Tuesday, December 13, 2011

Kuliah Maghrib (1)


Bismillah

Alhamdulillah dipilih dan diberi peluang juga ruang untuk menghadiri kuliah maghrib sebentar tadi…Kuliah disampaikan oleh Prof Habib Maksum dengan tajuk “La tahzan” ataupun jangan bersedih. 

Kesimpulannya apa yang saya dapat ialah :

1. Sebelum tidur, solat taubat dahulu <-- ini yang sangat terkesan di hati, Allahuakbar, bila saya dah mengantuk, memang kalau letak kepala terus lelap la jawabnya. Bila difikir dan direnung dan tenung, memang banyak dosa yang dilakukan seharian, cuba kalau Allah takdirkan malam tu nyawa dicabut, takut mati dalam keadaan tidak bersedia dengan dosa yang berkepuk, nauzubillah…

2. Ada dua nikmat yang manusia selalu lupa :

            1. Nikmat sihat 

            2. Nikmat lapang

Sepatutnya ketika muda remaja ini lah waktu yang perlu banyak beribadah iaitu ketika badan masih kuat dan banyak kelapangan masa. Tiba-tiba saya teringat nenek yang sudah sangat uzur masih bersemangat dan cukup solat terawihnya di masjid, Subhanallah…Dalam keadaan sudah bongkok 3, masih gagah bersolat jemaah di masjid. Insaf diri ini seketika..

3. Tanda-tanda kebahagiaan ada 4. Jika seseorang dah memiliki yang  4 ini, InsyaAllah bahagia itu miliknya ;

            1. Jiran yang baik

            2. Kenderaan yang baik

            3. Rumah yang lapang

            4. Isteri yang solehah – Ha, point ni best =)…Muhasabah seminit bila ustaz kata ‘solehah’, semak balik diri, memang jauh panggang dari api, bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan diri ini. Gelanggang isteri itu kecil iaitu di rumah sahaja tetapi peranannya tersangatlah besar hingga mampu memberi impak pada dunia..DUNIA?? biar betul Hanis??..Bak kata sahabat saya, jika pagi-pagi isteri buat suami marah atau kecil hati, tak ke dia ke tempat kerja dengan perasaan yang berkecamuk dan tidak boleh focus?. Kerja tak efisien, habis pekerja dimarahnya, buat keputusan yang melulu, dan macam-macam lagi la..Cuba kalau isteri merangkp Ummi ni, tidak menyiapkan sarapan untuk anak-anak ke sekolah, tak ke anak-anak ni ke sekolah dengan perut yang lapar, tak dapat beri tumpuan, susah untuk menerima pelajaran..sebab sarapan sangat-sangat penting tahu..=) Sekadar memberi sedikit contoh. Suka dengan ayat ni, “Jadilah anak yang solehah sebelum tergesa-gesa mengimpikan menjadi isteri yang solehah”…=)

4. Perbuatan yang Nabi Muhammad s.a.w suka umatnya lakukan :

            1. Mengeratkan silaturrahim

            2. Memberi orang makan

            3. Melakukan/melazimi Qiamullail <-- Errrr……………….Allah , Allah, Allah….tidak perlu rasanya saya kupas… Terkena sebijik kat hidung, ‘DUSH!’…Sememangnya mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..Bila beribadat terasa lazat, barulah kemanisan Iman itu dapat dirasai..Maksudnya,, maksudnya apa?.. Maksudnya, Hanis kena banyak bermujahadah..=)


p/s : Anda ada kredit lebih?.. Inginkan pahala dengan berSMS? Taip “Awak,,bangunlah,,jom qiam sama-sama” dan hantar ke **3-3456789….=) Doakan saya dapat menjawab test organic chemistry esok dengan tenang..

Assalamualaikum…


No comments:

Post a Comment