Friday, April 29, 2011

YeeYeeyh Saya nak Buat Maksiat =)

Bismillah...

       Assalamualaikum dan Salam Pendidik Muttaqin....=) Yeyeh da nak abes exam untuk sem 2 sesi 2010/2011, Alhamdulillah..InsyaAllah hari Ahad, 1/5/2011 saya akan bertolak(naek bas,bukan tolak bas) ke Muar setelah lebih kurang 3 bulan x balik Muar..lama tuuuu...(tolong angguk sekarang)...he3 Yang bestmyer, saya naaaaak sangat buat maksiat sekarang ni...nak jugak~ nak jugak~ Biarlah kita nak buat MAKSIAT...kubur kita kan lain2 , awak sibuk nape?? sebab kubo kita lain2 la,saya nak tolong awak jgn buat maksiat..=D


Fakhrul, sini aku ajo ko cara nak buat maksiat ea..Peergh, bez giler..Tapi Fakhrul,sebelum buat maksiat kita kena ada syarat (syarat la plak)..-__-"

5 Peraturan Nak Buat Maksiat
        
Perhatian!! Adik-adik yang comel, meh sini akak ajo syarat-syarat nak buat maksiat..Pasni,adik-adik sume dipersilakan buat maksiat..Betul ni,akak tak tipu..Meh sini meh~


  1. "Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan makan rezeki-Nya"
             "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" Tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mahukah memakan rezeki-Nya?, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?", soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak(Ibrahim bin Adham) menjawab:

      2.  "Kalau kamu bermaksiat jangan tinggal di bumi-Nya"

          Syarat ini membuatkan lelaki itu terkejut separuh mati (nyawa-nyawa lelaki ikan). Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai hamba Allah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?". "Ya! Anda benar" 100 markah untuk anda kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

     3."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya"

          Lelaki itu terkejut beruk sangat dan berkata, "Wahai Ibrahim, apakah nasihat ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk-angguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim meneruskan.

       4. "Kalau malaikat maut datanghendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, "Ketepikan           kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".

                Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar lalu berkata, "Wahia Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini itu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?". Ibrahim menjawab:

         5. "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka pada hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya".

               Jawapan Ibrahim membuatkan lelaki itu insaf. Dia berkata, " Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak akan membiarkan aku menolak kehendaknya". Lelaki itu tidak tahan lagi mendengar kata-kata Ibrahim. Air matanya jatuh bercucuran. "Mulai saat ini, aku ingin bertaubat kepada Allah" katanya sambil teresak-esak.
Betul kata kamu itu wahai Ibrahim. Mulai saat ini aku bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Alhamdulillah ya Allah..
(Akak kat belakang tu pun tersenyum penuh syukur )saje je nak masuk dlm gamba



            eemmm....errrr....alaaaaa...ish....aduuuuh.....em ye la ye la, okaay saya tak nak buat maksiat lagi. Katakan tidak pada maksiat. Saya tau agak sukar untuk meninggalkan segala maksiat, tapi kita kan punya akal untuk berfikir. Mengapa perlu merendahkan darjat diri dengan melakukan maksiat yang terang-terang kita dah tahu hukumnya berdosa?. Bukankah kita ini hamba-Nya, dicipta untuk beribadah kepada-Nya, bukan untuk bermaksiat. Renung kembali apa tujuan kita hidup dan ke mana arah tuju kita selepas kematian. Pilihan di tangan kita. Syurga atau Neraka? Tepuk dada, tanya iman. Tahniah diucapkan kepada sesiapa yang mampu menghalang dirinya dari melakukan maksiat. Tinggalkan maksiat, barulah terasa nikmatnya Iman. Lazatnya maksiat tatkala pahitnya Iman. Selamilah kemanisan beribadat dan meninggalkan segala maksiat. Anda mampu mengubahnya! Ingatlah orang yang tersayang!...

Assalamualaikum...=)

Berusaha meninggalkan maksiat,
madusemalu

    

Monday, April 25, 2011

Kisah Tudung Labuh

Bismillah...

          Assalamualaikum sahabat2...entri mengenai tudung labuh memang saya nak post, tapi hampir berkulat dalam draft, InsyaAllah nanti-nantilah saya post...entri kali ni,,macam biasa,saya copy and paste jah dari sumber-sumber(bukan pusat sumber) yang boleh dipercayai...renung2kan dan selamat beramal...=)

Inilah Kisahnya

           Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM. Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

 " Awak, boleh saya tanya?"

 "Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

 "Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

 Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

 "Tapi kenapa ya?"

 "Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

 Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

 " Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"

 Dia mengangguk

 "Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

 "erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

 " Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

 "Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

 "Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

 "So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

 " Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

 "Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

 "Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"

 Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

 "Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

 Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut....


Dari Fikir Jadi Zikir,
madusemalu

Saturday, April 23, 2011

Apa itu Zina Hati dan Zina Mulut???

Assalamu’alaikum… saya ingin menanyakan tentang hadits ini: Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. telah bersabda yang artinya, “Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah). dan “Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua teling zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhazrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.” (HR Bukhari).
yang ingin saya tanyakan apa yang di maksud dengan “semua itu dibenarkan oleh kelamin atau d gagalkan”…? apakah yang dimasud disini zina seperti melakukan hubungan suami istri, atau hanya merasakan adanya getaran ketika sedang berbicara (tidak secara langsung dan tidak berdua), apakah hal tersebut termasuk zina hati…?
Jawapan
wa’alaykumus salaam…
Ungkapan “Dan semuanya dibenarkan atau ditidakkan oleh alat kelamin”, yang merupakan pengertian zina yang sesungguhnya, itu menunjukkan penjelasan terhadap “sesuatu” pada ungkapan-ungkapan sebelumnya.
Zinanya mata adalah melihat [sesuatu], zinanya lisan adalah mengucapkan [sesuatu], zinanya hati adalah mengharap dan menginginkan [sesuatu], sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu [semua]. … (HR Bukhari & Muslim)
Jadi, “sesuatu” yang hendaknya kita hindari itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin. Inilah yang dimaksud dengan “sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu [semua]“.
Dengan demikian, melihat nonmuhrim tidak selalu merupakan zina mata. Yang tergolong “zina mata” (berzina dengan mata) adalah melihat dengan syahwat. Misalnya: memandangi foto pornomengintip cewek mandi, dsb.
Secara demikian pula, menyampaikan kata-kata mesra kepada sang pacarbukanlah tergolong “zina lisan”. Yang tergolong “zina lisan” adalah yang disertai dengan nafsu birahi. Contohnya: ucapan mesum kepada sang kekasih, “Aku ingin sekali meletakkan mulutku ke mulutmu berpagutan dalam ciuman.
Dengan demikian pula, merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia bukanlah tergolong “zina hati”. Pengertian “zina hati” (berzina dalam hati) adalah mengharap dan menginginkan pemenuhan nafsu birahi. Contohnya: berpikiran mesum, “Kapan-kapan aku akan ke tempat kostnya saat sepi tiada orang lain. Siapa tahu dia mau kuajak ‘begituan’.”
Demikian pula untuk “zina tangan”, “zina kaki”, dan berbagai aktiviti mendekati-zina lainnya
Wallaahu a’lam.
p/s : Entri ni saya copy n paste dari sini. Jujurnya, ini ilmu yang baru bagi saya. Nampaknya, selama ni saya telah salah faham tentang maksud zina hati dan zina mulut..Alhamdulillah, sekarang dah tau =)...

Habis tu, macam mana nak atasinya?

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
  • Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

p/s: Yang ni pulak sumbernya dari sini. Selamat membaiki hati..(n_n)y....

Study Math for Science;
madusemalu

Sunday, April 17, 2011

Biarkan Hatiku Menangis

Biarkan hatiku menangis, 
Mengadu dan merintih pada yang Esa,
atas segala dosa dan maksiat yg direlakan,
Betapa hitamnya hati ini tlah dinodai,
dengan segala macam palitan dosa,
 Ampunkanlah aku Ya Allah.
 Saatku sebut namaMu Ya Allah,
Mengapa hatiku tidak bergetar? Mengapa? 
Di mana hilangnya getaran itu??,
Hatiku kotor Ya Allah,
Hatiku kotor dengan titik-titik hitam.

Ampunkanlah aku Ya Allah,
Andai aku masih tidak mampu,
Untuk memahami dan menjiwai,
Bahawa Kaulah yang patut aku cintai saat ini,
Dengan segenap sudut hati.

Aku mahu mencintaiMu Ya Allah,
Tapi apa usahaku??,
Apa bukti cintaku padaMu??,
Sungguh,
Aku mahu getaran itu,
Aku mahu hatiku disalut rasa cinta yang mendalam padaMu Ya Allah,
Kurniakanlah aku hati yang bersih,
Kau campakkanlah hidayahMu kpdku Ya Allah,
Kau bimbinglah diriku ini Ya Allah,
Aku hina Ya Allah...

Biarkan,
Biarkan hatiku teresak-esak,
Di atas sejadah dan sujudku,
Menangislah wahai hati,
Menangislah sepuas-puasnya,
Mengadulah pada cintaMu,
Moga-moga,
helaian bulu mataku yang dibasahi air mata,
Menjadi saksi ketika aku disoal di sana,
Yang dapat menyelamatkan aku,
Dari seksaan api neraka yg dahsyat,
Menangislah,
Menangislah wahai hati....

"Dosa bagi orang yang beriman, bagai gunung yang menghempap. Hanya hati yang hidup sahaja mampu merasakan sedemikian".

"Orang yang beriman tidak akan melihat dosa itu sebagai satu perkara yang kecil".
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu(yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman,   dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah."          (Al-Anfal: 2)
"Sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri."     (Al-Baqarah: 222)
 Dalam ayat ini Allah menggunakan ayat perkataan tawwab, bukannya taaib. Tawwab adalah mereka yang mengulang-ulang taubatnya. Taaib adalah mereka yang bertaubat. Maksudnya di sisni Allah mencintai orang yang sering bertaubat, bukannya orang yang bertaubat sahaja. Orang yang sering bertaubat, taubatnya berkali-kali. Buat dosa, kita taubat. Kita jatuh, kita taubat. Berulang kali, berusaha mempertingkatkan diri walau tersungkur berulang kali. MasyaAllah, besarkan keampunan Allah??. Lihatlah, betapa Dia mencintai kita. Wajarkah kita tidak membalas cintanNya??.Jangan sombong dengan Allah! Kelak kita jauh dari rahmatNya...Nauzubillah...

Wassalam...

Aku mahu CINTA itu,
madusemalu                                                                        


Thursday, April 14, 2011

Mengapa perlu disebutkan doa/tawakal/rintihan kita di status YM,Facebook,Myspace dan sebagainya?

Ini yang sering kita lakukan di status-status YM, Facebook, Myspace, Friendster, Twitter, dan seumpamanya.
Bukan apa, cuba kita fikirkan balik, hadirkah “kemanisan” itu dalam doa/ ibadat kita tadi jika sampaikan kita nak hebohkan pada semua orang? Bukankah sebaik-baik amalan adalah amalan yang manusia lain tidak tahu?
Dan ada juga kes lain, apabila kita bantu/sedekah orang lain, kita katakan:
“Eh,tak apa, saya ikhlas ni.”
Mana ada kemanisan “ikhlas” tu kalau kita nak cakap pada orang lain yang kita ikhlas? Bukan gitu?
Sebelum itu, saya lampirkan contoh2 status yang sering diungkapkan kita di Facebook dan sebagainya:

1)”Ya Allah, aku berdoa kepadaMu agar Engkau memelihara hati ini dari maksiat hati”
2)”Aku bertawakal kepadaMu Ya Allah setelah penat aku berusaha”
3)”Merintih kepadaMu agar Engkau terima taubatku”
5)”Alhamdulillah, hari ni dapat buka puasa macam biasa/dapat buat rakaman/berjaya dalam exam”
6)”Biarlah Engkau sahaja Ya Allah tahu akan kesedihan hati ini”
7)”Yeah!! Alhamdulillah.Saya dapat tawaran kerja/belajar/rakaman/bergambar/fasilitator/anugerah"
8)Aku REDHA dengan segala ketentuanMu Ya Allah
Maka, di sini, insyaAllah sama-sama kita ambil tahu apa itu :
-Ujub
-Riak dan Sum’ah
-Ikhlas
UJUB

Ia boleh diertikan dengan rasa kagum terhadap diri sendiri atau bahasa yang lebih mudah ialah “perasan”. Ia disebabkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki macam contoh dipandang alim, baik di khalayak kawan-kawan. Cuba kita fikir, bila kita dah buat status mcm contoh di atas, dan bila kawan beri respon yang semangat2, maka, takkanlah tak lahir sifat ujub dalam diri?
Imam Ibnu Taymiyah berkata:

الرياء من باب الإشراك بالخلق والعجب من باب الإشراك بالنفس
“ Riya adalah menyengutui Tuhan dengan mahkluk
dan ujub adalah menyengutui Tuhan dengan diri sendiri.”
Maksudnya bila seorang itu rasa kagum dengan blognya atau bacaan Qurannya yang sedap maka dia telah menyekutui Tuhan dengan dirinya sebab kehebatan blognya atau kesedapan bacaan Qurannya adalah daripada Tuhan. Kenapa dia kagum dirinya dan dalam masa mengetahui ia dari Tuhan? Sepatutnya dia hanya kagum kepada Tuhannya sahaja.
Nabi saw bersabda:

بينما رجل يمشي في حلة تعجبه نفسه مرجل جمته إذ خسف
الله به فمو يتجلجل في الأرض إلى يوم القيامة
“ Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakain dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah menenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Kita digalakkan untuk memakai cantik tetapi dilarang untuk merasa kagum dengan diri kita tetapi kita hendaklah melihat Allah yang memberinya nikmat.
Nabi saw bersabda:

ثلاث مهلكات شح مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه
“ Tiga perkara yang merosakkan: Sikap kedekut yang ditaati,
hawa nafsu yang diikuti dan rasa kagum dengan diri sendiri.”
(Hadis riwayat Bazzardengan sanad yang hasan.)
Imam Nawawi berkata:
“Ketahuilah bahawa keikhlasan akan terdedah dengan
penyakit ujub. Sesiapa kagum dengan amalannya
akan terbatal amalannya.”
RIAK DAN SUM’AH

Riya’: Melakukan amal Islam supaya dilihat manusia. Tasmi’e (sum’ah): Melakukan amal Islam berseorangan kemudian cerita amalannya kepada orang lain.

Kedua2nya membatalakan pahala amalan manusia walaupun sah amalan tersebut. Ulama mazhab Maliki berpendapat terbatal amalan tersebut.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
يكشف ربنا عن ساقه فيسجد له كل مؤمن ومؤمنة ويبقى من كان يسجد
في الدنيا رئاء وسمعة فيذهب ليسجد فيعود ظهره طبقا واحدا

Maksudnya: “Allah akan menyulitkan mahkluk pada hari kiamat. Semua orang beriman lelaki dan perempuan sujud kepadanya. Orang yang tinggal hanya yang sujud di dunia dgn riya dan sum’ah. Mereka cuba untuk sujud tetapi belakang mereka kembali menjadi tegak dan tidak mampu sujud.”
(Hr Bukhari 4919 dan Muslim 454 – sahih)
من سمع سمع الله به ومن يراء يراء الله به

Maksudnya: “Sesiapa yang sum’ah dan riya’ dalam amalannya
Allah akan membongkar perbuatan tersebut
kepada manusia pada hari kiamat.”
(Hr Bukhari 6499 dan Muslim 7477)
NAbi s.a.w bersabda:

إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر قالو يا رسول الله وما الشرك الأصغر قال الرياء

Maksudnya:Sesungguhnya perkara yg paling aku takuti ialah
syirik kecil. Sahabat2 bertanya: "Ya Rasulallah ape syirik kecil?
Baginda menjawab: ‘Riya' "
(Hadith Riwayat Ahmad)
Jenis riya’
Pertama: Riya Jali
Orang yang melakukan amalan tersebut dihadapan manusia. Ketika bersendirian tidak buat.
Kedua : Riya’ khafi Orang yang melakukan amalan yang sama samada dihadapan manusia atau bersendirian. Namun dia rasa gembira bila orang mengetahu amalannya. (Syekih Bajuri)

Fenomena riyak dan Sum’ah dalam kehidupan seharian
-Menceritakan amalannya/doa kepada manusia.(Status YM,Facebook,Twitter)
-Solat sunat di depan orang. Dekat rumah tidak buat.
-Pakai elok utk buat ibadat depan orang. Dekat rumah ala kadar.
-Tidak makan banyak depan orang. Ketika sorang2 makan banyak.
-Semangat buat amalan bila dipuji dan lemah ketika dikeji.
-Menggelokkan bacaan Al-Quran di depan orang. Masa sorang2 baca laju bukan main.
-Akhlak yang bagus dan manisss depan orang. Masa dekat rumah terok.
-Tulis kat blog,status ym atau mana2 yang menunjukkan dia ikhlas, beramal, berjuang dan amal2 Islam yang lain.
-Berpersatuan atau berparti kerana nak pujian dan jawatan.
*kisah riyak boleh dibaca lebih lanjut melalui post sebelum ini.
IKHLAS

Firman Allah s.w.t
إنما نطعمكم لوجه الله لانريد منكم جزاء ولا شكورا

Maksudnya: Kami memberi makan hanya kerana mengharap keredaan Allah s.w.t.
Kami tidak mengharapkan balasan dari kamu dan tidak mengharapkan ucapan terima kasih.
(Al-Insan: 9)

Ini petanda ikhlas ketika kita berbuat baik kpd org lain.
1. Tidak mengharapkan balasan.
2. Tidak mengharapkan ucapan terima kasih.

Apa pengertian Ikhlas?
Imam Qusyai ri telah berkata: Ikhlas adalah mengesakan niat pd tuhan semata2 dalm membuat ketaatan.
Diantara tanda2 ikhlas adalah seperti yg dinyatakan Imam Zu Nun alMisri ada 3.
1. Sama saje bgnya pujian atau kejian manusia.
2. Tidak mengingati amalnnya kembali. (contoh ingat amaln adalah kita berasa baik slpas buat amalan dan sepatutnya kita tak berasa ape kerana kita dah serah amaln kita pdNya)
3. Hanya menuntut pahala amaln diakhirat. (kita tidak membuat amalan kerana mengharapkan pujian dan kedudukan dcc manusia).
Contoh aplikasi, kita ceritakan kita dah tolong orang, dan lafazkan pada status untuk bacaan orang lain. Dan bila tak ada orang komen, mula rasa kecewa.Itulah kita.
KESIMPULAN

Saya nak lampirkan kisah “keistimewaan/kemanisan” ini dalam situasi kehidupan yang lebih difahami dan diterima pakai. Mana kemanisan/keistimewaan ibadat/doa/tawakal kita kalau kita apabila orang lain tahu.
Contoh:
1) Apabila sepasang couple yang tengah dinner kat restoran, mesti nak pilih yang mewah, yang senyap, sunyi, tak ramai orang, supaya lebih romantik. Supaya, mcm lebih istimewa(special) la dating itu.
Bila date nak manis saja,tapi ibadat? Nak masin.
2) Apabila nak calling girlfriend,atau boyfriend, mesti nak cari tempat yang senyap2, yang orang lain tak dengar, supaya dapat lafazkan kata2 manis. Sepatutnya kita senyap2 beribadat dengan Allah, barulah “special”.Kan? (*tapi saya tak bermaksud di sini couple itu boleh)
3) Apabila kita bersembang mcm2 dengan pakwa atau makwa kita , nanti bila dah masuk alam perkahwinan dengan mereka, kita dah ketandusan dialog2 “special/manis” untuk dikongsikan. Maka, hilang la kemanisan itu sebab kemanisan itu dah ditunjuk2kan terlebih dahulu. Samalah dengan doa/rintihan. Kalau kita duk asyik bercerita pada orang ramai, hilanglah kemanisan itu kita dengan Allah.

p/s: Saya copy and paste dari sini..He3 minggu study week menghibernisasikan blog...Ambillah iktibar dan muhasabah diri sendiri lagi2 diri saya yg sering lalai ini...beramal kerana Allah...=)

Salam Imtihan,
madusemalu 

Monday, April 4, 2011

seindah mawar berduri

Assalamu'alaikum dan salam kasih sayang.

Bagi MENJAGA hati penulis asal dan para pembaca, maka sedikit editing dilakukan. Semoga ianya bermanfaat bagi pembaca. Semoga tulisan dibawah ini tidak membuatkan penulis asal riyak dan para pembaca merasa iri hati. Bacalah, ambillah 'ibrah dan tinggalkan setiap yang tidak membawa manfaat.

....................

Akhir-akhir ini saya merasa senang melihat kebanjiran nama indah, ruang pena bergelar mawar berduri dan seumpama dengannya. Saya melihat dari sisi positif, setiap orang mahu berusaha ke arah kebaikan. Semoga cerita saya dapat dijadikan satu perkongsian buat kalian.

Saya juga dahulu seorang remaja, jiwa yang selalu ingin merasa dikasihi dan disayangi. Tetapi, saya selalu diingatkan oleh tarbiyyah keluarga untuk selalu menepis perasaan yang singgah. Bukan tidak meraikan naluri yang hadir, cuma menyimpan seketika sebelum tiba waktunya. Melihat ada dikalangan rakan-rakan yang mula bercinta, berdating dan meninggalkan fokus utama sebagai pelajar membuatkan saya mula meletakkan tanda aras bagi diri saya supaya dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan budaya couple.

Saya juga dahulu seorang remaja, banyak perkara yang menjadi gejolak hati membuatkan saya perlu berusaha untuk mencari jalan keluar dari masalah ini. Saya bukanlah dikategorikan sebagai perempuan yang cantik, namun setiap perempuan itu ada kelebihannya yang tersendiri. Semasa mengadakan discussion group atau dikenali sebagai study group, saya tergamam apabila sahabat lelaki saya meluahkan rasanya. Saya tidak mengenali ramai lelaki dan saya hanya berkawan dengan lelaki yang saya temui secara tidak sengaja, (seperti rakan sekelas) tetapi persahabatan itu tetap mempunyai garisan pemisah.

"Awak ada ciri-ciri yang saya nak jadikan isteri."

Dalam keadaan yang masih dihambat kesibukan sebagai pelajar, saya disentak persoalan sebegitu. Kalau sebelum ini, menerima kiriman surat dari secret admire, menerima kiriman salam dari para ikhwah, saya tidak mengendahkannya. Walau di hati bimbang perasaan ini akan melonjakkan lompatan syaitan atas kegirangan menundukkan hamba Allah, hati saya terus meruntun hiba dalam solat. Saya berusaha untuk menghilangkan setiap rasa yang mampir dengan segera solat tahajud dan taubat.


Sehingga berusia 17 tahun, akhirnya saya diajar oleh seorang akhawat yang selalu bersimpati dengan keadaan saya yang katanya seperti manisan yang dihurung semut. Disaat saya menangis dan meluahkan perasaan, akhawat tersebut tidak pernah lupa untuk mengingatkan bahawa setiap yang hadir hanyalah ujian bagi menguji kesungguhan cinta saya pada Allah. Saya redha, walaupun terus menangis hiba. Hanya Allah yang mengetahui.

Saya bimbang dan khuatir, kerana sabda Rasulullah bahawa tiada yang lebih besar dari fitnah wanita. Maka, saya selalu dihantui menjadi fitnah kepada ar-rijal walaupun saya tidak berkawan rapat dengan lelaki. Maka, sedari usia 17 tahun saya berusaha untuk istiqamah melantunkan bait-bait doa dan pengharapan semoga Allah menutup jalan-jalan fitnah kepada saya.

Akhawat yang simpati itu mengajar saya untuk melafazkan doa;

"Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi."

Dimana pengertian doa ini, Ya Allah kurniakan kepada ku cinta Mu, dan kurniakanlah kepada ku cinta insan yang mencintai diri Mu, dan jadikanlah cinta Mu pada ku lebih aku sukai dari air sejuk. Wallahua'lam.

Saya akur, saya selalu mengikrar pada diri untuk terus berdoa dan berharap. Sehinggalah suatu hari jalan 'jodoh' diberikan kepada saya. Saya solat istikharah dan merasa mungkin dialah jodoh saya, namun di sebalik semua itu ada pelbagai mehnah yang mengiringi sehingga hati saya berbolak balik apakah hikmah di setiap perkara tersebut. Tidak terjawab setiap persoalan yang menghantui saya, sehingga akhirnya saya meminta supaya Allah memberi jalan untuk saya, tunjukkan kekurangannya, singkapkan kekurangannya agar saya mampu untuk berkata TIDAK.

Akhirnya, satu per satu kekurangannya diperlihatkan. Saya tidak berkata dia tidak layak untuk saya yang serba kekurangan tetapi saya meletakkan harga yang sungguh mahal untuk menawarkan cinta kepada mana-mana lelaki. Saya bukanlah gadis solehah, tetapi saya mengharapkan agar saya diberikan kekuatan untuk mengikut langkah seperti srikandi agung yang harga cinta mereka adalah Allah.

Saya tidak sekuat srikandi pejuang agama namun rantaian perjuangan mereka yang saya susuri melalui kitab sirah sangat mengagumkan. Saya terus berdoa dan berdoa kepada Allah, tiada henti sehingga adakalanya saya seperti anak kecil yang berhajatkan sesuatu yang terlalu besar.

Saya pernah ditanya ramai orang, apakah ciri-ciri lelaki yang saya mahu jadikan sebagai suami. Saya tidak menyambut soalan itu dengan jawapan sebaliknya saya membuat muhasabah diri. Bukankah lebih baik saya memberi fokus untuk menjadi anak yang solehah, seterusnya berusaha untuk menjadi isteri solehah yang akan mendidik anak-anak sebagai ibu yang solehah. Saya meletakkan soalan mereka kepada saya, apakah saya layak dan mampu mendidik diri saya menjadi solehah?

Apakah kini ibubapa saya telah mendapat anak solehah?
Apakah suami saya kelak akan mendapat isteri solehah?
Apakah anak-anak saya kelak akan mendapat ibu solehah?

Saya berbesar hati dan berterima kasih pada setiap yang pernah bertanya kesudian diri ini menjadi sayap kiri pada perjuangan mereka. Namun, satu yang tidak mereka beratkan ialah ibubapa saya. Telah saya ikrarkan bahawa cinta saya harganya sangat mahal, untuk Allah.

"keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa"

Saya mahu mendapat keredhaan ibubapa yang selama ini memberikan kasih sayang secara eksklusif, mahal dan tiada setara dengannya. Makhluk Allah yang begitu saya muliakan selain Rasulullah. Mereka hampir dengan hati yang mahu membeli hati saya tanpa dahulu membeli hati kedua ibubapa saya, itu kesalahan terbesar mereka di mata saya.


Saya penat bersoal jawab dengan rakan, taulan, kenalan dari pelbagai latar belakang sehingga akhirnya saya meminta keizinan dari kedua ibubapa saya untuk menyarung cincin di jari saya. Bukan untuk mengaburi mata insan lain tetapi untuk mencari helah dari terus-terusan diberi pelawaan untuk menuju gerbang rumahtangga. Ibubapa saya memberi keizinan tersebut, dan saya aman seketika. Pada setiap yang hampir, saya hanya tersenyum dan menunjukkan jari manis saya yang sudah tersarung sebentuk cincin.

Saya tidak menipu tetapi saya membuat helah. Walaupun ada dikalangan sahabiah marah dengan tindakan saya, ada juga dikalangan keluarga yang tidak menyetujui tindakan saya yang seakan-akan 'declair' bahawa sudah ada yang mengisi kekosongan 'tersebut' namun saya pujuk juga hati yang terluka dengan mengatakan, ia dengan izin ibubapa yang lebih memahami hati anak gadis mereka.

"Kalau dah pakai cincin di jari manis, nanti bertunang dan menikah nak sarung di jari mana lagi?

"Nanti orang nak 'tanya' pun tak berani, dah pakai cincin awal-awal."

Saya telan kata-kata itu, adakala saya meluahkan segugus perasaan pada ibubapa tetapi mereka tenang sahaja. Dan saya tidak akan melupakan kata-kata bapa saya.

"Hanya yang berani untuk bersua dengan keluarga untuk bertanya 'status sebenar' sahaja akan mengetahui, dan dialah yang paling bersungguh."

Akhirnya, sehingga itu saya menutup kamus tentang jodoh kerana saya aman dengan janji Allah, saya merasa tenang dengan kata-kata bapa sebagai wali mujbir mengatakan bahawa hanya yang BERANI dan BERSUNGGUH sahaja mampu untuk tahu perkara sebenar. Saya biarkan sahaja persoalan jodoh.

Di saat sahahiah lain bercerita mengenai status isteri solehah, saya tidak menceburkan diri kerana saya sedang bermujahadah untuk mendapatkan status anak solehah.

Pelik bukan, kita selalu berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang jauh dari kita tetapi kita tidak memanfaatkan apa yang hampir dengan kita. Sebagai anak gadis, apakah lebih manis apabila kita memberi seluruh usaha solehah untuk menjadi anak solehah kerana seorang anak yang tolehah tidak akan mampu dengan lafaz ijab dan qabul terus berubah menjadi isteri solehah, ianya perlu pada lentur nafsu dan ego.

Apabila ibubapa meredhai diri kita, insya Allah kelak suami juga akan mudah untuk meredhai kita kerana kita sudah berusaha untuk menjadi anak solehah, kemudian meletakkan diri di tempat berbeza, usahanya masih menggunakan aras yang sama iaitu menjadi solehah. Kalau kita tidak mampu menjaga hati dan perasaan ibubapa, adakah kita mudah untuk melentur diri untuk memuaskan hati dan perasaan seorang suami?

Saya menghilangkan diri di tengah kesibukan sahabiah lain yang sedang menyiapkan diri untuk menuju gerbang rumahtangga. Saya menyorok dari setiap lenturan emosi dan akhirnya saya hanya punya satu kekuatan iaitu menanam yakin pada Allah.

Siapa saja jodoh saya bukan pilihan saya, bukan juga pilihan ibubapa saya tetapi pilihan Allah untuk saya.

Dan harga cinta saya terlalu mahal, untuk Allah. Bagi membeli hati saya, dia haruslah terlebih dahulu membeli hati ibubapa saya kerana saya masih mempunyai ibubapa yang berkuasa mutlak atas diri saya. Mereka berhak ke atas setiap perkara yang bersangkutan dengan urusan dunia juga akhirat saya.

Dalam kesibukan menghilangkan diri di tengah hiruk pikuk keadaan, saya diberitahu oleh bapa saya tentang lamaran seseorang. Saya cuba menenangkan diri, mencari tahu siapa orang yang BERANI dan BERSUNGGUH tersebut. Bapa saya menjadi orang yang paling mendamaikan, ibu pula bertindak menjadi penasihat. Akhirnya, telah Allah beritakan bahawa yang paling BERANI dan BERSUNGGUH itu ialah orang yang telah membeli hati ibubapa saya. Bukan membeli hati saya seperti sebelum ini.

Saya katakan kepada ibubapa, mereka telah membeli hati ibu dan bapa saya tanpa membeli hati saya tetapi saya akan menghadiahkan cebisan hati saya untuknya. Dia tidak berjual beli dengan saya tetapi dia berjual beli dengan Allah, kerana saya telah katakan seperti awal tadi, cinta saya untuk Allah. Dan sebagai pembeli budiman yang membeli cinta Allah, saya menghadiahkan kalungan penghargaan untuknya dengan memberikan cebisan hati saya untuknya tidak lain atas kerelaan dan keredhaan ibubapa yang mengharapkan bahawa dia adalah pilihan Allah untuk saya.

Pada si mawar yang berusaha untuk menjadi mawar berduri, pesan saya bersungguhlah membenteng diri walau ada ketika dan masa ada kumbang yang cuba menyentuh duri yang memagari dirimu, bukan mereka tak tahu tajamnya sakit tusukan durimu tetapi mereka rasakan bahawa itu adalah usaha. Pesan saya, teruslah memagari diri dan jangan biarkan sehingga kumbang-kumbang itu membuatkan jasadmu terluka dengan usikan-usikan liar.

Ada kumbang yang sekadar memberi salam dan berlalu.
Ada kumbang yang singgah bertanya kesudian mawar indah.
Ada kumbang yang mahu menguji sejauh mana tajamnya durimu.

Anggaplah setiap yang hampir adalah UJIAN untuk lebih bersama dengan Allah, supaya lebih akrab dengan Allah. Yakinlah, Allah sentiasa ada untuk mendengar suara hati kita. Bahagialah atas ujian Nya kerana janji Allah, setiap kesulitan akan diiringi dengan kemudahan.

Saya minta sedikit, tetapi Allah berikan kepada saya jauh lebih besar dari apa yang saya pohon. Satu saja yang ingin saya katakan, cintakan Allah tiada kecewa.

.................

Ana mahu dedikasikan perkongsian ini dalam blog kerana ana sayangkan ukhtun di luar sana, ukhtun fil islam yang sedang bermujahadah. Semoga kita sama-sama memberi cinta kepada Allah. Ana sempat bold beberapa part yang ana anggap sebagai 'penting'. Wallahua'lam.


Ana sayangkan antunna.


p/s: entri kali ni saya copy and paste sahaja dari blog ni..anis suka sgt blog ni...=)... 

Solehah to be;
madusemalu