, x payah nak pusing-pusing lar!

Nur : Pa'an....bila kita couple...kita selalu on call malam-malam, selalu mesej yang bukan keperluan, selalu terbayang-bayang, teringat-ingat...tu semua dosa Pa'an...berdosa sangat..

Pa'an : Tapi kita tak jumpa pun...kita tak dating pun...kita tak pegang tangan pun Nur..Apa masalahnya sebenarnya ni???

Nur : Pa'an..apa yang kita buat ni dah cukup berdosa Pa'an..Hati kita jadi kotor...Nur dah tak larat nak tanggung..tolonglah Nur, Pa'an..tolonglah...Pa'an pernah dengar tentang janji Allah kan yang lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik?..Itu janji Allah Pa'an, janji Allah....takkan Pa'an tak yakin dengan janji Allah?...Pa'an, lepaskanlah Nur..kalau ade jodoh antara kita, adalah...kalau takde, itu maksudnya Nur bukan yang terbaik untuk Pa'an.

Pa'an : Nur..............Nur dah cukup baik bagi Pa'an..Pa'an sayang sangat dekat Nur..Janganlah buat Pa'an macam ni Nur..Ya Allah,,rasa macam nak nangis sekarang ni.

"Jangan mengalah Nur, jangan mengalah, teruskan, teruskan kata-katamu, tegakkan pendirianmu", Nur bermonolog lagi. Nur kuatkan semangat walau hakikatnya hatinya sudah mula goyah. Benih kasih pada Pa'an masih ada dalam hatinya tetapi,kasih dan cinta untuk Allah sudah mekar. Akan Nur hapuskn benih itu dan terus membaja cinta kepadaNya.

Nur : Pa'an..tak ke mana kita bercinta ni, bukannya kita nak kahwin dalam masa terdekat ni, jauh lagi perjalanan kita..bercinta bertahun-tahun pun bukannya menjanjikan pernikahan..buang masa je..

Pa'an : Tengok, Nur cakap buang masa. Nampak sangat Nur memang tak sayang Pa'an..

Nur : Allaaaaah~..macam mana nak bagi Pa'an faham ni..Apa-apapun, kita kawan je ea sekarang ni?..

Pa'an : Dulu, sebelum Nur terima Pa'an, Nur pernah letakkan janji yang kalau Pa'an nak lepaskan Nur, Pa'an kena lepaskan dengan cara baik..Tak sangka pulak sekarang Nur yang mintak clash..Takpelah Nur, kalau itu yang Nur nak, Pa'an tak boleh paksa pun..Tapi ingat Nur, Pa'an akan sentiasa ingat Nur dan tunggu Nur, bila-bila masa je Nur boleh kembali pada Pa'an..Ingat ni, Pa'an sentiasa sayangkan Nur...Pa'an sayangkan Nur sangat-sangat..Allah, rasa nak menitik air mata ni..

*Bersambung, insyaAllah*