Tuesday, May 17, 2011

Aku Jatuh Cinta (Bahagian 1)

Bismillahirrohmanirrahim.....

        Assalamualaikum...

                Aku mula jatuh cinta..Indah sangat-sangat..Terasa segenap ruang sudut angle hati dipenuhi bunga-bunga..Sebuah perasaan yang sukar digambarkan ...Hanya hati yang pernah merasainya akan faham perasaan jatuh cinta ini...Aku Jatuh Cinta Pada Tudung Labuh sahabat-sahabat...=)

             InsyaAllah entri kali ini saya akan berkongsi cerita tentang bagaimana saya bertatih untuk mengenal dan menawan cinta saya terhadap tudung labuh. Sahabat, hijrah itu perlukan pengorbanan. Hatta mahu mengisi perut yang kelaparan juga memerlukan pengorbanan (iye ke anis??). Apa yang saya tahu dan saya sedari, sejak di bangku sekolah menengah lagi saya tertarik dan terpanggil untuk memakai tudung labuh suatu hari nanti. Sejuk mata memandang bila terlihat wanita yang memakai tudung labuh. Namun, layakkah saya untuk memakainya??..

Bermulanya Sebuah Hijrah 

Saya yang kiri sekali bersama-sama Hani dan Huda.. Alhamdulillah masa ni tengah tembam..=)

             Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Suatu nama yang tidak akan terdelete dalam external hard disk kehidupan saya. Di sinilah saya mula mengenali tudung bidang 50 inci. Lebih tepat lagi, pada awal semester 2. Saya membeli tudung-tudung itu apabila keluar outing di pekan Masjid Tanah. Tidaklah sampai berbelanja sakan dengan membeli tudung secara bundle banyak-banyak. Cukuplah dimulakan dengan tudung yang berwarna lembut. Geram jugak sebab susah nak dapat tudung warna hitam. Pada mulanya, saya memakai tudung yang labuh sedikit itu pada hari jumaat sahaja. Sekurang-kurangnya, dalam seminggu adalah sekali saya memakai tudung labuh sedikit itu.Saya tidak mahu mengambil perubahan secara drastik kerana saya takut perubahan itu tidak kekal. Terima- kasih kepada sahabat yang bernama Siti Hajar binti Ghazali kerana banyak memberikan dorongan dan hembusan semangat kepada saya.

             Namun, sebelum mengambil keputusan untuk memakainya, saya melakukan sedikit homework dahulu dengan bertanya kepada kakak-kakak yang sudah terlebih dahulu berhijrah dan saya juga kenal pasti apa niat saya untuk berhijrah. Saya tidak mahu perubahan yang dilakukan hanya ikut-ikutan semata-mata ataupun atas dasar fesyen. Oh ye, wahai kekuatan, di mana kamu??.. Sahabat, kekuatan itu tidak perlu ditunggu. Ia tidak akan datang kepadamu dengan bergolek-golek, melayang-layang mahupun terkedek-kedek. Kekuatan itu kita yang bina. Jika mahukan perubahan, bergerak ke arah itu, bina kekuatan. Pilih sahabat-sahabat yang dapat membimbingmu dan meniupkan semangat juang dalam dirimu. Pilih sahabat tidak bererti memilih sahabat.

            Jika dilihat dari segi latar belakang keluarga saya, tiada yang bertudung labuh. Namun, pendidikan pada zaman dahulu berbeza dengan zaman sekarang. Dahulu, sekolah-sekolah agama tidak banyak didirikan dan mereka kurang pendedahan dengan ilmu keagamaan. Menyedari hakikat itu, saya harus lebih kuat untuk berubah. Dari segi pemakaian tudung semasa di kampung iaitu di hadapan sedara-mara dan juga sepupu-sepupu lelaki, Alhamdulillah saya telah praktikkan sejak selepas peperiksaan SPM. Saya mulakan dengan memakai tudung bawal biasa. Walaupun agak lambat,, namun saya bersyukur kerana diberi Hidayah oleh Allah. Tidak dinafikan ada yang mempersoalkan dan memandang pelik dengan perubahan saya namun, saya tahu apa yang saya lakukan adalah untuk meraih redha Allah dan bukannya suatu jenayah. Sepupu bertanya, "Nak pegi mana ni pakai tudung?". Saya tersenyum dan berkata, "Saje je nak pakai tudung". Jawapan yang tidak menjawab soalan. Biarlah, saya tahu mereka faham akan hukum namun untuk menjelaskannya, saya masih belum punya teknik yang baik. Adik2 sepupu yang masih kecil ada juga yang bertanya. Ada juga yang memanggil dengan gelaran ustazah. Adakah ustazah sahaja yang memakai tudung dalam rumah ketika berhadapan dengan bukan muhrim?. Ini adalah satu mentaliti atau adat yang perlu diubah.

            "Ustazah Hanis"...Manis kan?? hehe perasan. Inilah panggilan yang saya terima ketika awal-awal memakai tudung bidang 50. Saya raikan panggilan itu, saya hanya tersenyum sambil mengaminkan kata-kata teman-teman saya itu. Percayalah, saya tidak marah pada kamu yang memanggil saya sebegitu. Think positive!. Kata-kata seseorang itu adalah doa. Teman-teman saya mendoakan agar saya menjadi seorang ustazah. Logikkah jika saya hamburkan kemarahan kepada mereka?. Waraskah jika saya marah pada mereka yang mendoakan perkara yang baik untuk saya?. Tak patut tak patut.... (sambil menggeleng2kan kepala dgn gaya yang sangat comel ^_^ ).

           Ya, pada mulanya saya kurang berkeyakinan untuk mengenakan tudung bidang 50 inci. Saya berperang dengan perasaan, berperang dengan bisikan halus hawa nafsu dan juga syaitan laknatullah. Saya tiada latar belakang sekolah agama. Maknanya, saya kurang alim tentang ilmu-ilmu keagamaan. Jadi, apabila bertudung 50 inci, orang akan berpendapat saya punya banyak ilmu agama. Saya rasa takut.... Ya betul, saya rasa takut. Bagaimana pula dengan pemakaian keseluruhan? Adakah saya telah betul-betul menutup aurat? Bagaimana dengan hubungan saya dengan Allah? Bagaimana dengan hubungan dengan keluarga, sahabat-sahabat, dan juga insan sekeliling? Bagaimana dengan hubungan sahabat muslimin? Bagaimana dengan tingkah-laku dan perwatakan saya?...Penat.....Lelah.......Kusut........Pelbagai persoalan yang timbul dan bermain-main di fikiran saya. Persoalan yang remeh-temeh juga saya fikirkan..

        Alhamdulillah, sesungguhnya kekuatan saya datangnya dari Allah. Allah yang memberikan Hidayah kepada hamba-hambanya. Setelah berjinak-jinak dengan tudung 50 inci, ianya telah mengubah diri saya. Saya lebih berhati-hati dalam pergaulan dengan bukan muhrim, saya belajar menundukkan pandangan, saya belajar cintakan majlis-majllis ilmu, saya belajar untuk lebih menjaga waktu solat, dan paling penting saya belajar untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Tudung yang tidak seberapa membuatkan saya malu untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Saya menghormati tudung saya. Saya juga menghormati mereka-mereka yang mengenakan tudung labuh dengan menjaga tingkah-laku saya agar tidak timbul fitnah, agar nama dan imej muslimah yang bertudung labuh tidak tercalar kerana saya. Saya tidak mahu kerana saya seorang, imej muslimah bertudung labuh habis busuk.

        Minggu demi minggu, saya semakin kerap mengenakan tudung 50 inci hinggalah habis pengajian saya di Kolej Matrikulasi Melaka. Oh ye, akhir semester 2 di KMM, saya berhabisan membeli baju muslimah sebagai bekalan di universiti. Hehehe habis duit..Apa-apa pun, Alhamdulillah....=D


Budak Baru Belajar;
madusemalu

            

      

5 comments:

  1. Salam 'alaik ya ukhti ...

    moga sntiasa istiqamah . utk mncari kekuatan itu amat mudah . brdampinglah dgn mrka yg berilmu ^_^

    ReplyDelete
  2. harap satu hari nanti saya juga mampu bertudung labuh. sangat suka lihat kawan2 lain yang bertudung labuh. sangat manis dan sopan.mereka lebih dihormati oleh kaum adam. kalau saya bertudung labuh mesti orang menganggap ilmu agamaye tinggi.walhal diri ini imanye sangat la nipis lebih nipis dari kulit bawang.

    ReplyDelete
  3. i'm not the one u know before..i miss my self before..i've change badly..i know, but i don't know..shame on me.. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hajar,,masih belum trlambat untuk berubah kembali....setiap org brbeza ujiannya..mungkin ini ujian untuk hajar..hajar mampu untuk laluinya...Jgan lakukan perubahan kerana semangat dan suasana tapi,,perubahan atas dasar aqidah n kefahaman..dear,,i also miss u,,the one i knew in KMM...=)

      Delete
    2. thanx anis..sori sbb lme x lepak dgn anis..ku malu dgn diri sndiri..doakn aku kat sini eah.sm0ga aku tabah mngejar sesuatu yg hakiki.. =)

      Delete