Sunday, April 17, 2011

Biarkan Hatiku Menangis

Biarkan hatiku menangis, 
Mengadu dan merintih pada yang Esa,
atas segala dosa dan maksiat yg direlakan,
Betapa hitamnya hati ini tlah dinodai,
dengan segala macam palitan dosa,
 Ampunkanlah aku Ya Allah.
 Saatku sebut namaMu Ya Allah,
Mengapa hatiku tidak bergetar? Mengapa? 
Di mana hilangnya getaran itu??,
Hatiku kotor Ya Allah,
Hatiku kotor dengan titik-titik hitam.

Ampunkanlah aku Ya Allah,
Andai aku masih tidak mampu,
Untuk memahami dan menjiwai,
Bahawa Kaulah yang patut aku cintai saat ini,
Dengan segenap sudut hati.

Aku mahu mencintaiMu Ya Allah,
Tapi apa usahaku??,
Apa bukti cintaku padaMu??,
Sungguh,
Aku mahu getaran itu,
Aku mahu hatiku disalut rasa cinta yang mendalam padaMu Ya Allah,
Kurniakanlah aku hati yang bersih,
Kau campakkanlah hidayahMu kpdku Ya Allah,
Kau bimbinglah diriku ini Ya Allah,
Aku hina Ya Allah...

Biarkan,
Biarkan hatiku teresak-esak,
Di atas sejadah dan sujudku,
Menangislah wahai hati,
Menangislah sepuas-puasnya,
Mengadulah pada cintaMu,
Moga-moga,
helaian bulu mataku yang dibasahi air mata,
Menjadi saksi ketika aku disoal di sana,
Yang dapat menyelamatkan aku,
Dari seksaan api neraka yg dahsyat,
Menangislah,
Menangislah wahai hati....

"Dosa bagi orang yang beriman, bagai gunung yang menghempap. Hanya hati yang hidup sahaja mampu merasakan sedemikian".

"Orang yang beriman tidak akan melihat dosa itu sebagai satu perkara yang kecil".
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu(yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman,   dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah."          (Al-Anfal: 2)
"Sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri."     (Al-Baqarah: 222)
 Dalam ayat ini Allah menggunakan ayat perkataan tawwab, bukannya taaib. Tawwab adalah mereka yang mengulang-ulang taubatnya. Taaib adalah mereka yang bertaubat. Maksudnya di sisni Allah mencintai orang yang sering bertaubat, bukannya orang yang bertaubat sahaja. Orang yang sering bertaubat, taubatnya berkali-kali. Buat dosa, kita taubat. Kita jatuh, kita taubat. Berulang kali, berusaha mempertingkatkan diri walau tersungkur berulang kali. MasyaAllah, besarkan keampunan Allah??. Lihatlah, betapa Dia mencintai kita. Wajarkah kita tidak membalas cintanNya??.Jangan sombong dengan Allah! Kelak kita jauh dari rahmatNya...Nauzubillah...

Wassalam...

Aku mahu CINTA itu,
madusemalu                                                                        


No comments:

Post a Comment