Thursday, February 24, 2011

Untuk Anak-Anak Ummi


 Assalamualaikum dan salam mujahadah...=)


                      Post kali ni ummi tujukan untuk bakal anak-anak ummi yang bakal lahir beberapa tahun akan datang...InsyaAllah...semua itu ketentuan Allah...Ummi cuma mahu kalian tahu bahawa sebelum kalian lahir lagi,,ummi telahpun mencintai kalian dengan sepenuh jiwa dan raga kerana kalian adalah amanah Allah untuk ummi dan abi...(mesti korang suspens kan?? =) aq hanya mampu tersenyum)


                      Anak-anak ummi, bila kalian besar nanti dan sudah mampu membezakan yang baik dengan yang buruk, dan sudah mampu memikirkan akan hakikat sebenar kehidupan,, ummi mahu kalian dengar nasihat dan kata-kata ummi... dan sebagai balasannya kalian mempunyai hak untuk menegur abi dan ummi..lebih2 lagi ummi,,tegurlah ummi kerana ummi adalah seorg wanita yang mempunyai 9 nafsu dan 1 akal...


                     Sayangku,,pada post kali ini,,ummi mahu kalian tahu yang ummi sgt2 syg pada mama dan abah iaitu datuk dan nenek kalian. Ummi sayang mereka, kerana merekalah ummi mampu bernafas di atas muka bumi Allah ini...dan tanpa mereka,,tiadalah kalian...Syukur Alhamdulillah ummi dilahirkan untuk menjadi anak kepada mama dan abah....Oleh itu,,ummi mahu menjadi anak yang solehah...Kalian tahu? bukan senang mahu menjadi anak yang soleh dan solehah...dan ummi sendiri entah mampu ataupun tidak untuk mencapai anak yang solehah..Tapi yang penting,,ummi berusaha untuk mencapainya...


                      Sayangku,,ummi mahu kalian mengingatkan ummi tentang betapa pentingnya seorang anak menyayangi kedua ibu bapanya,,ummi mahu kalian menegur ummi supaya selalu bertanya khabar datuk dan nenek kalian di kampung,,ummi mahu kalian mengingatkan ummi supaya berusaha berbakti dan membalas jasa kepada kedua ibu bapa walau hakikatnya tidak akan pernah terbalas jasa kedua ibu bapa oleh anak-anaknya.... Ummi mahu kalian ingatkan ummi betapa payahnya datuk dan nenek kalian membesarkan ummi 8 orang adik-beradik...Ummi mahu kalian bacakan kembali apa yang telah ummi nukilkan di atas kanvas sepi ini....


                  "mama abah,,anis sayang mama dan abah sangat2,,anis tahu anis banyak sangat dosa pada mama dengan abah..anis selalu buat mama dan abah menitis air mata..Teringat sewaktu kecil dahulu,mama sampai terpaksa ikat anis dengan kain kerana tidak mahu anis bergerak..setelah diikat dengan kain seluruh badan,,anis masih degil,,anis bergerak seperti ulat...Sungguh,,anis begitu nakal sewaktu kecil,,seperti lelaki lagaknya perlakuan anis...Namun bila anis menceritakan kembali kenakalan anis pada mama,mama tidak ingat...Mungkin inilah kuasa Allah,,bayangkanlah jika mama ingat semua kenakalan anis dan 7 orang adik beradik yang lain...sudah tentu mama dan abah berasa tertekan...mama,,halalkan air susumu sewaktu kecilku...Mama, terima-kasih sangat2 kerana mendidik kami,,mama memang seorg yang tabah kerana mampu menguruskan kerjaya,,rumah,,dan kami tanpa bantuan orang gaji...abah,,halalkan segala-galanya yang telah kau berikan padaku...Abah,,betapa banyaknya keringat yang telah abah tumpahkan kerana kami...kulitmu menjadi gelap dek kerana terlalu lama bermandikan cahaya matahari...dan anis tanpa segan silu,,tanpa memikirkan perasaanmu bergurau tentang warna kulitmu..abah hanya tersenyum dan melayan kerenah anis yang kebudak-budakan...mama,abah,,ampunkanlah anis atas segala dosa-dosa anis yang anis buat..walaupuna anis jarang ungkapkan yang anis sayang pada mama dan abah...Ketahuilah bahawa anis malu dan anis sememangnya terlalu sayang pada mama dan abah...mama dan abah,,doakanlah anis supaya menjadi seorang yang solehah..."


                   Sayangku,,inilah gambar datuk dan nenek kalian sewaktu mereka muda lagi hensem dan cantik.Datuk dan nenek kalian merupakan seorang pendidik. Mulia kan tugas tu anak-anak ummi??...Gambar ni ummi yang ambil sewaktu mereka gigih menambah pendapatan untuk keselesaan ummi yang berada di universiti juga pak cik dan mak cik kalian yang berada di asrama dan masih menuntut ilmu...Mereka sanggup bangun awal pagi dan terus ke kebun sedang adik-beradik ummi yang lain masih lena,,enak dibuai mimpi yang entah apa-apa...ummi pun kadang2 begitu juga...Melihat mereka gigih bekerja,,ummi mahu sangat2 membalas jasa mereka..Ummi mahu satu hari nanti,,mereka hanya perlu duduk di rumah dan menanti kepulangan anak-anak..tanpa perlu bekerja lagi...Cukuplah waktu muda mereka habiskan untuk kami...Hingga kadangkala kesihatan mereka terabai dan sering kali jua mereka menidakkan keinginan mereka semata-mata untuk memenuhi keinginan anak-anak mereka yang ternyata tidak pernah merasa puas...




                
Ni gambar ayah ummi..go go caiyok...gambate~!!!


syurga ummi terletak di bawah telapak kaki insan mulia ini....


he3 sengetla plak gamba ni...





syian mama ummi..mesti penat...i luv u mama~!!!


sempat lagi senyum...comelkan??? =D


gaya mama semasa menoreh getah...ummi tidak diberi peluang menoreh...
sebab takut pokok getah rosak....=)


susu getah yang sedang mengalir...


ni cendawan..sedap tau cendawan ni bila dimasak...jarang sangat nak jumpa cendawan ni,,,sebab mereka tumbuh atas kayu mati time selalu hujan...
ini dia getah yang telah di'bangkit'...bau harum semerbak....=)

Eh?? cendawan lagi?? sedap tau cendawan masak lemak...nyum3~ xp




haa~ yg ni namanya pokok Tenggek Burung...sejenis ulam...sedap tau ulam ni...=D


Hehehe...gambar2 ni ummi tangkap masa mama dan abah sibuk menoreh kat kebun...Ummi x menoreh,,cuma tolong kutip getah je...dan tolong bising... sebab x tahan nak buang air besar sangat2!!!....wangi tau bau getah tu...lebih dari sehari jugak bau tu nk hilang walaupun dah cuci tangan dengan limau...tapi itu semua tak penting...Yang penting,,keringat mama dan abah tuk mencari rezeki tuk anak-anak mereka....last but not least,,jauh itu tidak diukur oleh jauhnya jarak yang memisahkan tetapi, jauh itu dapat diukur dengan betapa jauhnya hati yang tidak bertaut dengan ikhlas kerana Allah...dan diharap dengan sepotong doa yang dikirim ikhlas dari hati yang merindu,,dapat mengurangkan jarak yang memisahkan..Mungkin doa itu lebih bermakna pabila dilafazkan di kejauhan...Hanis rindu dan sayang mama dan abah sangat-sangat...T_T


"Ya Allah, Kau sihatkanlah tubuh badan kedua ibu bapaku Ya Allah. Kau limpahkanlah rahmatMu keatas mereka. Kau sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku sewaktu kecilku. Ya Allah, kau panjangkanlah umur mereka,berikanlah mereka kesempatan untuk melihat kejayaanku. Kau berikanlah aku kesempatan untuk membalas jasa mereka Ya Allah. Kau berikanlah mereka kesempatan untuk menunaikan haji di kota Makkah Ya Allah. Kau berikanlah aku kesempatan untuk membantu mereka menunaikan haji. Kau berikanlah mereka kekuatan Iman dan takwa dalam melayari mehnah dan tribulasi dariMu ya Allah. Kau jadikanlah mereka di antara golongan orang-orang yang soleh"
Amin Ya Rabbal Alamin...



Hatiku menangis lagi;
madusemalu

1 comment:

  1. selain doa...biasekan diri utk mengungkap kate2 ini-
    "anis syg mama ngn abah ye".. selagi mereka ade utk tros setia mendgr, slgi mereka ada untuk memblasnye. mgkin 1hri nnti xkan mampu mereka membalasnya lg. ketepikan malu, krn mama n abah anis barangkali tidk pernah merasa malu untuk mencium, memeluk dan menyatakan syg nya untuk 8 anak2..
    skdr pulau kecil di tepi laut, tiada apa yg menarik tp andai kata kita mmpu mencri keistimewaan nya pasti kita berasa bert hti untuk mnggalkan pulau itu..

    ReplyDelete