Thursday, November 24, 2011

Jom Jadi 'ALIEN' - Ghurabaa'

Drp Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w.,
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka, beruntunglah orang2 yang asing". (H.R MUSLIM)
Hadith di atas menjelaskan kepada kita umat Islam mengenai perkhabaran Rasulullahsallallahu ‘alaihi wasallam berhubung dengan sifat keasingan agama Islam sejak ia mula-mula didakwahkan oleh baginda sallallahu ‘alaihi wasallam kepada umat manusia. Dalam hadith yang sama juga, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam turut mengingatkan bahawa sifat ‘keasingan’ agama ini pasti akan kembali berulang di akhir zaman sebagaimana ketika awalnya ia disampai dan diamalkan oleh baginda dan para sahabatnya radhiallahu ‘anhum.

Seiring dengan perkhabaran mengenai sifat keasingan ajaran Islam ini, Rasulullahsallallahu ‘alaihi wasallam juga menerangkan bahawa di sebalik keasingan itu akan wujud sekelompok manusia dari kalangan umatnya yang digelar sebagai al-Ghuraba’, iaitu golongan yang ‘asing’. ‘Asing’ yang dimaksudkan di sini bukanlah dilihat dari aspek keduniaan akan tetapi ialah asing dari aspek manhaj atau cara mereka mengamalkan ajaran agama. Kepada mereka ini dikurniakan nikmat kebahagiaan sebagaimana yang dijanjikan oleh baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menerusi hadithnya tersebut.


Siapakah al-Ghuraba’?