Sunday, July 29, 2012

Verona Nita Justine


SITUASI 1

verona nita : solat dhuha tu apa?? ndak sama kah dengan yang bangun malam-malam tu?

hanis : oooh lain kak nita,, solat dhuha tu kita buat pada waktu pagi, antara jam 8.00 hingga 12tengah hari,,macam tu r lebih kurang...kalau yang solat malam-malam tu namanya Qiammulail..Tapi tu laa,,susah nak bangun malam ni...

verona nita : alah, senang aja. Niat aja mahu bangun, mesti boleh punya bangun.

hanis : ^_____~"

SITUASI 2

Kami sedang berbulatan gembira. Tajuk perbualan tentang hantu.

Hanis : eeeeeeeee takutlah.. kalau boleh memang tak nak jumpa..

Verona nita : Berdoalah kalau ndak mau jumpa. Aku selalu syak berdoa sebab aku ndak mau jumpa.

Hanis :  ^____~"

SITUASI 3

Verona nita : Napa lampu henset kamu bernyala?

Hanis : ooo,,tadi lampu tangga dengan lampu koridor xde..gelap sangat..sebab tu bukak lampu henset.

Verona nita : ndak papa, x payah takut sama hantu. Mana ada hantu lagi, kan semua suda diikat...

Hanis : ^______~"

SITUASI 4

Hanis : Akak macam mana puasa hari ni?

Verona nita : aargh, rasak macam mau mati, tapi aku kuatkan juga iman.

Hanis : ^_____~" (tetibe terfikir, akak tau ke maksud 'iman'?)

                                       ****************************************

  Verona Nita adalah my lovely housemate yang beragama Kristian. Mohon doa sahabat-sahabat supaya Allah bukakan pintu hatinya dan menerima hidayahNya untuk memeluk Islam. Kekasih hati kak Nita beragama Islam. Alangkah indahnya jika kak Nita terlebih awal memeluk Islam bukan kerana sesiapa.

Aku ke barat dan aku lihat di sana Muslim tanpa Islam, Aku ke Timur dan aku lihat di sana, Islam tanpa Muslim” (Syed Qutb)

 Jujur aku malu,
madusemalu


Monday, July 23, 2012

TARBIYAH 1



          Alhamdulillah,, dapat siapkan 12 keychain love... puas sangat dapat lepaskan gian... mungkin dengan menjahit dapat hilangkan stres.. stres ke aku??.. stres la kot... kenapa stres?... sebab tak ikhlas??.. kemungkinan besar... kenapa stres?... sebab ego??... besar juga kemungkinan... kenapa stres?.. sebab aku rasa aku tak salah pun... tak salah ke aku??... aku tak salah dalam beberapa tempat,,tetapi aku salah dalam banyak tempat... degil tak aku?.. degil kan??... kesian insan di sekeliling aku,, dapat budak kecik yang degil (kecik ke???)... kasihan kat kamu,,berasa bersalah memarahi aku.. sedangkan aku perlu dimarahi... aku bukan tak boleh dimarahi,, tapi aku perlukan masa untuk merasionalkannya balik... Alhamdulillah,, ok dah sekarang =)... nak minta maaf kat kamu dan kamu... sebab aku suka buat muka bila tak puas hati... bia la,, kira  jujur ape... tapi aku sayang kamu dan kamu... terima-kasih... ^___^

----> tak suka sangat bila kena marah,, kenapa tak cakap baik-baik je?..
----> tak suka bila kena marah depan orang ramai,, kenapa tak marah scra privasi?
 ****Sebab, ilmu itu datang dengan pelbagai cara, ni baru bunyi suara orang marah, bukannya selalu, kadang-kadang je, sangat jarang... sedangkan saudara kita di Palestin dan juga Syria hari-hari dengar bunyi bom, lagi kuat dari suara orang marah...
****Sebab, ni tarbiyah hanis sayang.... =) TARBIYAH...

:::::pesanan untuk suami : awak jangan marah saya ya,, saya sangat takut,, awak merajuk je dah cukup buat saya rasa bersalah dan ambil pengajaran,, mungkin awak boleh tulis surat warning kat saya,, atau lancarkan serangan mogok suara,, tapi jangan buat mogok lapar pulak.. dan jangan marah.. lelaki yang paling kuat adalah lelaki yang dapat menahan kemarahannya:::::

Motifnye nak buat pesanan untuk suami??... sukahati la kan... sape suruh baca... lalala~

RAMADHAN YANG DINANTI

Apa yang perlu diambil perhatian :

1. Banyakkan membaca al-Quran
2. Banyakkan berzikir
3. Banyakkan dengar kuliah agama (online mahupun offline)
4. Banyakkan ibadah sunat
5. Banyakkan muhasabah diri
6. dan lain-lain

Moga ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya....

Aku ini hamba,
madusemalu



Friday, July 20, 2012

entri =) 1

=) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =) =)


aku tak perlukan 'maaf'
kerna kamu tak bersalah
terima kasih
aku belajar sesuatu
sungguh 
ilmu itu datang dengan pelbagai cara
walau dengan linangan air mata
koreksi diri
introspeksi diri
muhasabah diri
maafkan aku
buat kamu kecewa.
Jujur
tiada dendam.


Kak long kawasan juga punya hati,
madusemalu

Wednesday, July 18, 2012

Adik Harus Kuat!!!


Bersabarlah adikku
tidak semua orang mengerti kita
tidak semua orang meletakkan
dirinya di tempat kita
tidak semua orang merasai kesakitan kita

Adikku
biar tiada siapa memahamimu
biar tiada siapa menyokongmu
biar tiada siapa mempercayaimu
biar tiada siapa mahu mendengarmu
bersabarlah....
Allah bersama kita
Anggaplah ini ujian
ujian yang mendidik hati
ujian yang mendewasakan pemikiran
ujian yang menuntut kesabaran
hadapilah ujian ini secara dewasa
hadapilah ia
bersemukalah dengannya
jernihkanlah segalanya
maafkanlah semuanya

Wahai adikku
jangan mudah mengalah
sekali kau melangkah
jangan pernah berniat untuk berpaling
refresh niat
sematkan dan pasakkan ke dalam hati
Tanam niat dalam-dalam
Teruskan langkah ke hadapan

Ketahuilah adikku
kita harus kuat
jangan mudah menangis
pada yang bukan tempatnya
kerana kita pemimpin
kerana kita MUSLIM
kerana kita ada ALLAH.

Ingatlah adikku
ujian kita sekelumit cuma
kekasih kita Rasulullah s.a.w
ujiannya berganda-ganda dari kita
sedangkan baginda maksum dirinya
walhal kita dosa bertimbun banyaknya
kerana itu adikku
ujian ini membunuh dosa
membaja sabar
membenih pahala
menuai taqwa
syukurilah nikmat ini
Kau insan terpilih
laluinya dengan senyuman
sabarlah atas nikmat ujian ini.

Aku juga diuji;
madusemalu