Wednesday, October 5, 2011

Bismillah...Alhamdulillah...
 Lewat beberapa hari,
Jam bagai bergerak,
Bagai tiada istilah saat,
Mata makin mengecil,
Badan terasa lemah,
Semangat itu makin membara,
Tidak kalah,
InsyaALLAH,
Alhamdulillah,
Aku bersyukur atas nikmat sibuk,
Namun,
Apa sumbanganku,
untuk kamu?
untuk sahabat?
untuk persatuanku?
apatah lagi,
untuk Islam...
dengan itu,
aku isytiharkan,
aku belum cukup sibuk...

        Alhamdulillah,,diri ini masih diberi peluang untuk belajar sesuatu yang baru..bukan tertakluk kpd ilmu akademik sahaja..tetapi ilmu-ilmu lain..khususnya,,tika ini diri ini diberi izin oleh Allah untuk memegang amanah..Ya,saya akui,takut itu sememangnya dari awal sudah menghantui ketika ke temuduga..takut tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik..menjadi pemimpin yang baik..walaupun bukan memimpin organisasi yang gah dan besar-besar,,namun,,tanggungjawab ialah tanggungjawab..akan disoal oleh Allah kelak..Allahuakbar~~ bersediakah aku?..

       Sebentar tadi, diri ini ditegur. Alhamdulillah.."Tidak kiralah abang ke,adik ke,kakak ke,,tapi ikhtilat kena jaga.Salah tu kalau berasa 'selesa' tika berurusan"..Lebih kurang begitulah...Terselit sedikit malu kerana ditegur depan2 oleh seorang hamba Allah yg InsyaAllah soleh..tiada niat untuk tidak menjaga ikhtilat tika berurusan,,cumanya saya berasa sedikit lega kerana rais(ketua) saya seorang adik lelaki berumur 18 tahun..kurang rasa malu...Namun,,Alhamdulillah,,kerana teguran itu,,saya berfikir kembali..sangat tepat kata-katanya...kerana siapa pun dia,,adik ke,,abang ke,,pakcik ke,,beza jarak 10 tahun ke 20 tahun,,dia itu tetap bukan mahram bagi saya..ikhtilat perlu dijaga...


       Syukran atas teguran yang membina..Biar sahaja anda yang menegur tidak tahu nama nada disebutkan di sini,ketahuilah teguran itu terkesan di hati..Ayuh sahabat,,tegurlah diri ini..Hati ini hajatkan teguran dan nasihat yang mengalir sejuk di lembah hati yang kontang dan gersang. InsyaAllah saya akan berlapang dada dengan teguran anda,,asalkan sahaja lembut bahasanya, kerana saya juga wanita yang mempunyai hati sehelai tisu..

Wassini;
madusemalu

No comments:

Post a Comment