Wednesday, July 11, 2012

Kuala Krai, Kelantan

Program Pemimpin Mahasiswa Ke Desa

5 hingga 7 Julai 2012
Diambil oleh mak angkat
menaiki kereta yang uzur
tinggal di Lata Rek
1st Impression tentang rumah mak angkat
"emm,susah jugak mak angkat aku ini"
rumah kayu sederhana besar
3 bilik tidur
dapur yg sederhana
lampu yg malu2 mengeluarkan cahaya

Sampai sahaja
sudah dijamu dengan ayam goreng
dengarnya mak ada 8 org anak
sulung 13 tahun
bayi 7 bulan
malu2 mahu makan
takut2 anak2 mak yg lain belum makan
usai makan mandi
sumber airnya adalah air sungai
gembira dapat mandi air kolah
guna air kolah utk cuci baju juga
esoknya
baru dapat tahu
dalam kolah ada 5 ekor ikan
bilas baju semula

Buat aktiviti untuk adik2 di SK Lata Rek
Penat
Tapi seronok
Banyak Pengalaman
Balik-balik sahaja
Mak ajak pergi rumah sebenar dia
dan mandi sungai di belakang rumah
rumah tadi sebenarnya rumah mak mertua
tertanya-tanya
kenapa kami tidak diajak ke rumahnya
sejak awal lagi?

Lepas ajar adik angkat
anak kedua
Anis Shazwaniey bt Md Asri
(antara 10 pelajar yg ditarget 5A)
ajar bahasa Inggeris
kami ke rumahnya
10 minit berjalan kaki
naik bukit
jalan kecil
muat untuk motor sahaja
licin
bahaya

Terkedu
kulihat pondok
dikelilingi pohon getah
kuneutralkan wajah
hatiku sedih
kunaiki tangga kayu
pelantar
kini dapat kulihat isi rumah
hanya ruang sekangkang kera
tiada bilik
di ruang yang sama
mereka makan,tonton tv,solat,tidur
segala aktiviti di ruang yang sama
di ruang sebelah kanan
 penuh dengan pakaian dan buku-buku
TV saiz sederhana
2 buaian
mak sedang masak
disuruhnya aku mandi di sungai
meninggalkannya masak keseorangan
ke sungai
melompat terjumpa pacat
sungai yang indah
tiada orang
tiada lelaki
mandi dengan bahagia
usai mandi
balik pondok
disambutnya aku dengan kain batik
disuruhnya salin pakaian
aku menolak dengan baik
malu sebenarnya
makanan dihidang
ayam goreng
ayam paprik
ayam paprik pedas
sayur kacang panjang dengan udang
sirap ais
terharu sangat-sangat
usai makan
bantu cuci pinggan mangkuk
kuintai
dapurnya sangat kecil
tiada singki
tiada bilik air
kucuci pinggan di atas pelantar
air jatuh ke bawah
tiada sistem perparitan yang sempurna
ku bau sesuatu
diarahnya aku berhenti mencuci
mahu ajarkanku cara2 menoreh
aku cuba
aku berhenti
takut pokok getahnya rosak

Aku memerhati sekeliling
anak2 lelakinya gelap2 kulitnya
tanda selalu terkena cahaya mentari
mereka sangat lincah
berlari dan berjalan
tanpa berbaju
dengan boot Phua Chu Kang
jatuh
bangun kembali
lari
banyak parut di badan mereka
biasalah
anak jantan

mereka dhaif
hidup susah
kulihat mereka
tiada resah
tiada gusar
mereka bahagia
hati senang
qanaah
merasa cukup dengan apa yang ada
mereka tak takut anak ramai
walau hanya menoreh getah
menzahirkan
kebergantungan mereka pada Allah
100% yakin dengan janjinya
setiap orang ada rezeki masing2

Sebelum pulang
Tulis surat cinta untuk adik angkat
banyak nasihat
juga ayat-ayat cinta
x mampu bagi lebih
keychain ulat tertera nama 'Hanis'
buatan tangan
Saat mahu pulang
Mak tangkap gambar
sebagai kenangan
ketika bersalam
diberinya aku wang saku
terharu sangat
dalam keadaan kurang mampu
masih mahu memberi
mulianya peribadimu
RM1 
10 helai banyaknya
Sungguh Allah tidak melihat nilai yang diberi
tetapi hati yang ikhlas
ternyata
mereka miskin harta
tetapi kaya budi dan jiwa.

Banyak yang dipelajari
kuukir di dalam hati
moga ianya menjadi penyeri
saat kurasakan kelamnya hidupku ini
tanpa kusedari 
mereka lebih berat diuji
dibandingkan dengan diriku ini
ujianku hanya celah gigi
moga Allah memberkati
Kehidupan keluarga angkatku ini
Cukup sampai di sini.

Wallahua'lam

Coretan hati,
madusemalu

 


No comments:

Post a Comment