Sunday, December 11, 2011

Anak Soleh Permata Keluarga


Alhamdulillah, pada 11/12 dapat mengikuti  program Bicara Siswi di Surau Ar-Rashidin, Kolej Harun Aminurrashid. Jadi, nak kongsi apa yang saya dapat agar ilmu tu senang saya nak ingat..insyaAllah =).. 

Penceramah : Ustazah Nazzatturaha binti Dahalan

“Anak Soleh Permata Keluarga”

Surah al-baqarah : 83

Walaupun Allah sebut Bani Israel, umat pada zaman nabi Musa, tetapi kita boleh ambil pgjrn:

1. Jangan sembah melainkan pada Allah

2. BERBUAT BAIK pada ibu bapa

-Tak semua orang dapat ibu bapa yang baik, ada yang membuat kerosakn di bumi, ada yang kafir, ada yang tidak ikut ajaran agama, yang suka marah, dan yang kejam.
-Bolehkan sbg anak kita sayang mereka???..susah kan..kasih syg lahir dari iman..jadi,,bila ibu bapa kurang beriman susah nak syg mereka..
- Allah berfirman buat baik pd ibu bapa, buat baik BERBEZA dgn taat..sbb berbuat baik x kira pada ibu bapa yg baik ataupun yg tidak beriman.

:::Taat boleh berubah haknya tetapi berbuat baik tidak berubah:::

3. Dirikan solat dan tunaikan zakat

Surah al-ahqaf : 15-19

-Berbuat baik pada orang tua..Dalam ayat ini Allah hanya sebut tentang Ibu. Kenapa???. Sebab dia yg mengandungkan kita. Sebab ke2, ibu yg melhirkan.sebab ke-3, kerana tempoh mengandung hingga bercerai susu adalah lama iaitu 30 bulan. Jadi,,kita kena berbuat baik dengan berdoa dan menjaga kata-kata.
-Tiada sebab untuk tidak berbuat baik,,kerana 2 sebab di atas sudah cukup untuk menuntut kita berbuat baik.
-Contoh ayat derhaka?. “Inike yg kamu nak ingatkan,,sedangkan aku sudah tahu?.” Utk org yg begini, mereka ini sama azabnya dgn org2 yg trdahulu. Utk umat NABI MUHAMMAD s.a.w,,azabnya ditangguh di akhirat nanti.

-3 perkara Allah bagi azab cash:

1.Derhaka pada ibu bapa
-buat ibu bapa risau pun berdosa
-Kisah Juraij

2. Orang yg melakukan maksiat dengan sombong
“Tengok aku boleh dating,,ko pakai tudung labuh mane boleh dating?..Ko boleh?”

3. Orang yang berbuat zalim
-buat orang lain kecil hati.

**Tak kiralah kita ni org pandai ke,,selalu taat pd ibu bapa,,kita ttp HAMBA kpd Allah.

*kdg2 keliru,,betul ke kita sembah Allah ta’ala??. Sebabnya,,kita terlalu byk TUHAN..depan cikgu,,nak perfect,,rupe2nye copy kwn….cthnya,,x solat,,rasa seronok kalau period..sikp kita mnnjukkan kita x sembah Allah dgn sebenar2nya. Hidupnya x seronok, keliru, tak tenang.

*Hati yg tenang lahir dr hubungan yang baik dengan Allah dan manusia.

*Orang yang menyembah Allah ta’ala akan dapat buat semua kebaikan. Buat baik dgn ibu bapa, manusia, kaum kerabat dan mengawal lidah.

*Org yg mengaku menyembah Allah,, bilamana dia tidak mengatakan kata2 yg elok kpd manusia,,dia tidak menyembah Allah dengan sebenar2nya.

Ketaatan kepada Ibu Bapa
1. Pertama sekali, kena bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa.bersyukur ada 2 :
1. bersyukur dengan lisan,,ucap Alhamdulillah..Alhamdulillah lebih tinggi dari terima-kasih..Alhamdulillah brmaksud SEGALA PUJI bg Allah..sedangkan terima-kasih hanya 1 pujian. Sebut Alhamdulillah dan sebut apa nikmat tu..Alhamdulillah hari ni saya dapat hidup lagi, dapat bangun subuh..Alhamdulillah saya dapat datang ke surau hari ini..
2.  bersyukur dengan perbuatan. Benda yang haram dah sah2 x boleh ikut..tapi benda yang bukan haram,,tapi mak kita tak bagi,,tetap kita kena buat..contoh: Mak tak bagi pegi umah kawan,,kita kena ikut cakap mak..sbg tanda kita taat pada ibu bapa. Taat melibatkan rasa ketuhanan. Taat kepada Allah dulu baru melahirkan taat kepada yang lain-lain.

           Rahsia ketaatan

è Kita lihat kata-kata itu lahir dari orang yang berkata-kata. PENAHKAh kita terfikir kata-kata kita dari perintah dan izin Allah ta’ala. Kdg2 kita pelik mak kita suruh kita pakai baju cantik2,,rupanya mak nak jodohkan kita ngn ustaz..huhu contoh laar~

è Contoh lagi : Kita dah berkenan dgn seorang akhi yg sangat alim,,pakai serban,,janggut panjang..tapi mak kita x berkenan dgn dia,,mak kita pun x tahu kenapa ada perasaan x berkenan..Sebenrnya Allah nak uji ketaatan kita pd ibu bapa dan sesungguhnya Dia itu sehebat2 perancang.

è Contoh lagi ; nak pergi suatu tempat (hutan) sebab kem..mak x bagi pergi..jadi jgn pergi..Ada musibah yg x diingini akn berlaku,,dengan izin Allah..

è Apa hikmah ketaatan??..Supaya dapat lari dari godaan syaitan. 

è Dalam ketaatan ada rahsia ketuhanan.

Sesi Soal Jawab :

1. Anak yang buat dosa, mak bapak yang tanggung?. Macam x adilkan?
-Jika kita buat kebaikan, mak ayah kita pun dapat saham..Tapi, mak ayah tak akan tanggung dosa kita kalau kita buat kejahatan.  Dosa ni takde orang lain yang tanggung kecuali orang tu sendiri..Tetapi ayah ada tanggungjawabnya yang berat..jika ayah nak  masuk syurga, ada anak yang derhaka,,ayah tu ditangguh untuk masuk syurga..Ayah juga tidak menanggung dosa anak-anak mahupun dosa anak perempuan. Tetapi ditangguh tempoh untuk masuk ke syurga.

p/s : Maaf banyak2,,asif jiddan sebab tak edit lawa-lawa..hehe saya takut bertangguh dan nanti berkepuk la draft…=)




2 comments:

  1. sy terlepas kuliah sisiwi mggu lps.. ;( tp sy gi jumpe parents :) alhamdulillah!

    ReplyDelete
  2. takpe2,,utamakan yang lebih utama...parents lebih utama dalam situasi ni...=)

    ReplyDelete