Saturday, May 26, 2012

Hati Ini Ingin Berbicara


Aku gembira dalam ‘persatuan’ itu. ‘Persatuan’ itu mengajar aku erti tarbiyah. Sememangnya nafsu itu tidak boleh dibuang namun dididik itu perlu. Kerana ‘persatuan’ itu, aku belajar erti sibuk yang bermakna, aku belajar erti jihad, jihad wang(harta), jihad tenaga, jihad masa, jihad pilihanraya, dan banyak lagi…bunyinya mudah..pengaplikasiannya tidak semudah ABC…Subhanallah, terasa nikmatnya apabila dapat berjihad…kerana ‘persatuan’ itu,,dari hal sebesar pengorbanan dan jihad,,hingga hal sekecil seperti berjalan di bangunan Taduhan Utara seorang diri ketika waktu maghrib dan makan seorang diri di kedai kerana terlalu lapar..Bunyi memang remeh, tapi jika bukan kerana terpaksa, aku tak kan lakukan benda macam ni…Jika bukan kerana Islam,,aku dan sahabat2 lain akan merungut bila membelanjakan wang, akan merungut bilamana terpaksa meluangkan masa sedangkan assignment menimbun, akan merungut bilamana membuat gerak kerja tanpa sebarang sijil penghargaan, akan merungut bilamana terpaksa bermusafir, akan merungut bilamana kemalangan hingga berdarah dan berparut, akan merungut bilamana disuruh berkerja tanpa gaji, akan merungut bilamana terpaksa tidur lewat, dan bermacam-macam lagi…Nauzubillah,,minta dijauhkan dari perasaan tidak ikhlas…Apa yang ingin aku tekankan, kerana ‘persatuan’ itu, aku menjadi aku yang sekarang, sungguh banyak yang aku pelajari, dan bukan sebarang pengalaman yang aku alami. Aku rugi tanpa Islam sedangkan Islam tak pernah rugi tanpa aku. Aku rugi tanpa ‘persatuan’  itu, namun ‘persatuan’ itu takkan pernah rugi tanpa aku…

Kini……

Kini,,,kerana ‘persatuan’ itu,,aku ‘berkeluarga’….Jujur, aku terima ‘keluarga’ itu kerana ‘persatuan’ itu…Aku mula jatuh cinta dengan ‘keluarga’ itu walau pada awalnya aku sukar menerima..Aku sangat takut kerana ‘keluarga’ itu, hubungan dengan ‘persatuan’ menjadi terabai…Kini aku merasainya,,merasai suatu perasaan bersalah kerana sudah kurang ‘berpersatuan’…Aku rindu aktiviti ‘berpersatuan’….Fiqh aulawiyat,,kau ingat bukan?..Ya,,kita pernah pelajarinya dulu..Kerana itu,,aku harus  utamakan urusan ‘keluarga’…dan aku berpegang bahawa, urusan ‘keluarga’ adalah urusan ‘persatuan’..dengan ini,,aku berasa bahagia melakukan tugas ‘keluarga’..aku perlu mencintai ‘keluarga’…demi Islam..kau faham bukan?...

Namun…Kau tahu?...

Kau tahu bukan yang cabaran ‘berkeluarga’ berbeza dengan cabaran ‘berpersatuan’?...Kami dikelilingi dengan insan yang kurang mengerti…Cabarannya,,kami perlu membuat mereka mengerti,,setidak-tidaknya,,kami mahu perbetulkan apa yang biasa, dan biasakan apa yang betul…Mudah bukan?..Tidak! Tidak semudah itu..kami berurusan dengan hati insan yang kurang mengerti,,,bukan itu sahaja , kami berdepan dengan mereka yang berlainan akidah..Bagaimana harus aku gambarkan?...Aku percaya kamu faham maksudku…

Letih dan penat…

“Orang yang melakukan gerak kerja Islam, tak akan pernah merasa penat dan putus asa”…Tetapi,,kini aku berasa letih….terngiang-ngiang juga ayat ini, “jangan melakukan sesuatu itu kerana semangat kerana semangat akan hilang tetapi, lakukanlah kerana kefahaman kerana kefahaman akan kekal”…lebih kurang camtu r…tetapi aku letih,,aku letih bilamana aku memikirkan gerak kerja ‘keluarga’ ini bukan gerak kerja Islam…Aku mahukan gerak kerja Islam!...Ternyata aku silap!...Ya,,aku silap…setelah berperang dengan hujah sendiri, ternyata aku silap…gerak kerja ‘keluarga’ adalah gerak kerja ‘persatuan’..oleh itu,,ianya gerak kerja Islam…Aduh,,bagaimana harus aku kaitkan??.....begini,,kesimpulannya,,apa-apa sahaja kerja yang dilakukan jika niat kerana Allah,,insyaAllah akan dikira sebagai ibadah..di saat hati terkesan dengan bisikan syaitan,, di saat badan lemah tidak bermaya,, di saat fikiran kusut,, di saat pandangan ingin menoleh ke belakang,, dan di saat badan ingin mengundur ke belakang,, Ada ayat yang sungguh power rangers,,yang mampu menguatkan semangat dan memantapkan kefahaman…Kau pernah dengar ayat ini??..

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”. Surah at-Taubah : ayat 41…

Subhanallah,, Allah pujuk kita dengan firmannya…kerana itu, aku berasa terpujuk…

Ummi….

Buat insan yang kupanggil ‘ummi’,,entah mengapa, aku rindu kamu,,jujur….aku rindu kamu…dan aku terasa bersalah yang amat dengan kamu..’ummi’ku,,jangan pernah lalai untuk menegurku ya ‘ummi’…angah sangat perlukan nasihat ummi dalam ‘berkeluarga’..ucu dan acik juga begitu..hati ini rindu untuk berbulatan…rindu~~ 

Sahabat…

Buat mereka yang bergelar sahabat,,kaulah yang terbaik bagiku…Sentiasa berlapang dada dengan sikapku…Sentiasa cakna dengan diriku..AKU?..Aku tidak sebaik kalian..maafkanku,,jika keterbatasan waktuku,,banyak melukai hatimu…AAAhhh,,bukan itu alasannya…Nabi Muhammad s.a.w lagi banyak jawatan..itu tidak menjadikan baginda melupakan sahabatnya..Allah,,bicara tentang baginda,,membuatkan hati ini rindu,,rindu mahu berjumpanya…Qudwah hasanah,,aklakhmu ya Rasulullah merupakan cerminan al-quran…akanku cuba mencontohimu…wassini,,nasihatiku wahai sahabat….

Coretan…

Nukilan ini hanya coretan luahan sekeping hati…maafkanku atas luahan ini…

Bila hati berbicara;
Madusemalu