Friday, December 16, 2011

WooW! Jadi CIKGU & PERCUMA 13 jawatan lain!

Bismillah...Assalamualaikum..=)


Saya nak jadi cikgu sebab jadi cikgu boleh jadi SEMUA..Nape muka awak berkerut??..Awak tak caye ke cakap saya..Takpe,,kalau orang percaya cakap saya baru saya pelik..Jadinya, ni la sebabnye nape saya cakap camtuh :
  • Pendidik : oooooppss,,sapa cakap cikgu tu sama dengan pendidik??..Lain tau awak,,cikgu hanya mengajar untuk menghabiskan silibus sedangkan pendidik ni, special tahu, dia mengajar menyentuh hati-hati murid bukan dengan hanya mengajar tetapi juga mengaitkan ilmu itu dengan Islam dan mendidik anak murid supaya mengingati Allah walaupun ketika belajar. Sistem pendidikan sekarang sudahlah sekular, bertambahlah rugilah anak bangsa jika cikgunya juga berfikiran sekular, memisahkan agama dari kehidupan seharian...
    • Ummi wa abi : Tak semua pelajar masih mempunyai ibu dan ayah kan?.. Jadi, mesti seronok kalau dapat menyemai dan berkongsi kasih dengan guru.. Sebarkan cinta dan bahagia... Subhanallah, pasti rasa bahagia bila guru dan pelajar mempunyai ukhuwwah seperti seorang ibu dan anak..NAMUN, kalau pelajar perempuan dengan guru lelaki tu,ehem..haruslah tahu menjaga ikhtilat...
    • Polis : Guru berhak menangkap pelajar yang panjat pagar sekolah, guru berhak menahan pelajar yang tidak pakai lencana, pakai kain 'banjir', pakai tudung 'adik', pakai seluar ketat bawah, pakai kasut tali warna-warni, dan macam-macam lagi lar...Fuuuh~penat nak listkan semua sekali..  
    • Polis Trafik : Saya tengok kan,, kat sekolah saya cikgu-cikgi yang tolong pelajarnya lintaskan jalan...suuwwweeet kan cikgu ni~ =)
    •  Penasihat Pemakanan : Guru kan idola dan suri teladan pelajarnya, jadi insyaAllah pelajar akan ikut kata bila gurunya menasihati tentang pemakanan dan tentang diet yang sihat..
    • Penasihat fesyen : Islam  tidak pernah menghalang untuk berfesyen...nak pakai selendang?? pakailah,,janji tidak menampakkan bentuk dan menutup bahagian dada...nak pakai dress?? pakailah,,janji tidak jarang, tidak ketat, tidak membuka aurat, dan labuh...
    • Pemandu : Jika ada pelajar yang sakit, guru berpeluang menghantar mereka ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan.
    •  Interior Designer : Haruslah menghias kelas dengan cantik, supaya pelajar berasa teruja dan termotivasi dengan suasana kelas.
    •  Pakar Motivasi : Errr,,tidak semestinya seperti Datuk Dr. Fadzilah Kamsah atau insan2 hebat yang lain, tetapi cukup dengan ikhlas menghembus kata-kata semangat dan nasihat..=)
    • Imam : Guru berpeluang untuk mengimamkan solat bersama-sama anak muridnya...tapi kan,,Doktor pun boleh mengimamkan solat pesakit-pesakitnya...cumanya, ramai di kalangan kita bila ditimpa ujian sakit, jadi makin jauh dengan Allah,,nauzubilllah,,astaghfirullah..sepatutnya ujian sakit itu menjadi asbab hati kita lebih mengingati Allah...
    • Jurulatih sukan : Ha yang ni khas untuk guru Pendidikan Jasmani..=)
    • Model : Ketika guru mengajar, jangan nafikan yang anda selalu perhatikan pemakaian guru anda..betul tak?..Sedikit sebanyak pelajar akan meniru cara pemakaian gurunya..
    • Chef : Yang ni pulak sangat kena dengan guru Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga)
    • Apa-apa yang awak rasa patut..hehe =D

      P/S ; Untungkan siapa yang jadi cikgu??.. Yang lain janganlah jeles.. Setiap perkara yang kita lakukan jika niat kerana Allah, insyaAllah ada pahalanya =).. Kepada bakal guru, jadikanlah platform ini sebagai wadah perjuangan dalam menyebarkan Islam. Jadilah rantai-rantai perjuangan yang menyambung usaha dakwah Rasulullah S.A.W. Peluang itu sangat luas, amat rugilah jika kita tidak bijak merebut peluang yang ada..Jika kita mahu lihat masa hadapan, lihatlah pemuda pada hari ini.. Tidakkah kita berasa bertanggungjawab melentur dan membentuk hati pemuda-pemuda ini?..Pergunakanlah pendekatan MENDIDIK dan bukannya MENGHUKUM...kerana 3 titik hitam di atas sehelai kertas memang sangat jelas terzahir...Sedangkan warna PUTIH lebih banyak berbanding 3 titik hitam..Pandanglah setiap insan dengan pandangan dakwah...akhir kata, majulah cikgu untuk Islam..

      Wallahua'lam...Assalamualaikum...=)

      Saya Cikgu;
      madusemalu

        2 comments:

        1. selamt jadi cikgu yang comel ye hanis

          ReplyDelete
        2. Huhu,,skg x comel ke Nisha??...InsyaAllah anis nak jadik cikgu yg mampu mendidik...=) hajat doa dari sahabat...^^

          ReplyDelete