Tuesday, July 26, 2011

Ternoktahnya Episod Cintaku

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Maafkan aku,
Aku tidak sekuat puteri Rasulullah,
Fatimah yang menjadi penghulu bidadari di syurga,
Aku hanyalah seorang hamba yang baru belajar erti pengislahan,
Yang banyak kali kali tertiarap,
Bangkit kembali,
Tersungkur lagi,
Bangun sendiri,
Terjatuh semula,
Ingin bangkit,
Tetapi tiada kekuatan,
Terasa lemah…
Aku bukan Fatimah Az-Zahra’ yang mampu mencintai Saidina Ali dalam diam,
Maafkan aku,
Imanku seperti gelora,
Namun banyak surutnya berbanding pasangnya,
Aku takut,
Terlalu takut andai cinta dalam diamku menyamai dengan cintaku kepada ALLAH,
Nauzubillah…
Maafkan aku,
Aku ingin mengejar cinta ALLAH,
Aku ingin mencintai pemilik cinta….
Aaaaahh~!,
Mengapa harus kuhulur kata maaf kepadamu,
Sedangkan kau sendiri tidak tahu,
Aku menyimpan hasrat padamu,
Maaf,
Maaf yang sebenar lebih layak untuk dipohon,
Untuk Rabbul Izzati…
Sampai di sini sahaja episod cinta aku,
aku mahu meletakkan titik noktah pada episod ini,
TITIK..!
Ya Allah,
Aku tahu selangkah aku mendekati-Mu,
Beribu langkah Kau menghampiriku,
Allah huakbar…T_T
Kau bantulah hamba-Mu ini Ya Allah,
Solehah itu ingin kugapai,
Biar nyawa bercerai dari badan,
Asalkan ajalku datang ketika aku mujahadah menggapai solehah.

p/s: Sahabat,bantulah diri ini sahabat.Aku merayu,bimbinglah n tegurlah hati ini.Terkadang aku terlalu lemah untuk bangkit  sendiri.Sanggupkah kau lihat aku tersungkur dengan baju yang koyak,luka yang yang berdarah tetapi tetap terbaring di situ,tidak mahu bangkit?.Aku tahu kau mencintaiku kerana Allah…dan aku juga takkan biarkan kau keseorangan…mari kita bergerak menggempur nafsu demi kejayaan solehah..

Taubatku,
Hanisolehah


No comments:

Post a Comment