Monday, January 31, 2011

Aku Dilamar Ketika Aku Masih Bertatih

Bismillah...


Assalamualaikum dan salam nikmat penuh kesyukuran....


            Aku Dilamar Ketika Aku Masih Lagi Bertatih...Saat aku dilamar, jantungku berdegup penuh kencang...Rasa terharu memenuhi segenap ruang hati..Alhamdulillah ya Allah,,Kau memberi peluang yang begitu besar ini pada diriku yang hina...Sesungguhnya Kau Maha Mendengar...Sememangnya peluang yang datang kepadaku melalui perantaraan kakak yg baru kukenali dan juga sahabat2 amat membuatku terharu...Ya, aku berniat untuk berdakwah keranaMu Ya Allah..Tetapi,,kata-kata niatku itu ku lafazkan di dalam hati,,sungguh Allah Maha Besar,,Dia tahu apa yang terdetik di hati hambaNya,,dan kini Dia makbulkan doaku itu...Lantas,,titik-titik jernih segera membasahi pipiku...Alhamdulillah,,Alhamdulillah,,Alhamdulillah...Dia Maha Mendengar...


              Ketika lamaran diterima...untuk menjadi naqibah...aku muhasabah diriku..Terlalu banyak cacat celanya akhlakku,,terlalu compang-campingnya ibadahku,,Sekuat akar tunjangkah imanku???...Aku sendiri menganggap diriku ibarat anak kecil,,,ibarat anak kecil yang masih baru belajar,,tidak mahir di laluan ini,,masih lagi bertatih,,belum mampu berlari,,dan kadang-kadang aku jatuh tersungkur,,lemah tidak berdaya...Habuk-habuk yang melekat di pakaianku tidak mampu aku bersihkan lantaran tanganku berdarah...Jika begini keadaanku,,bagaimana harus aku papah insan lain ?? Bukan aku tidak mahu membantu,,cuma aku sendiri perlukan bantuan orang lain untuk bangkit meneruskan ayunan langkah...Aku perlukan insan lain untuk membimbing setiap langkahku agar ianya tidak tempang dan tetap teguh di jalan yang lurus..


             Muhasabah lagi.....Ya,,aku memang mahu membimbing insan lain ke arah kebaikan..tetapi,,aku bimbang,,aku tersangat bimbang jika aku ini ibarat seekor ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus...Ya Allah,,tidak sanggup rasanya jika aku tersilap percaturan dalam membimbing insan lain...Ditelan mati  mak diluah mati bapak..tetapi aku harus memberikan kata putus kepada kakak yang melamarku itu...Sungguh aku berada di persimpangan...Kemaafan aku pohon kepada kak kimah yang melamarku...Ya,aku tolak lamarannya...Maafkan aku..Bukannnya aku tidak mahu,cuma aku belum bersedia...


              Suatu hari,,di dalam "taman permainan" baruku,,aku bertemu lagi dengan kak Kimah dalam 1 majlis ilmu..Kak Kimah belum putus asa..Dia mengatakan bahawa mereka kekurangan naqibah..Aku mengatakan bahawa aku tidak layak dan ramai lagi insan lain yang lebih sesuai untuk menyandang dan menggalas amanah itu. Kak Kimah mengatakan aku layak dan mahu aku belajar mengubah diri sendiri dan pada msa yang sama mengubah orang lain..OOh,,aku tidak punya kekuatan...Lantas,aku mencadangkan beberapa nama..Aah,,lega rasanya..Mengapa perlu berasa lega???...


              Beberapa hari berlalu..tidak kusangka Kak Kimah masih tidak berputus asa. Insan yang kucadangkan namanya juga menolak lamaran yang diterima...Pujuk punya pujuk,,psikologi demi psikologi...ditambah dengan sedikit perangkap...Nah,,pelanduk sudah masuk perangkap! Entah bagaimana,,bijak sungguh Kak Kimah memasang 'perangkap'..Lantas,,aku pun terjerat..Namun,,jerat ini tidak sakit sama sekali...Jerat ini seakan-akan melahirkan aku yang baru..Jerat ini seperti pembakar semangat juga pendorong yang jitu yang mendidik aku untuk menjadi lebih baik dan lebih yakin...Yakinkah aku???....


               Wahai jerat..Entah mengapa,,aku mula menyintaimu,,aku sering terfikir akan dirimu..aku menjadi pelik kerana aku menyenangi kehadiranmu..Wahai jerat yang aku cintai,aku tidak mahu meninggalkanmu.Kau penjaralah hatiku ini..Aku pasrah...Ya Allah,,aku serahkan hatiku ini padaMu ya Allah..Sungguh,,aku gembira menjadi banduan di dalam jerat baruku ini..Aku tidak mahu meninggalkannya....Sungguh.....


               Jika aku bahagia menjadi banduan di situ,aku juga mahu sahabat lain merasai kebahagiaan itu. Aku harus memujuk mereka supaya kami berjalan seiringan dan senada. Bahagiakah mereka dan relakah mereka menjadi banduan di dalam penjara ini? Aku harus bijak dan kreatif merancang dan melaksanakan aktiviti agar hati mereka tertarik untuk menjadi penghuni tetap penjara ini...Yang pasti,,penjara ini bukan penjara biasa..Penjara ini mampu menjinakkan hawa nafsu, mampu melembutkan dan menenangkan hati, mampu memperbaiki akhlak, mampu membahagiakan siapa sahaja yang masuk ke dalamnya..Asalkan,,niat itu ikhlas kerana Allah...Dan aku,,aku bukan polis yang punya kekuatan untuk menangkap seterusnya menghumbam pesalah2 ke dalam penjara.Aku hanyalah salah satu banduan yang hanya mampu mengajak dan memujuk insan lain untuk sama merasai kebahagiaan di dalam penjara ini...Awak! Sudikah awak bersama-sama saya di dalam penjara ini???....


"Semoga aku terus Istiqamah dalam mengubah diri sendiri. Aku bukan ibu ketam. Aku mahu menjadi mutarabbi yang dididik dan mendidik. Semoga niatku lurus kerana Allah. Bantulah aku sahabat, aku sangat sangat perlukan kalian. Bantulah aku Ya Allah, bimbinglah aqidahku, ibadahku dan akhlakku. Aku mahu hatiku terus dipenjara dalam cintaMu "
Muhasabah Lagi,
madusemalu

            

3 comments:

  1. wahai SAHABAT ku.. tabah kan hati mu.. sesungguh nya ALLAH telah memilih kamu sbg khalifah yg telah di agkat sdikit darjat nya dr khalifah2 yg lain. jalan kan la tanggungjawabmu itu dgn penuh keikhlasan. walaupon aku same skali tdk layak untuk menasihati mu wahai sahabat tp izinkan aku untuk sntiase mendampingi mu dlm menjalankan urusan mu di dunia ini.
    sahabat;
    bimbing lah aku sekali bersama mu agar aku tdk tertggl jauh dan agar aku sntiasa dalam redha ILAHI.. =) sesungguhnya aku tlh lama menunggu seorg sahabat yg mampu membimbing aku ke arah itu. dan aku tahu saat berjumpa dgn mu, engkau lah yg telah ALLAh datang kan untuk membimbing aku..
    biar lah persahabatan ini adalah persahabatan yg bakal merubah aku..
    assalamualaikum wahai SAHABAT..

    ReplyDelete
  2. "=) sesungguhnya aku tlh lama menunggu seorg sahabat yg mampu membimbing aku ke arah itu. dan aku tahu saat berjumpa dgn mu, engkau lah yg telah ALLAh datang kan untuk membimbing aku.."

    Allahuakbar (T_T)...terima-kasih SAHABAT kerana mempercayai aku...aku tidak layak utk membimbingmu...Cuma aku mahu kita langkah bersama-sama..jika aku tersungkur,,kau hulurkanlah tanganmu..dan jika kau yg tersungkur,,aku kan segera membalut lukamu...InsyaALLAH...Aku mencintauMu kerana Allah wahai SAHABATku...syukran jazilan...n_n...

    ReplyDelete
  3. syukran :) aku tdk mampu berubah dgn segera tp andai aku tersungkur balut lah lukaku tanpa aku merasa sakit. krn aku xsehebat insan lain. ketabahan ku tidak setebal mana.

    ReplyDelete