Saturday, August 27, 2011

Aku Jatuh Cinta (Bahagian 2)

Saya Tak Demam


       Alhamdulillah,segala puji bagi Allah, apabila saya mula jatuh cinta dengan tudung labuh, perubahan ke arah kebaikan dapat saya lakukan sedikit demi sedikit. Ketika di matrikulasi, selain dari memakai tudung bidang 50 inci, menjaga ikhtilat (pergaulan bebas antara bukan muhrim), menjaga solat 5 waktu, saya juga belajar untuk memakai sarung kaki. Tersangatlah janggal dan kekok pada awalnya, almaklumlah sebelum ni tidak pernah memakai stoking melainkan ketika memakai kasut sekolah dan kasut sukan =). Seperti sebelum ni kita makan menggunakan tangan, tiba-tiba nak guna chopstick pulak..(hehe maaf, perbandingan kurang sesuai)…

        Pengalaman turun ke cafeteria dengan berstokin, seperti orang demam lagaknya. Ditambah pula dengan stoking yang berwarna-warni. Terasa seperti seisi cafeteria sedang memerhati. Hakikatnya, mereka tak kisah pun. Alhamdulillah, suasana di matriks saya ramai yang berstokin dan bertudung labuh. Hal ini menjadi pendorong bagi saya. Tidak dinafikan, rasa tidak selesa, aneh, panas memang ketara pada awalnya, namun alah bisa tegal biasa. Lagipun, apa salahnya berkorban sedikit asalkan aurat terpelihara. Saya melihat pemakaian stoking kurang diamalkan di kalangan wanita. Mengapa ye?.. Jika rambut itu aurat, kaki anda juga aurat sayang =). Bukankah wanita itu ibarat permata yang terSANGAT MAHAL nilainya. Bukan calang2 orang dapat melihat apatah lagi menyentuh permata.

Subhanallah, betapa Allah sayangkan kita, disuruhnya kita menutup aurat, aurat yg bermaksud aib, menutup aurat menutup aib..Jadi sesiapa yang KURANG MENUTUP AURAT, bermakna KURANG MENUTUP AIB, begitulah seumpamanya. Seperti kita, kalau kita sayang jam tangan kita, kita jaga dia elok2, kita tak calarkannya, kita balut dia kemas2. Jadi, kalau kita sayang diri kita, kita kena jaga elok2 diri kita. Menutup auratlah dengan sempurna sayang =), MENUTUP aurat dan bukannya MEMBALUT aurat…Maafkan saya jika ada yang terasa, niat saya untuk menyampaikan, sekaligus insyaAllah saya sendiri mengambil peringatan dan iktibar, bukan bermakna diri ini yang terbaik...Saya tersangat menyayangi sahabat-sahabat saya…kerana Allah,,insyaAllah..=)

Culture Shock!


            Takut!. Sangat takut dan bimbang bermaharajalela di segenap ruang hati. Bimbang sekiranya iman tewas dek nafsu apabila melangkah ke alam universiti. Orang di sini mengatakan begini, orang di sana mengatakan begitu, culture shock! Itulah yang mereka simpulkan atas perubahan remaja-remaja Islam ke arah negative. Saya mengadu pada Allah supaya diberi keberatan iman dan dipermudahkan jalan menuntut ilmu serta dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang solehah. Alhamdulillah, Allah itu Maha Mendengar! =)…Merintih dan mengadulah padanya sahabat-sahabat, sesungguhnya kekuatan orang muslim terletak pada doanya..n_n..

            Universiti Pendidikan Sultan Idris, bertempat di Tanjung Malim yang tersangatlah dekatnya dengan hulu Selangor. Bermaksud, kami belajar di kawasan kampong..hehe hiperbola pula ye..=)..Alhamdulillah, kebaikannya adalah kurangnya masalah sosial walau hakikatnya masalah sosial bagai tiada ‘turning point’, senantiasa meningkat sahaja bentuk grafnya..Namun saya masih tetap bersyukur,,suasana Islamik yang ada di sini memudah kan proses pengislahan saya, insyaAllah..Sebenarnya, ianya bergantung pada hati kita sama ada mahu menyahut peluang yang datang atau sekadar melihat dengan pandangan kosong, lantas peluang itu hilang!. Begitu banyak ‘tuisyen akhirat’ yang dijalankan di universiti, terserah kepada kita mahu melangkah ke majlis ilmu atau lebih senang bersantai di atas katil =). Pengislahan(pembaikan diri) memerlukan mujahadah yang bukan sedikit, Allah lah tempat memohon kekuatan dan petunjuk. Hakikatnya, “ilmu itu ibarat harta yang hilang bagi orang mukmin, pantang ada majlis ilmu pasti dikejarnya”.

            Alhamdulillah ya Allah, saya dipertemukan dengan ramai sahabat yang baik-baik..Syukur..=) Allah sentiasa membuka ruang dan peluang kepada niat baik yang kita hajatkan..insyaAllah…Siti Hafsah, Khairunnisa, Aisyah, Hamizah,, “Aku sayang kalian kerana Allah”. Juga sahabat-sahabat lain yang saya tidak sebutkan terutamanya rumah 1.4.15..=)

Kerana Cinta Aku Menangis



            Subhanallah..Allahuakbar…T_T  Tanpa diminta air mataku jatuh bercucuran, bengkak sudah mata, berombak-ombak dada, berkeping-keping tisu menjadi mangsa.. Aku gemar membaca blog-blog Islamik yang sememangnya berjaya mengetuk pintu hati, Alhamdulillah… Tetapi kali ini, entri seorang ukhti mengenai tudung labuh seolah-olah ditujukan kepada saya.,terasa ayat-ayatnya meresap dalam hati, Subhanallah, sesungguhnya Allah lah yang memberi Hidayah kepada hamba-hamba-Nya, tiada yang lain selain-Nya. Untung sahaja, roommate tiada ketika itu, huhu tersangatlah malunya jika dia melihatku dalam keadaan begitu. Apa tidaknya, sudahlah mata bengkak-bengkak, sempat lagi mencuba memakai tudung labuh di hadapan cermin sakti. Satu-satunya tudung labuh yang saya miliki ketika itu, hitam warnanya. Dibeli secara sengaja dalam keadaan tidak sengaja, panjang ceritanya, terkeluar dari landasan pula nanti jika diceritakan di sini..=) maaf..

            Lebih memalukan, sambil memperagakan tudung di hadapan cermin, air mata masih mengalir dengan deras, aduhai,, empangan itu jika sudah roboh alamat sukar mahu diberhentikan. Saya bertekad..Saya akan mempertahankan cinta saya..Saya akan bertudung labuh walau apa pun rintangan..huhu tiadalah besar mana rintangan..rintangan terbesar,,DIRI SENDIRI. !
  
Debaran Kali Pertama Bersama di Khalayak Ramai


            Sebelum memakai tudung labuh untuk kali pertama, lafaz basmalah menjadi penenang, ‘Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”, saya menyarung tudung labuh. Allahuakbar, berdebar-debar! Sungguh saya tidak tipu, hati berdegup kencang..Terasa suatu nikmat yang sangat sukar diungkap, hati terus beristighfar agar niat diluruskan, kaki tetap menapak langkah demi langkah. Pada awalnya, saya memakai tudung labuh pada sebelah malam, almaklumlah kurang disedari kerana kepekatan malam. Selepas itu, terasa “gian” untuk terus memakainya. Terasa nikmat,,kawan-kawan cubalah,,pasti ada rasa yang hanya kita-kita yang tahu..=) Seterusnya, saya memberanikan diri memakai tudung labuh ke kelas. “WWooow~ Hanis dah berubahlah” , mungkin itu yang terdetik di hati kawan-kawan.

            Alhamdulillah, reaksi yang diterima positif semuanya =)…”Hafsah suka tengok anis pakai tudung labuh”..Ketika itu sahabat, empangan dalam hati ini sudah pecah..=) “I like how u wear ur scarf” lebih kurang begitulah yang Aisyah post di wall FB saya..Begitu bijak kalian meraikan diri ini..Kalian meraikan niat dan semangat..Kalian menaikkan keyakinan…Saya bersyukur…”Hanis nampak comellah pakai tudung labuh”,,Khairunnisa, andakah yang mengatakan ini?..he3 =D
           

            Alhamdulillah, kini saya dah pandai menjahit sendiri tudung labuh hasil pendidikan percuma dari Hafsah..Syukran habibi =)…Pada masa sekarang, saya masih menggunakan tudung bidang 60inci dan tudung labuh..yang hati saya merasa tenang jika memakainya..Pakailah apa sahaja sahabat, APA SAHAJA…asalkan menutup aurat..jika kotak Jajan yang kau sarungkan di kepalamu, ianya tidak berdosa, selagi kamu menutup aurat..=)

            Wallahualam..

*doakan saya terus melakukan pengislahan diri*

Insan Kerdil;
madusemalu
            

Saturday, August 6, 2011

Aku Mahu Berhenti Menulis!.


Inilah dia sifat buruk aku. Hangit-hangat tahi ayam. Lemah. Sedari bangku persekolahan aku sudah menyedari bahawa aku seringkali melakukan kerja separuh jalan atau begitu bersemangat pada awalnya namun jika berasa sukar pada pertengahannya, aku menyerah. 

Mengapa Berhenti Menulis?

Entah.
Mungkin penulisanku membosankan orang.
Mungkin aku tidak layak memberi.
Mungkin aku terlalu sibuk hal duniawi.
Mungkin aku KECIL HATI.

Muhasabah

Aku selongkar kembali niatku dalam berblog. Aku refresh kembali dan aku pasakkan dan sematkan dalam hati tentang niat sebenar aku mahu berblog. Menulis kerana Allah. Segala perkara yang kita lakukan mestilah kerana Allah, baru dikira sebagai ibadah. Besar ruang lingkup ibadah sebenarnya. Hatta mahu tidur dan membuang hajat juga dikira ibadah jika diniatkan kerana Allah. Tidur supaya bertenaga melakukan ibadah. Itulah tidur kerana Allah. Jadi mengapa mahu berhenti menulis??. Jika apa yang aku lakukan sekarang ini adalah InsyaAllah tergolong dalam ibadah…Amin ya Rabb.

Kecil hati mungkin. Aku berfikir kembali. Mengapa perlu aku mementingkan kata-kata hati sedangkan pepatah Melayu sudahpun menyebut ikut kata binasa, ikut hati mati.

Mungkin aku tidak layak memberi. Memang aku insan yang berderet kelemahan. Namun aku tahu bukan itu alasan untuk tidak memberi. Sedangkan Rasulullah pernah bersabda,”Sampaikanlah walau sepotong dari ayatku”. Kerana itu Ilmu. Ya, namun aku sedih dan berasa teramat rendah diri. Kerana aku mahu memberi RM10 tetapi aku hanya mempunyai RM0.10. Namun bukan ini alasannya, ilmu itu perlu ditimba, dicari, digali, diterokai, dan diamalkan. Bukan dengan hanya duduk santai di dewan kuliah. Jika begitu, terhapuslah dan tiadalah istilah “aku tidak layak memberi”.
           
Mungkin gaya penulisanku membosankan. Adakah yang ilmiah itu membosankan? Dan yang membosankan itu pastinya pernbincangan yang ilmiah. TIDAK!.. Fitrah manusia adalah kearah kebaikan, ke arah mentaati perintah Allah. Jadi, aku tidak peduli jika kamu mengatakan aku membosankan. Kerana aku tahu kamu fitrahnya inginkan kebaikan. Terbitnya kalimah ‘bosan’ adalah atas kelemahan diriku sendiri yang harus aku perbaiki. Dan ini juga bukan penyebab aku mahu berhenti menulis.

Kesimpulan

InsyaAllah aku tidak akan berhenti menulis!..Biar apa orang kata, biar apa bisikan nafsuku bermaharajalela, biar sesibuk manapun urusan dunia, biar secetek manapun ilmu di dada, biar berdarah sekalipun hati terluka, InsyaAllah niatku mahu menyampaikan walau sekelumit cuma…Cukuplah Allah bagiku~ Moga Allah Redha…

Wasalam…

p/s: Maaf entri tdung labuh dan leukemia masih tergantung. Masalah internet dan laptop yg rosak sedikit sebanyak menyumbang kpd kelewatan. Akan di update sepantas yg boleh..biarpun tiada yg membaca,asalkan aku tahu ianya bermanfaat bagiku...Wallahualam

Lillahita’la,
Madusemalu
InsyaAllah…