Thursday, October 27, 2011

Maaf,,Saya Sedang Menjaga Hati

Bismillah...Alhamdulillah..

Assalamualaikum w.b.t...

Maafkan aku,
Hati ini telah banyak noda hitam,
dan aku tidak mampu
menambah titik hitam secara sukarela,
bukan mudah untuk menyucikannya,
kerana,
1 titik hitam mengundang titik-titik hitam yang lain,
hanya istighfar dan doa,
dihiasi dengan taubat,
memutihkan kembali karat di hati,
namun,
bila nafsu cinta manusiawi merajai hati,
indahnya maksiat tidak terperi,
pahitnya iman membentak-bentak naluri,
hati menjadi tidak peduli,
lantas lorong-lorong maksiat diselusuri,
dengan penuh riang di hati,
maka dengan itu,
aku menolak lamaranmu,
"Maaf,saya sedang menjaga hati",
bukan menafikan fitrah insani,
yang gemar dicintai,
bukan menafikan ketulusan hatimu,
untuk menjadikanku sayap kirimu,
bukan meragui agamamu,
Yang mampu mengimami solatku,
namun perjalananku berbaki beribu batu,
dan hati ini,
masih tandus dan gersang,
akan nikmat cinta-Nya,
Aku mahu mencintai,
Allah dan rasulNya,
Melebihi apa yang ada di dunia,
Sudahkah aku menggapainya?,

...........................,
..................................,
........................................,
Lantaran itu,
aku mohon maaf,
Maafkan ana,
Insan kerdil yang sedang mengislahkan hati,
tuk menggapai cinta Illahi.


p/s: Enta adalah ujian buat ana. Jujur, tiap kali bertemu muka kerana urusan, hati ini dijentik, bukan kerana mengakui kecintaan, tetapi dek kerana fitrah insan bernama hawa, segera hati dipulangkan pada Allah, lantas terpacul 'Astaghfirullah'..Harapan agar enta dapat membantu ujian ana dengan menundukkan pandangan. Ana bukanlah sebaik-baik hawa, hati ini lebih kotor dari insan lain, sangat kotor. Maka janganlah enta mengotorinya lagi. Sungguh, enta ujian buat ana. Moga hati ini terus diberi kekuatan. Doakan ana sahabat sekalian.

2 comments:

  1. hanis..... sangat ske entry nie... sama2 kte jaga hati kita ea.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah nisha syg...kita saling ingat-mgingatkan ye...=)

    ReplyDelete