Monday, December 5, 2011

Tembok Empangan Semakin Kuat

Jika dahulu,
Aku menangis;
Kerana gula-gula;
Gula-gula yang sedikit bilangannya
dari adik-beradikku yang lain;
Namun kini;
Aku kembali menangis;
Juga kerana gula-gula;
Kerana aku merasakan;
Gula-gula itu sepatutnya
aku berikan kesemuanya pada orang lain.

Jika dahulu,
Aku menangis;
Kerana guru;
Guru yang memarahiku kerana tugasan 
yang tidak bersiap;
Namun kini;
Aku menangis lagi;
Juga kerana guru;
Terpaksa memarahiku demi masa depanku;
Sedangkan aku memperolok-olokkan dirimu;
Suatu ketika dahulu.

Jika Dahulu,
Aku menangis;
Kerana tersungkur;
Namun kini;
Aku tetap juga menangis;
Bukan kerana tersungkur;
Tetapi kerana lambatnya tindakan 
untuk bangkit mengukur;
Sebuah pengorbanan.

p/s : Sahabat,,maafkanku jika budak kecil ini masih lagi menangis. Mungkin kau tidak mahu melihatku sebegitu. Maafkanku, pintaku agar jangan kau muak dengan sifatku. Satu janjiku, aku akan tetap menangis, namun, bukan atas sebab yang mudah, aku mahu kuat sepertimu, akan kuperkuatkan tembok empanganku, namun jika pecah tembok itu, biarkan aku sendiri membaikinya, supaya tembok itu lebih kuat dari asalnya. Maaf diri ini sering buat kalian bimbang. Ungkapan jutaan terima-kasih masih tdk dpt menggambarkan rasa hati ini utk kalian. Syukran atas nasihat n dorongan. Sungguh, Allahlah yang berkuasa membolak-balikkan hati. Lalu aku bersyukur ada kau sahabat tuk menghembus peringatan saat imanku merudum. Ikhlas dari budak kecik yang semakin matang..=)  (x nak nanges lg dah)



2 comments:

  1. takkan pernah muak dgn sifatmu. :)

    untuk awak; http://caturanhidupinsan.blogspot.com/2011/12/jika-ingin-benteng-itu-menjadi-kuat.html

    ReplyDelete
  2. sayang awak~! insyaAllah kerana-Nya...=)

    ReplyDelete