Wednesday, September 28, 2011

Labuuuuhnye kak tudung tu

Bismillahirrohmanirrahim...
Assalamualaikum....

Ini adalah hakikat senario perbualan di kelas-kelas,celah-celah pohon,disebalik pintu,dibelakang tembok,di atas tangga,dalam lif, mahupun di atas pokok kelapa.

 "Alaa,,orang yang tudung labuh pun bukannye baik sangat"
 "Ada budak tudung labuh tu,duduk dua orang dekat-dekat kat perpustakaan,ingatkan tengah buat apa..rupanya tengah mer**a sesama sendiri"
"Perempuan tu harap je tudung labuh tapi mulut bau longkang!"
"Kita yang tudung biasa ni pun lagi baik dari perempuan tudung labuh tu"
"Tudung labuh-labuh tu mesti sebab nak tutup perut yang tengah memboyot!"
"Perempuan tudung macam telekung tu pun couple jugak..same je mcm aku.."



                         Perempuan tudung labuh itu, perempuan tudung labuh ini..macam-macam khabar yang sampai ke pendengaran saya..saya tidak menolak mentah-mentah mahupun menerima bulat-bulat namun, apa yang ingin saya tekankan adalah siapakah kita untuk menghukum orang lain? Mengapakah kita tidak melihat kelemahan diri kita sendiri sebelum menilai dan menghukum orang lain? mengkritik yang membina tidak mengapa tetapi menghukum dan mengeji itu bukan nilai dalam Islam. Ditambah lagi bahan secukup rasa,,memfitnah! walhal fitnah itu lebih teruk dari membunuh! Wahai sahabat-sahabat,,wanita bertudung labuh itu juga seorang insan biasa yang kesilapan dan syaitonirrojim tidak pernah lalai untuk menggoda mereka..Dan ketahuilah bahawa mereka sedang diuji,,dan ujian itu datangnya dari Allah,,kerana Allah sayang mereka...Jadi, tiada salahnya jika kita menegur mereka..Bukankah setiap dari kita ini pemimpin dan kita bertanggungjawab atas pimpinan kita..dan bukankah lebih bertamadun apabila kita gantikan sifat mengkritik kepada nasihat secara berhikmah?...(Peringatan untuk diri sendiri juga)...Janganlah kita menuding jari menyalahkan sehelai kain buruk yang dipanggil tudung labuh kerana kita semua adalah sama,,hamba Allah! Hakikatnya,,bumi mana yang tidak ditimpa hujan?? Berhentilah menabur fitnah dan mengadu domba...Fitnah itu ibarat memakan daging saudara sendiri. Tak jijik ke?. Nauzubillah..

p/s: Kami bertudung labuh bukan kerana tahap iman yang tinggi, bukan kerana nak tunjuk alim, dan bukan sebab nak orang puji kami wanita solehah, tapi kami merupakan wanita yang BERANI. Kami berani bertudung labuh walau berderet kelemahan. Kami bukan maksum. Tapi kami cuba perbaiki diri dan amalan kami. Maaf andai saya terkasar bahasa dan tersentuh mana2 hati.


Bukan Maksum,
madusemalu
                        


                           

                    
 

Sunday, September 18, 2011

Peristiwa = Mendewasakan Usia

Bismillah… 


          Alhamdulillah, pada 8/9/11 hingga 11/9/11 saya telah menyertai baktisiswa Persatuan Mahasiswa Sains. Pengalaman yang ditimba sangat2 berharga, pahit manis masam payau, itu semua kenangan terindah bagi saya. Buktinya, butiran air mata yang  tidak tertahan mengiringi perpisahan bersama mak angkat di Kampung **************** di Kuala Kurau, Perak.

Alhamdulillah, saya bernasib baik kerana ditempatkan di rumah keluarga angkat yang selesa. Tidak bermaksud sahabat2 yang lain tidak bernasib baik, cuma mereka ada pengalaman tersendiri untuk diimbau kembali. Majoriti masyarakat di kampung ini bekerja sebagai nelayan, jadi pendapatan mereka tidaklah seberapa, dan rumah yang didiami tidaklah sebesar dan selesa seperti rumah2 di bandar. Ada sahabat yang tidak selesa dengan mandi dengan ketiadaan pintu bilik air, bilik tidur yang juga tiada pintu, bilik tidur yang sempit sukar untuk solat, ketiadaan bekalan elektrik pada malam hari, dan macam-macam lagi. Alhamdulillah satu pengalaman yang jika tidak turun ke kampong tidak akan pernah merasainya.

MALU, TERHARU, TERUJA, GEMBIRA bercampur aduk menjadi satu dengan keramahan dan kasih sayang yang dihulurkan oleh semua penduduk kampung. Subhanallah! Mereka melayan kami seperti saudara mereka sendiri yang telah lama mereka kenali. Sangat mesra sehingga kami merasakan sepeti sudah lama tinggal di sini. Tersangat-sangat baik, tersangat-sangat sporting, dan tersangat-sangat pemurah. Alhamdulillah ya Allah..

Anak Emas

          Kami bertiga (Kak Tim, Kak Ain, saya) menjadi anak angkat kepada pasangan yang sangat baik hati dan pemurah. Saya percaya jika sebulan kami tinggal di situ, alamat BMI kami terlebih berat agaknya. Mak cik pandai memasak dan sangat rajin memasak. Pak cik merupakan seorang nelayan. Maknanya, kami dijamu dengan makanan laut selama 4 hari! Alhamdulillah, sedaaap sangat!..Errr, alergi kepada makanan laut saya lupakan sebentar..Basmallah, selawat, dan nngaaap!. Mereka melayan kami dengan baik, sangat baik. Mungkin lebih baik dari anak mereka sendiri. Kami sangat bersyukur. Alhamdulillah.


Ke Disko Kampung

      Maafkan saya, maafkan saya, maafkan saya..Bukan niat untuk memburukkan jauh sekali untuk menjaja cerita-cerita yang tidak enak didengar. Namun inilah sejujurnya dan realiti apa yang saya lihat dan rasa. Bergenang air mata, sejuk tubuh badan, marah, kecewa, sedih diadun menjadi satu. 
 
          Ketika baru sahaja menjejakkan kaki di Ban Pecah, satu kawasan di pinggir laut, perasaan pelik menyelubungi diri tatkala terdengar lagu karaoke yang kuat. Mahu tidak mahu, kami sudah sampai. Mak cik (mak angkat kami) membawa kami ke satu sudut betul-betul di hadapan pentas karaoke. Sepanjang perjalanan ke situ, saya merasakan seperti seekor alien yang tersipu-sipu malu. Sungguh!. Apa tidaknya, majoriti pelanggan di situ adalah pakcik2 yang berumur 40 tahun ke atas. Sedih??? Ya, saya jugamerasainya. Ditambah pula ada sahabat yang mengatakan surau kampung seperti tidak ‘hidup’. Allahuakbar, sedih sangat. Ke mana menghilangnya makmum2 di surau? Ke mana?. Mereka berjemaah di tempat ini rupanya. Sedih menguasai relung hati……..

          Kami dijamu dengan keropok lekor, keropok ikan, dan minuman. Sekadar makanan ringan kerana kami sudahpun kenyang makan di rumah. Sambil menikamati makanan, kami dijamu dengan lagu2 yang didendangkan oleh abang2 dan pakcik2. Bingit. Bising. Lagu klasik, lagu raya, dan kebanyakannya lagu dangdut. Lagu Maher Zain tiada pula didendang. Terlihat juga sosok badan remaja lelaki dan perempuan. Lelaki dengan rantai di leher, di tangan, di poket, dihiasi dengan rambut terpacak dan ala2 korea, membonceng motosikal dengan rakan-rakannya yang lain. Lingkungan umur 12-15 tahun. Yang perempuan pula dengan kasut tumit tinggi, seluar legging dan jeans yang ketat, baju tidak berlengan yang sendat dan padat, rambut rebonding, accessories di sana sini, dan beg tangan. Wow! Seperti dewasa lagaknya walaupun kebanyakan mereka baru berumur lingkungan 12-15 tahun.

          Lagu demi lagu demi lagu. Ampunkan aku ya Allah..Saya merintih dalam hati,,dan itu adalah selemah-lemah iman. Ya,imanku masih lemah..Sedang kami ‘dihiburkan’, seorang remaja perempuan ala2 artis Malaysia pergi ke pentas untuk request lagu. Sebentar kemudian, tibalah gilirannya untuk melontarkan kelunakan suaranya. Lagu dangdut menjadi pilihan. Apabila muzik kedengaran, rakan-rakan perempuannya yang lain turut berdiri sebaris dengannya, segerombolan budak lelaki turut naik ke pentas dan mengambil tempat di belakang barisan budak perempuan tadi.  



          Lagu dinyanyikan. Badan digoyangkan. MasyaAllah! “sebijik cam disko”..Walaupun tidak pernah ke disko,tetapi siaran di TV sudah cukup tuk memberi gambaran. Lebih kurang 10 orang ‘remaja’ lelaki menari dengan pelbagai aksi, seperti sudah menelan pil acstacy lagaknya.Pergerakan tarian yang saya tidak pernah lihat. Ligat. Lincah. Persis Inul Daratista. Mengasyikkan!..Tidak terkejut bila dikhabarkan tempat ini hanya ditutup dalam jam 2 ke 3 pagi. Apa tidaknya, nikmat hiburan sudah sebati dalam hati. MasyaAllah. Sakit mata. Sakit hati. Sakit telinga. Sakit Iman. Istighfar, Istighfar, dan terus istighfar dalam hati. Saya mengalihkan pandangan dan menatap tanah. “Anis mengantuk ke?”, pak cik bertanya. “Eh taklah”, sepatah saya menjawab. “Arrrgggghhhhh!!! Bila nak balik ni!!”, batin menjerit. Bagai cacing kepanasan. Sungguh, saya tidak selesa melihat maksiat di depan mata, bertambah tidak selesa bila tidak mampu menghalang maksiat berleluasa. Ampunkanku Ya Allah.

          Mungkin jasad saya di situ, tetapi hati dipulangkan pada Allah, fikiran melayang melayan hembus bayu malam. MasyaAllah, mereka baru belasan tahun, bukan ini tempat mereka, bukan ini aktiviti di malam minggu, bukan ini sahabat-sahabat mereka, bukan ini fesyen islamik, bukan ini akhlak muslim!. Saya sedih memikirkan akhlak ‘remaja’ ini di masa hadapan. “Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati mereka dan Kau campakkanlah nikmat hidayahMu ke dalam hati-hati mereka Ya Allah”. 

          Kesedihan atas kesedihan. Bergenang air mata tatkala terlihat anak kecil berumur 3 ke  4 tahun menyertai ‘pesta dangdut’ itu. Sedih. Mereka melihat abang dan kakak-kakak mereka menari dan mereka meniru aksi tarian. Sedih. Mereka insan fitrah. Mereka tidak mampu lagi menilai baik buruk. Mereka naïf. Mereka hanya mengikut apa orang dewasa lakukan. Jika pada umur sementah 3 ke 4 tahun sudah dibiasakan dengan suasana sebegini, tidak dapat saya bayangkan akhlak dan hiburan seperti manakah yang mereka dambakan bila dewasa nanti. Sedih. Anak kecil tadi masih di atas pentas, meniru gaya tarian dangdut. Sedih.!

          Alhamdulillah, lebih kurang jam 11.30 malam kami bertolak pulang. Gembiranya seperti alien yang akan kembali ke planet Pluto. Saya seka cecair yang mengalir. Saya tanam azam agar solat sunat taubat menghiasi malam.

Guru itu Pendakwah!

          Saya berazam untuk menimba ilmu sebanyak mungkin. Saya tidak mahu menjadi guru yang hanya menghabiskan syllabus dan menerima gaji bulanan, tetapi saya mahu menjadi Pendidik yang mendidik hati anak-anak bangsa ke arah mencintai Allah. Besar cita-cita ini, besar tanggungjawab, dan bukan sedikit usaha dan mujahadahnya. Saya mahu membimbing hati dan akhlak anak-anak murid saya. Hanya kepada Allah saya memohon petunjuk dan kesempatan. Moga saya diberi peluang untuk merasai nikmatnya memberi.

          Saya tidak mahu merobohkan Disko itu. Saya mahu meluaskan ‘disko’ itu. Ya, meluaskan ‘disko’!. Agar remaja-remaja Islam kenal erti hiburan dan kebebasan yang sebenar. ‘Disko’ yang dipenuhi remaja-remaja Islam yang tekun beribadah, mengaji, dan menjaga ikhtilat. Bukankah sejarah sudah membuktikan bahawa gereja telahpun Berjaya ditukar menjadi masjid?. Jadi, tidak mustahil disco itu diubah menjadi sekolah tarbiyah. Asalkan sahaja Pendidiknya ditarbiyah terlebih dahulu. Wallahua’lam..

Pendidik,
madusemalu