Wednesday, December 7, 2011

Sakitnya Pinggang

Bismillah...

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menghirup molekul-molekul oksigen hari ini. Alhamdulillah juga kerana sakit belakang yang bertandang sudah beransur pulih. Kesakitan dan ketegangan sudah berkurang. Hari ini masuk hari ketiga, Alhamdulillah sudah mampu berlari kembali. Jika hari Isnin lalu, hendak solat, berjalan dan menaiki tangga pun terasa otot-otot pinggang menarik-narik. Sehingga digelar nenek ketika menaiki tangga dan digelar ibu mengandung ketika berjalan..Allahurabbi~ Tersenyum sendiri bila memikirkannya kembali...Kesian dekat bakal suami pun ade...ok dah menyimpang~


Menyusur kembali asbab sakit pinggang menyerang..Pada hari sabtu, latihan silat...malamnya, tidur hanya 2-3 jam...Malam sebelum2nya juga begitu, malam itu masuk hari ke-3..dan pada hari Ahad,,saya telah menyertai pertandingan Galah Panjang secara ad-hoc..Jujur, sangat rindukan permainan galah panjang, jadi bila ada peluang, takkan nak pandang je, saya pun grab la..Alkisahnya, saya ni bila di padang, atau di lapangan, atau ade aktiviti riadah atau sukan, akan menjadi sangat aktif hingga lupa siapa orang pertama yang menemui atom. Betul, saya akan menjadi hyperaktif dan sangat bersemangat hingga ada insan yang terkejut dengan sifat saya ini. Muslimah harus fleksibel, tudung labuh dan jubah bukan penghalang untuk bersosial. Saya sendiri pernah mandi sungai di Kalumpang dengan berjubah..Hoho,,janganlah gelak,,cubalah~ seronok~(sebenarnya,lupa bawak baju lebih)..Subhanallah..Namun,,amaran keras,,jangan terlalu aktif jika aktiviti itu di tempat awam..Biarlah kita sembunyikan sedikit sifat sebenar kita..Untuk tidak menimbulkan fitnah..

Kata-kata di atas ditujukan khas untuk saya. Saya dengan tidak sensitif dengan keadaan sekeliling telah bermain galah panjang dengan gaya ala-ala atlet Malaysia..Lincah!..Kawan saya yang mengatakan sedemikian..Sehingga 'penyokong' di tepi gelanggang 'bersedih' bila saya terkeluar..Kesannya,,pagi Isnin,,bangun pagi dengan badan yang terbongkok-bongkok dan sukar untuk menjalankan aktiviti harian. Diimbau kembali, MALU menjamah diri, penyesalan bertandang lagi. Tersingkap sikap sebenar diri. Dalam bahasa mudah,,KANTOI saya ni jenis yg bagaimana... Astaghfirullah adalah ungkapan utk menenangkan gelora hati..Astagfirullah~ Astaghfirullah~ Astagfirullah~...Moga saya tidak menjadi fitnah...

Terbatasnya Kemampuan Diri

Kejadian yang berlaku pada saya membuktikan badan saya tidak mampu untuk berlasak. Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah tentang keterbatasan kemampuan setiap insan. Segala apa yang kita lakukan ada limit dia. Hatta nak berfikir,,ada keterbatasannya. Manusia tidak mampu berfikir tentang zat Allah kerana Akal kita tidak mampu. Lebih baik berfikir tentang kekuasaaan Allah daripada berfikir tentang zatNya. Boleh jadi tidak siuman jika dihantui dan sering memikirkan tentang zat Allah. Lebih afdhal dan lebih indah berfikir tentang keindahan dan kehebatan penciptaan alam.


Analogi Bekas Pensil

Kebiasaannya, apa yang orang selalu letak dalam bekas pensil??...Ha jawab jawab..Saya pasti ramai yang menjawab alat tulis kan?...pemadam, pen merah, pen biru, pembaris, liquid paper, pensil, dan highlighter..Jawapan itu mungkin betul..Namun kali ini,,anda silap!..Anda silap kerana dalam dalam bekas pensil saya penuh dengan choki choki...tiada satu pun alat tulis..Jadi,,jika saya bertanyakan soalan, "Apakah yang ada dalam bekas pensil saya?." Anda tidak akan mampu menjawab dengan betul..Mengapa??..Kerana kemampuan kita terbatas..

Begitu juga apabila Al-Quran ada mengatakan bahawa Allah duduk di atas Arasy. Kita tahu duduk, tapi 'duduk'nya Allah itu tidak sama dengan kefahaman kita tentang duduknya kita. Seperti kita faham dalam bekas pensil sepatutnya ada alat tulis,,tapi sebenarnya tiada alat tulis,,yg ada hanyalah choki-choki...Begitulah sedikit kupasan tentang keterbatasan berfikir..Sila tanya ustaz-ustazah dan alim ulama' yg lebih arif..

Wallahu'alam...

P/S : Sedang cuba untuk memandang sesuatu kejadian/peristiwa dengan MATA HATI..Apabila memandang dengan mata hati,,barulah minda boleh berfikir..Seterusnya, dari fikir kepada zikir, dari zikir menjadi amal, dan semoga amal itu diterima Allah..=)

Yang Menulis;
Madusemalu

No comments:

Post a Comment