Saturday, June 11, 2011

Seorang Daie Apatah Lagi Orang Awam

Oleh: Muhamad Zulhakimi Samsudin, Tahun 4, Perubatan, Universiti Mansoura


Imam Hassan Al-Banna
Sekiranya daie tidak berbuat, apatah lagi orang awam; masyarakat umum pasti meninggalkan perkara yang lebih besar dari itu.
 
Sekiranya daie tidak menunaikan solat sunat rawatib, maka orang awam atau masyarakat umum pasti akan ada yang meninggalkan solat wajib.

Ketika mana seorang daie tidak berpuasa sunat, maka orang awam pasti akan ada yang meninggalkan puasa wajib pada bulan Ramadan.


Ketika mana daie itu jauh daripada Tuhannya, apatah lagi masyarakat umum; mereka pasti lebih jauh lagi.

Sekiranya daie itu berselawat kepada nabi SAW pun jarang, jangan harap masyarakat akan selalu berselawat atau ingat pada nabi SAW.

Seorang daie yang mula luntur kasih sayangnya pada nabi, apatah lagi orang awam pasti lebih lagi.

Sekiranya solat seorang daie itu tidak khusyuk bagaimana pula dengan orang awam yang lain?
Memetik kata imam As-Syahid Hassan Al-Banna dalam salah satu ceramahnya  hari Selasa:
Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi :
“Tidaklah seseorang mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu amalan yang lebih utama daripada apa yang Aku wajibkan baginya “.
Telah berkata Ibn Hajj dalam salah satu bukunya: “Saya berpendapat bahawa amalan-amalan sunat dan rawatib bagi para ulama dan daie menjadi suatu kewajipan, kerana jika mereka mengabaikan rawatib, maka masyarakat awam menjadikannya alasan untuk meninggalkan kewajipan.”

Sebuah daulah tidak akan  wujud sebelum kita berani membina daulah dalam diri sendiri, memimpin daulah dalam diri sendiri, kita menjadi khalifah pada diri sendiri, mengawal hawa nafsu yang meliar pada diri, mengekang kehendak nafsu yang berbagai-bagai, membawa diri mengenal Tuhan dan berjalan seiring dengan perintah-Nya.

Ulama dan daie itu fungsinya hampir sama. Kalau seorang ulama yang sesat, akan ramai daripada masyarakat ini yang akan sesat. Begitu jugalah para daie. Takkan mungkin daie itu terpisah daripada diri mereka sendiri, mereka umpama sekeping syiling kepala dan ekornya, muka depan dan muka belakangnya menggambarkan diri duit syiling tersebut, begitulah daie. Dakwah daie itu terpalit pada diri daie, tidak dapat dipisahkan umpama syiling itu. Masyarakat akan memandang apa-apa yang dibuat oleh seorang daie, itulah islam.
“Kullu harakah medan wakullu harakah jihad”. Itulah akh yang diingini yang disebut-sebut oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, setiap pergerakannya adalah medan dan setiap pergerakan itu adalah jihad.

Sama-sama kita bermuhasabah saling membuat retrospeksi pada diri… Perkara yang kecil dipandang oleh seorang daie adalah besar dipandang oleh orang awam kerana daie adalah contoh untuk mereka mengenal islam yang sebenar. Lagi-lagi mereka yang sudah mengikuti gerakan islam. Bahkan mereka adalah seorang daie!

p/s: Allah huakbar..memang sangat-sangat terasa dengan artikel ini...jauh panggang dari api, bagai langit dengan bumi jika saya nak dikatakan seorang daie..Namun, jauh di sudut hati, saya mahu menjadi salah satu butir rantai-rantai perjuangan untuk menegakkan dan menyebarkan Islam..Tugas kita hanyalah menyambung dan bukan memulakan perjuangan kerana Nabi S.A.W. telahpun memulakannya dahulu..Artikel ini khas saya tujukan untuk diri saya sendiri.

**Artikel ini saya copy dan paste dari blog ISMA

Pencarian diri sendiri;
madusemalu

No comments:

Post a Comment