Monday, May 30, 2011

Bila Leukimia Menjengukku (Bahagian 2)

"Hanis, hanis da sedar ke?. Waah lenanya Hanis tidur. Ni mesti ada mimpi best-best ni", terkoyak senyuman di bibir Khairunnisa walau aku tahu hatinya tidak keruan. Maafkan aku sahabat kerana membuat kalian risau.  Jujur, aku sering rasa penat tidak tentu hala dan lelahku sering bertandang kembali. Lelahku sudah lama tidak berdamping denganku. Namun, sejak akhir-akhir ini, senang sahaja aku menerima kunjungan lelah.

"hehehe...tau takpe...Aku mimpi ada putera kayangan datang naik unicorn nak pinang aku...peergh, hensem gila", aku membalut kerisauan mereka dengan gurauanku. Aku hadiahkan sekuntum senyuman.

"Patutlah, lama gila kau 'tidur'. Lain kali jangan nak ngada-ngada 'tidur' time jalan dekat tengan-tengah jalan raya ea", Aisyah memberi amaran yang sangat prihatin.

"Eerm, yelah yelah aku janji. Aku ngantuk sangatlah tadi, tak sedar ape-ape pun".

"Ok, takpe-takpe. Hanis, kitorang dah hantar dah mini project Bio tu. Lepas ni kita semua tiada kelas kan? Jom balik kolej. Hanis kena banyakkan rehat dan tenangkan fikiran", Hafsah bersuara.

"Hanis, lain kali kita pergi klinik ya? Hanis buat la check-up dengan doktor. Tanya ape sebenarnya sakit Hanis ni. Pucat semacam je aku tengok ko", Hamizah bimbang.

"Pucat? ooooh, aku lupa pakai gincu lah, tadi kan nak cepat. Eh, jom lah balik kolej. Aku dah sihat dah ni. Boleh sahaja kalau nak berlari balik kolej ni", aku bergurau lagi.

             *********************************************************************

Aku duduk termenung di hadapan berandah menghadap ke Kolej Aminuddin Baki. Tersergam indah gunung-ganang yang merupakan sebahagian dari banjaran titiwangsa. Sangat menenangkan pemandangan saat ini. Subhanallah. Tanpa disedari, aku membenarkan fikiranku melayang-layang terbang dibawa angin petang.

Aku teringat tika Doktor Zamri mengungkap kata-kata yang sungguh menyentap perasaanku. Terasa kosong seisi dunia ini, hembusan nafasku terhenti seketika, anak mataku tepat menikam anak mata Doktor Zamri, berkaca-kaca pandanganku. Terasa ada batu yang maha berat menghempap pundakku. Aku seka air mata yang jatuh lesu ke pipiku. Namun, air mata itu terus-terusan mengalir tanpa mampu aku seka lagi. Biarlah ia mengalir. Di satu sudut, aku lihat ada sepasang mata yang sayu, juga mengalirkan air mata, tiada suara yang kedengaran. Hanya dadanya sahaja yang berombak-ombak menahan kesedihan yang teramat sangat. "Abaaah", aku berbisik. Mama yang berdiri sedari tadi jatuh terduduk. Juga tiada suara yang kedengaran. Sangat lain, tidak seperti selalu. Teringat dulu ketika aku mengalami kemalangan, tetapi Alhamdulillah hanya calar di muka dan tangan sahaja. Itupun mama sudah meraung di hadapan orang ramai. Tetapi kini, lebih teruk dari sebuah kemalangan. Mengapa tiada suara yang kau luahkan mama?. Ketika aku kemalangan dahulu, sejurus sahaja abah melihat keadaanku yang tidaklah terlalu teruk, dia terus keluar dari bilik. Kakak sepupuku mengatakan bahawa abah terlalu sebak sehingga tidak sanggup melihatku, abah mengesat air mata, itu yang diberitahu oleh kakak sepupuku. Aku menjadi bertambah sedih melihat keadaan abah dan mama sekarang. Basah sudah pipiku.

"Adik Hanis, dah berapa lama Hanis rasa penat-penat badan ni?", Doktor Zamri tagih jawapanku.

"Em, dah lama juga doktor, dari tingkatan 1 lagi. Saya selalu je tidur dalam kelas", Aku menjawab sambil tersenyum. Malu juga. Bukannya apa, nampak sangat aku tidak fokus ketika guru mengajar. Mungkin aku tidak tekun mendengar.

"Dari tingkatan 1? Dah lama tu. Doktor nak tau, Hanis ada rasa apa-apa lagi tak selain rasa cepat penat?

"Rasa lain? Emmm, entahlah doktor, tapi selalu jugak saya demam-demam malam. Adik saya selalu beritahu saya mengigau malam-malam," Aku mula bercerita.

"Selalu ye demam-demam malam? Dah berapa lama perkara ni berlanjutan?, berkerut dahi Doktor Zamri.

"Emm, dari tingkatan 1 jugak seingat saya. kenapa doktor?"

"Begini, air bone-marrow yang kami ambik tadi kami akan analisis. Dalam 4 hari lagi Hanis datang lagi ke sini ambik keputusan ujian", Doktor Zamri menulis sesuatu. Ligat tangannya di atas sekeping kertas. Emmm, tulisan doktor, tak faham aku.

"Baiklah doktor. Tapi kan doktor, doktor rasa saya ni sakit apa? Saya sihat je kan doktor? Ni ha, gemuk je badan saya ni. Saya malas nak pergi klinik sebenarnya, pergi hospital apetah lagi. Saya ni tak suka makan ubat. Tapi, mama saya yang paksa saya. Dia kata saya nampak macam orang sakit aja. Saya pun ikut je lah nasihat mama saya. Maaflah doktor, saya buang masa doktor", aku bercerita tanpa diminta.

"Hanis......"

"Ada apa doktor?"

"Saya harap Hanis dapat terima walau apapun ujian air bone-marrow Hanis nanti tu ya. Ha, jangan lupa jaga pemakanan. Jangan makan makanan yang banyak pewarna, makanan-makanan segera, dan jangan minum ais"

"Jangan doktor? Tak boleh makan langsung ke? Alaaa..."

"Kurangkanlah pengambilannya, kalau boleh jangan ambil langsung lagi baik", Doktor Zamri mengingatkan.

"Tapi doktor, doktor rasa saya ni sakit apa? Beritahu je lah doktor, takdelah saya tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya", lancar sahaja kata-kataku.

"Maafkan saya, pada pengamatan dan pengalaman saya selama menjadi doktor, saya rasa adik Hanis menghidap Leukimia", Doktor Zamri menundukkan pandangan. Mungkin berat baginya untuk memberitahu. Namun, berat lagi emosi untuk aku menanggungnya.

Leukimia.......Leukimia.........Leukimia......bergema-gema perkataan itu di gegendang telingaku.  Leukimia, bukannya aku tidak tahu penyakit itu. Masakan tidak, aku belajar Biologi. Sedikit sebanyak aku tahu bahawa Leukimia itu merupakan kanser darah di mana darah putih dengan rakusnya membunuh sel darah merah lantas membuatkan penghidapnya kurang daya tahan. Paling penting, apa aku tahu, tipis peluang untuk hidup bagi si penghidapnya. Namun, itu cuma telahan doktor sahaja, belum dibuktikan lagi. Maksudnya, aku masih ada peluang. Bukankah tiada penyakit yang tiada penawar melainkan kematian?.

Tiba-tiba, aku dikejutkan dengan sepasang burung yang bertenggek di ampaian baju di hadapanku. Kicauan mereka membunuh lamunanku. Romantis sekali mereka. Aku tersenyum sambil menyeka cecair putih yang mengalir keluar dari sepasang mataku. Malu jika dilihat oleh pasangan burung tadi.

Selepas 4 hari, aku kembali lagi ke Hospital Muar yang kini dikenali sebagai Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Jantungku berdegup dengan ganas. Hayunan langkah aku kecilkan. Aku meramas-ramas tangan yang basah. Hatiku tidak berhenti berdoa. Perlahan-lahan aku menapak ke bilik Doktor Zamri. Aku berdiri kaku selama beberapa saat di hadapan pintu biliknya. Mama meraih tanganku, melemparkan senyuman, dan mengangguk kepadaku. Aku dihujani kekuatan secara tiba-tiba. Dengan lafaz basmallah, aku mengetuk pintu biliknya.

"Masuk", suara Doktor Zamri kedengaran.

Mama, abah, dan aku segera masuk ke perut bilik Doktor Zamri dan terus melabuhkan punggung apabila dijemput duduk. Bibirku pucat. Ibarat menanti hukuman yang akan dijatuhkan ke atasku. Aku takut.

"Apa khabar Hanis? Nampak macam sihat je hari ni? Hanis jaga pemakanan tak?" Terpancar keikhlasan di wajah Doktor Zamri.

"Alhamdulillah doktor, macam nilah saya, sihat sahaja. Eerr, doktor............bagaimana dengan keputusan ujian makmal ke atas air bone-marrow saya? Bagaimana doktor? Betul ke saya ada Leukimia? Betul ke apa yang doktor telahkan tempoh hari? tidak betulkan doktor?", tanpa kusedari aku hujani doktor dengan persoalan yang aku takut untuk hadapinya. Aku takut. Mataku sudah berkaca-kaca.

"Em, Hanis...Leukimia boleh dirawat. Kita mempunyai teknologi yang canggih-canggih pada masa sekarang. Lagipun, terbukti ada pesakit Leukimia yang survive", doktor Zamri menjawab tetapi tidak menjawab soalanku.

"Apa maksud doktor?", bulat mataku memandang doktor Zamri. Setitik air mata sudah mula membasahi pipi.

"Hanis, percayalah, anda di antara yang terpilih oleh Allah untuk menghadapi ujian ini. Tentu ada hikmahnya awak diuji sebegini. Yang penting, awak jangan berputus asa. Kita ada pelbagai cara untuk merawat penyakit awak", doktor Zamri masih mampu melemparkan sebuah senyuman.

"Ya Allah.............Allah huakbar..........Alhamdulillah......", sungguh aku tidak mampu menyembunyikan kesedihan yang bermaharajalela saat ini. Aku ketepikan rasa malu. Aku menangis sepuas-puasnya dalam pelukan erat mama. Esakan tangisku semakin menjadi-jadi. Abah tersandar di pintu bilik doktor Zamri. Tiada butir jernih yang mengalir. Tiada air mata?. Mama mengesat air mataku dan mengucup pipiku berkali-kali. Doktor Zamri menjadi penonton yang setia tanpa diminta. Dia meneruskan bicaranya.

"Hanis, sabar ya. Jadi sekarang ni, awak perlu dimasukkan ke wad agar kami boleh pantau perkembangan awak dari semasa ke semasa",

".........................................................................................................................".

"Dan Hanis, jika awak berjaya melalui yang pertama ini dengan baik dan penyakit ini tak berulang untuk kali kedua, saya percaya, awak ada harapan...Dengar ni Hanis, awak ada harapan", doktor Zamri cuba memberikan sinar.

"Tapi doktor, kalau penyakit ni berulang untuk kali kedua bagaimana pula?", mama bersuara.

"Emmmm, maafkan saya, jika penyakit ini berulang untuk kali kedua, maksudnya.......................harapan tipis, sangat tipis!", doktor Zamri cuba berkata jujur.

Kami terpempan. Tiada kata-kata. Sunyi.

"Hanis, Hanis, ooooooh Hanis.....Laa, kat sini rupanya ko. Oi, layan jiwang ke?" Terkejutku dari lamunan dek suara Hamizah. Lantas aku menyeka air mata sebelum berpaling.

"Ish ko ni, terkejut aku tau tak? Cuba bagi salam, kan lebih bagus", aku tersengih.

"Assalamualaikum...ha dah bagi dah...Eh Hanis, ko nangis ke? Kenapa ni? Ko ada masalah ke? Ceritalah kat aku", Hamizah turut sama duduk sebelah-menyebelah denganku.

"Banyak sangat masalah aku ni, susah nak cerita", aku sugul.

"Cuba cerita, InsyaAllah sekurang-kurangnya boleh mengurangkan bebanan perasaan", Hamizah memujukku.

"Yang pertama, masalah fizik yang En Azman suruh buat tu, banyak lagi aku tak siap. Yang kedua, assignment Silat Cekak aku tak mula lagi. Yang ketiga..........", aku mahu meneruskan bebelan apabila Hamizah tiba-tiba memukul bahuku.

"Banyak la ko!. Ngarut je petang-petang ni. Malas aku nak layan ko. Aku masuk dulu la ea", Hamizah lantas mengangkat punggung.

            **********************************************************************

*Bersambung......

Sunday, May 29, 2011

Bila Leukimia Menjengukku (Bahagian 1)

"Hanis, bangunlah...anis,bangun bangun", kejut Hamizah...

"Ish, ko ni kalau tak tidur dalam bilik kuliah memang tak sah, ke laut aje kerja ko ni, dapat banyak tangkap ikan tak?" Bebelan dan tegurannya semakin panjang...

"eemm?? emmm~" Gumamku sambil menggosok-gosok mata...

"Ya Allah dia ni, penat je aku kejut dia, dia boleh tidur balik" Hamizah tidak puas hati...

       Entah mengapa sejak kebelakangan ini, aku berasa mudah penat dan mengantuk. Mungkin lambakan tugasan-tugasan yang harus disiapkan dalam masa yang singkat. Eeer, masa yang diberi sangat panjang, aku yang gemar membuat kerja last second, bukan last minute lagi. Mama selalu marah aku, "Ko ni kalau nak b***k baru nak gali lubang". Aku hanya tersenyum dan menjawab, "Mama, orang sekarang dah b***k kat jamban la mama". Ha itu la aku, orang tua bagi nasihat ada je jawapan yang nak dipulangkan. Namun, rakan-rakan lain juga lambat tidur tetapi mengapa tahap kepenatan aku kronik sangat ni??..Heeemmm, kurang vitamin kot aku ni...

"Eh Hanis, baru pukul 10.00, ko dah nak tidur dah? Tak cukup-cukup ke tidur dalam bilik kuliah tadi?" Hamizah juga merupakan rakan sebilikku, pelik dengan tahap ketiduranku...

"Haa? emmm, ngantuklah..Aku tidur dulu ea. Selamat malam. Assalamualaikum. I love you". Bisikku dengan mata yang layu.

"Walaikumussalam..Ish, ke laut je dia ni. Ok, selamat malam. Love you too ", ada nada tidak puas hati bercampur pelik.

       *********************************************************************

 "Ya Allah, penatnya aku hari ni. Mungkin sebab sekarang tengah banyak tugasan agaknya. Hampir setiap malam ada perjumpaan, ada sahaja yang nak dibincangkan. Tak mengapa Hanis, Hanis kan muslimah yang kuat! Bagaimana nak berjuang andai kalah dengan semangat dan kepenatan. Jangan manja sangatlah Hanis. Yes, Hanis boleh!" Aku menyuntik kata-kata positif dalam fikiranku. Ah, sering sahaja aku berperang dengan perasaan sendiri namun, untuk mengangkat bendera putih kepada bisikan-bisikan negatif, tidak sekali-kali. Kerap kali juga, aku seperti mahu mem'pengsan'kan diri kerana mahu melupakan masalah. Lawakkan? Mana mungkin hal itu terjadi. Aku masih punya kekuatan dalaman yang aku perolehi semasa menemui kekasihku tikaku bersujud.

"Hanis, kenapa hidung berdarah tu?Pertanyaan Khairunnisa membuatkanku tersentak.

"Eh, iyalah hidung aku berdarah. Kenapa ye? Sebab panas kot", aku mengelap hidung yang berdarah dengan tisu yang dihulur Aisyah.

"Terima-kasih", ujarku dengan senyuman namun di hati ini aku berteka-teki.

"Hanis rasa panas ke? Kan tengah musim hujan sekarang ni. Lagipun, baru sahaja lepas teduh hujan ni. Betul ke Hanis sihat ni?", Aisyah tagihkan kepastian.

"Ko fikir 'blue' ea Hanis, tu yang hidung berdarah tu. Haaa, ko fikir ape Hanis", Duga Khairunnisa.

"Nisa ni ade-ade aje. Takkanlah Hanis nak fikir benda-benda macam tu. Lagi-lagi, pada waktu sekarang. Ha, mini project bio kita macam mana? Esok lec nak kan? Kita 30% pun x siap lagi ni", ada riak kerisauan terpamer di wajah Hafsah. Oooh Hafsah, seorang wanita yang lembut dan mempunyai tarikan yang positif padanya.

"Emm, malam ni korang datanglah bilik aku ngan Mizah. Lepas Isya' ea, kita bincang-bincang apa yang patut, lepas itu kita bahagikan tugas masing-masing. Ala, jangan risaulah. Paling teruk pun, tak tidur malam je. hehehe betul tak?", Gurauku sambil terus mengesat darah yang mengalir keluar dari hidung.

"Ye Betul! Orait. InsyaAllah", sahut mereka hampir serentak.

"...............", Hamizah terus sepi tanpa mengeluarkan walau sepatah kata-kata, hanya bibir yang tulus mengukir senyuman. Hamizah memang begini, jika dirasanya mahu berkata-kata, dia akan  berkata-kata, jika tidak, kami perlu faham bahawa dia 'perlukan' silent mode. Jujur. Ya, aku suka.
 
         *********************************************************************

 *Allaaaaaaah huakbar Allaaaaaah huakbar~~~

"Alhamdulillah siap juga mini project. Wei korang, bangun bangun. Jom kita solat pastu mandi pastu jom pegi kampus", suara ceria wanita-wanita Ribena Khairunnisa memecahkan suasana hening subuh.

"Ya Allah, subuh dah ke?," Aisyah mengerling jam telefon bimbitnya. "Alhamdulillah, dapat jugak tidur walaupun 15 minit".

"Alhamdulillah, dapat jugak tidur sekejap. Tapi, sedih jugak sebab orang lain tak tidur buat Qiammullail. Saya tak tidur sebab wat assignment yang tak siap", Hafsah melontarkan nada kecewa.

"Maaf ea Hafsah. Semua ni salah Hanis. Hanis memang bukan seorang ketua yang baik. Sory ea", aku kesal.

"Eh, takdelah Hanis, kita kan satu kumpulan. Takde salah sape-sape sekarang ni", Hafsah tersenyum memujukku.

"Dah dah, jom balik bilik masing-masing, siap-siap nak pergi kampus", Khairunnisa mengingatkan. Nisa memang seorang yang antara paling awal sampai ke bilik kuliah. Tabik spring!

           ********************************************************************
"Eh Hanis, Hanis~!! Ya Allah Hanis, bangunlah..Wei korang, kita nak buat macam mana ni?" Khairunnisa hilang arah.

"Sabar nisa. Kejap kejap. Emmm, kita papah dia naik surau bangunan E-Learning. Kalau nak pergi klinik kesihatan UPSI jauh ni. Jom kita angkat dia", Aisyah mengutarakan pendapatnya yang berbau arahan. Jika dinilai Aisyah pada pandangan kasar, dia seorang yang agak tegas namun hati wanita seperti kerak nasi. Begitu juga Aisyah, dalam hati tertanam pelbagai jenis bunga.

"...............................................................", sementara sahabat-sahabatku risau akan keadaanku, aku hanya mampu tidur dengan lena sekali. Tidurlah wahai Hanis. Selepas ini pelbagai rintangan berduri yang harus kau tempuhi.

***Bersambung....

(Duduk di lepan laptop, idea datang tanpa diminta, jari-jemari terus menari tanpa merancang plot cerita dengan baik. Naaah, inilah hasilnya. Sekadar mahu membunuh masa, mungkin terselit pengajaran walau sedikit cuma).

Wasalam.

Mengingati kematian;
madusemalu

Tuesday, May 17, 2011

Aku Jatuh Cinta (Bahagian 1)

Bismillahirrohmanirrahim.....

        Assalamualaikum...

                Aku mula jatuh cinta..Indah sangat-sangat..Terasa segenap ruang sudut angle hati dipenuhi bunga-bunga..Sebuah perasaan yang sukar digambarkan ...Hanya hati yang pernah merasainya akan faham perasaan jatuh cinta ini...Aku Jatuh Cinta Pada Tudung Labuh sahabat-sahabat...=)

             InsyaAllah entri kali ini saya akan berkongsi cerita tentang bagaimana saya bertatih untuk mengenal dan menawan cinta saya terhadap tudung labuh. Sahabat, hijrah itu perlukan pengorbanan. Hatta mahu mengisi perut yang kelaparan juga memerlukan pengorbanan (iye ke anis??). Apa yang saya tahu dan saya sedari, sejak di bangku sekolah menengah lagi saya tertarik dan terpanggil untuk memakai tudung labuh suatu hari nanti. Sejuk mata memandang bila terlihat wanita yang memakai tudung labuh. Namun, layakkah saya untuk memakainya??..

Bermulanya Sebuah Hijrah 

Saya yang kiri sekali bersama-sama Hani dan Huda.. Alhamdulillah masa ni tengah tembam..=)

             Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Suatu nama yang tidak akan terdelete dalam external hard disk kehidupan saya. Di sinilah saya mula mengenali tudung bidang 50 inci. Lebih tepat lagi, pada awal semester 2. Saya membeli tudung-tudung itu apabila keluar outing di pekan Masjid Tanah. Tidaklah sampai berbelanja sakan dengan membeli tudung secara bundle banyak-banyak. Cukuplah dimulakan dengan tudung yang berwarna lembut. Geram jugak sebab susah nak dapat tudung warna hitam. Pada mulanya, saya memakai tudung yang labuh sedikit itu pada hari jumaat sahaja. Sekurang-kurangnya, dalam seminggu adalah sekali saya memakai tudung labuh sedikit itu.Saya tidak mahu mengambil perubahan secara drastik kerana saya takut perubahan itu tidak kekal. Terima- kasih kepada sahabat yang bernama Siti Hajar binti Ghazali kerana banyak memberikan dorongan dan hembusan semangat kepada saya.

             Namun, sebelum mengambil keputusan untuk memakainya, saya melakukan sedikit homework dahulu dengan bertanya kepada kakak-kakak yang sudah terlebih dahulu berhijrah dan saya juga kenal pasti apa niat saya untuk berhijrah. Saya tidak mahu perubahan yang dilakukan hanya ikut-ikutan semata-mata ataupun atas dasar fesyen. Oh ye, wahai kekuatan, di mana kamu??.. Sahabat, kekuatan itu tidak perlu ditunggu. Ia tidak akan datang kepadamu dengan bergolek-golek, melayang-layang mahupun terkedek-kedek. Kekuatan itu kita yang bina. Jika mahukan perubahan, bergerak ke arah itu, bina kekuatan. Pilih sahabat-sahabat yang dapat membimbingmu dan meniupkan semangat juang dalam dirimu. Pilih sahabat tidak bererti memilih sahabat.

            Jika dilihat dari segi latar belakang keluarga saya, tiada yang bertudung labuh. Namun, pendidikan pada zaman dahulu berbeza dengan zaman sekarang. Dahulu, sekolah-sekolah agama tidak banyak didirikan dan mereka kurang pendedahan dengan ilmu keagamaan. Menyedari hakikat itu, saya harus lebih kuat untuk berubah. Dari segi pemakaian tudung semasa di kampung iaitu di hadapan sedara-mara dan juga sepupu-sepupu lelaki, Alhamdulillah saya telah praktikkan sejak selepas peperiksaan SPM. Saya mulakan dengan memakai tudung bawal biasa. Walaupun agak lambat,, namun saya bersyukur kerana diberi Hidayah oleh Allah. Tidak dinafikan ada yang mempersoalkan dan memandang pelik dengan perubahan saya namun, saya tahu apa yang saya lakukan adalah untuk meraih redha Allah dan bukannya suatu jenayah. Sepupu bertanya, "Nak pegi mana ni pakai tudung?". Saya tersenyum dan berkata, "Saje je nak pakai tudung". Jawapan yang tidak menjawab soalan. Biarlah, saya tahu mereka faham akan hukum namun untuk menjelaskannya, saya masih belum punya teknik yang baik. Adik2 sepupu yang masih kecil ada juga yang bertanya. Ada juga yang memanggil dengan gelaran ustazah. Adakah ustazah sahaja yang memakai tudung dalam rumah ketika berhadapan dengan bukan muhrim?. Ini adalah satu mentaliti atau adat yang perlu diubah.

            "Ustazah Hanis"...Manis kan?? hehe perasan. Inilah panggilan yang saya terima ketika awal-awal memakai tudung bidang 50. Saya raikan panggilan itu, saya hanya tersenyum sambil mengaminkan kata-kata teman-teman saya itu. Percayalah, saya tidak marah pada kamu yang memanggil saya sebegitu. Think positive!. Kata-kata seseorang itu adalah doa. Teman-teman saya mendoakan agar saya menjadi seorang ustazah. Logikkah jika saya hamburkan kemarahan kepada mereka?. Waraskah jika saya marah pada mereka yang mendoakan perkara yang baik untuk saya?. Tak patut tak patut.... (sambil menggeleng2kan kepala dgn gaya yang sangat comel ^_^ ).

           Ya, pada mulanya saya kurang berkeyakinan untuk mengenakan tudung bidang 50 inci. Saya berperang dengan perasaan, berperang dengan bisikan halus hawa nafsu dan juga syaitan laknatullah. Saya tiada latar belakang sekolah agama. Maknanya, saya kurang alim tentang ilmu-ilmu keagamaan. Jadi, apabila bertudung 50 inci, orang akan berpendapat saya punya banyak ilmu agama. Saya rasa takut.... Ya betul, saya rasa takut. Bagaimana pula dengan pemakaian keseluruhan? Adakah saya telah betul-betul menutup aurat? Bagaimana dengan hubungan saya dengan Allah? Bagaimana dengan hubungan dengan keluarga, sahabat-sahabat, dan juga insan sekeliling? Bagaimana dengan hubungan sahabat muslimin? Bagaimana dengan tingkah-laku dan perwatakan saya?...Penat.....Lelah.......Kusut........Pelbagai persoalan yang timbul dan bermain-main di fikiran saya. Persoalan yang remeh-temeh juga saya fikirkan..

        Alhamdulillah, sesungguhnya kekuatan saya datangnya dari Allah. Allah yang memberikan Hidayah kepada hamba-hambanya. Setelah berjinak-jinak dengan tudung 50 inci, ianya telah mengubah diri saya. Saya lebih berhati-hati dalam pergaulan dengan bukan muhrim, saya belajar menundukkan pandangan, saya belajar cintakan majlis-majllis ilmu, saya belajar untuk lebih menjaga waktu solat, dan paling penting saya belajar untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Tudung yang tidak seberapa membuatkan saya malu untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Saya menghormati tudung saya. Saya juga menghormati mereka-mereka yang mengenakan tudung labuh dengan menjaga tingkah-laku saya agar tidak timbul fitnah, agar nama dan imej muslimah yang bertudung labuh tidak tercalar kerana saya. Saya tidak mahu kerana saya seorang, imej muslimah bertudung labuh habis busuk.

        Minggu demi minggu, saya semakin kerap mengenakan tudung 50 inci hinggalah habis pengajian saya di Kolej Matrikulasi Melaka. Oh ye, akhir semester 2 di KMM, saya berhabisan membeli baju muslimah sebagai bekalan di universiti. Hehehe habis duit..Apa-apa pun, Alhamdulillah....=D


Budak Baru Belajar;
madusemalu

            

      

Monday, May 9, 2011

Entri Suka-Suka =D

Bismillahirrohmanirrohim....=)

                    Assalamualaikum kengkawan...hehehe, Alhamdulillah pada 1/5/2011 saya selamat sampai ke Muar dalam keadaan yang tidak mabuk..Yahuuu~! satu kejayaan yang cukup besar bagi saya. Ngehehe...da lama sampai baru nak wat entri ni ek..erm biar la...=p Okay,,tak mau wat mukadimah panjang-panjang....ikutilah kisah yang mendebarkan ini...

Kronologi Sebuah Kisah Mistik

okay, ni la dia khazanah yang telahpun diterbangkan ke muar. Banyak kan?? Biasalah perempuan =) ...Tapi, beg yang besar tu penuh dengan buku tau....hehehe nak buat perpustakaan mini kat rumah...jemputlah datang ea...=)
Yezza~ mereka ni ditinggalkan di Perak..eh Hulu Selangor lar...mereka menumpang di rumah sewa Aisyah...thanks Aisyah =) Jasamu Dikenang...okay,,sem 2, ada 2 beg besar, sem 3 3 beg besar...maknanyer, sem 8 ada 8 beg besar la??? aigooo =O
Nyum3...ya, hobi saya adalah mengumpul lemak...ooops! he3...Terima-kasih banyak2 kepada ex-roomate saya iaitu Miza Mohamed...=D sedap3....Coklat sempena,,,perpisahan????? huh, tiada perpisahan dalam erti persahabatan...n_n.....

Okay, saya dah bersedia nak berlepas...Alamak, tertinggal beg khazanah negara pulak....

Beerrrkk~~! Alhamdulillah kenyang3....ce teka ni lembu bakar ke,,abu bakar ella?? he3 tolong gelak sikit....ok cukup...ni sebenarnya ayam bakar dengan arnab bakar....He3 seronok3...Kejadian berlaku pada malam 1/5/2011... =) Hari pertama sampai Muo...

Gambar itik gembo2 ni dengan yang kat bawah ni, Zahin(6 tahun) yang tangkap...

Sebahagian itik-itik yang sedang berbahagia tanpa perlu menyiapkan assignment...=) (Tolong senyum)
Tatadaaa~~ Inilah dia telur-telur itik yang sudah dimasinkan yang siap tuk dihantar kepada Pembeli. Alhamdulillah, setakat ni, tempahan paling banyak adalah sebanyak 1000 biji..*nak promote sikit...Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi di talian 012-9414760...AMARAN: Sila Call kerana Mama Saya Takde Kredit...

Aucaaak?? Comel kan? Ni lah anak arnab kesayangan mama...huh saboo je lar, jeles tau pagi2 lagi dah dengar mama berbual2 ngan arnab ni...ayat yang biasa dan acap kali digunakan: "Alalalala comelnyer, comelnyer....eeeee geramnyer, comelnyer comelnyer" (sila baca dengan intonasi yang mendayu-dayu) haa, jeles x? jeles kan? =(

Mereka ni adik-beradik...Sangat lincah,,bila terlepas, susah nak tangkap balik...Pengajaran, minumlah susu dugroo....(sila senyum).....tapi kan, mereka memang sangat syumeeeel kan, kan?? eee rase nak gigit je...

Ha??? Apa ni???  Ni la baby arnab yang baru berumur 2 hari...Birthday mereka 8/5/2011...Ada 5 ekor semua sekali...macam anak tikus kan??

Ini pulak campuran kapas yang abah letak dan helaian bulu-bulu mak arnab tadi...terharu bila tengok mak dia sanggup gugurkan bulu dia sebagai tilam untuk anak-anak dia...Terharu ='(....

Hehehe gambar senget...sila sengetkan kepala anda untuk paparan yang lebih jelas...em, nilah mak arnab tadi....Kasihan dia tau, tadi dia kena cirit-birit...kesian sangat2...Sebelum2 ni,,bila arnab kena cirit-birit, hari tu jugak dia mati...Tapi Alhamdulillah, tadi macam okay je lagi...Ce bayangkan kalau mak dia mati,,sape nak susukan baby2 dia?? Ha, mesti baby2 arnab tu pun mati jugak kan?? =( Harap2 esok mak arnab ni makin sihat, InsyaAllah...

Ha, yang ni keluarga arnab yang lain pulak...Adik-beradik mereka sebenarnya ada 8 orang ekor, tapi sekor da mati tinggal 7 ekor, mama selalu berbual ngan mereka-mereka ni lah...saboo je lar...

Ha, ni lah ibu mereka...Pandai ibu arnab ni jaga anak kan? takdelah dia buang anak dia kat dalam tong sampah ke, kat sungai ke, dalam lubang tandas ke...Dia jaga anak dia elok2 je sehinggalah anak2 dia membesar sebagai seekor juara....(ok, x nak senyum x pe)

MasyaAllah...comel sangat2 mereka neyh! Bila bukak je 'pintu' 'rumah' mereka, mereka terus berpusu-pusu nak dibelai...he3 mungkin mereka mintak makanan kot....

Tengoklah ni~~ Comel kan??


Comel3....Geram3....rase nak picit-picit je...heeeee~ =D

Ha ce perhatikan...ada seekor anak arnab yang mata merah....mata hitam sebenarnya dominant, mata merah recessive...sebab tu, ramai anak arnab ni bermata hitam...okay, teori ni dinamakan TEORI CIKGU HANIS..please take note...
Arnab yang hujung tu sebenarnya baru lepas putus cinta...Biasalah orang remaja baru putus cinta, mestilah sedih...tapi jangan risau, nanti saya nasihatkan dia eh??

Inilah dia antara arnab-arnab dan juga itik-itik yang ada di rumah saya...ada banyak lagi jenis-jenis arnab tapi susahlah nak tangkap gambar mereka, mereka suka tergedik-gedik bila dipegang =(....mereka rasa terancam kot...kesian mereka....Okay, rasa2nya dah takde pape yang nak dibebelkan lagi, he3 mengarut je anis kali ni ek?? Jangan marah....geram xpe...=)....ermmm,,cuma beberapa hari kebelakangan ni saya rasa iman saya sakit dan lemah, perlu dihantar ke wad ICU secepat yang mungkin...Ya, saya sedar itu...Bangkitlah wahai Hanis...Bila saya nak buat sesuatu perkara, terlintas di fikiran..."Alaa, cuti kan lama lagi, ada lagi 4 bulan"...Sedarlah wahai Hanis, kita x akan pernah pasti kita mampu menikmati sinaran matahari pada esok hari...Beribadahlah seperti hari esok kamu akan meninggal, dan bekerjalah seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi...Ya, mudah bagi mulut untuk menuturkannya...Mujahadah itu pahit...dan pahit itu ubat...dan yang pasti, HIJRAH SANGAT MENUNTUT PENGORBANAN....Bersabarlah duhai hati...

p/s: Nenek tanya: Between you(saya la tu,anak ke-2) and Izzat(anak ke-4), who is more younger? (AMARAN: Sila Alih Bahasa Kepada Bahasa Jawa).....Okay, motif??? He3 nenek mungkin menyampaikan maksud yang tersirat yang berbunyi : "Anis Comel"........(sekarang sila muntah hijau)

Kasihani Iman Itu Wahai;
madusemalu