Wednesday, December 28, 2011

Cinta Tanpa Syarat

Anak pertama : Mama, esok masak asam pedas ea..

Anak kedua : Mama, ketiak orang kan ade bisul 2 biji..

Anak ketiga : Mama, jom beli baju baru..

Anak keempat : Kite bukan nak songkok yang macam ni,, yang macam ni budak-budak punya..

Anak kelima : Mama mama,, arnab tu dah bersalin! anak die 6 ekor..

Anak keenam : Mama, zarep ejek kita bingung!!..

Anak ketujuh : Mama niii~~!! lagi tadi kita panggil mama, mama diam aje~ kalau orang lain mama layan...!(sambil membaling-baling ketulan ais di kedai makan)

Anak kelapan : Maamaaa,, izzat letak sambal dalam pinggan kita...(sambil menangis dgn syahdunya)



           Situasi seperti ini berlaku lebih kurang 5 minit,, maksud saya,, selang 5 minit (ini hiperbola)... anda berasa tercabar??.. pelempang itu milik anda... hehe.. sedikit peringatan : memang paku yang dibenamkan ke dalam kayu boleh dicabut kembali namun, kesan lubang itu tetap ada... kulit yang merasai pelempang itu sakit,, dan tangan yang melempang itu juga sakit.. (GANASnye guna perkataan pelempang).. Lumrah insani mahukan perhatian dan kasih sayang, dalam menagih kasih ibu dan ayah, pasti ada sedikit pertelingkahan sesama adik-beradik dan terkecil hati kepada kedua ibu bapa.. Sebagai anak, fahamilah situasi ibu bapamu, fahamilah kepenatan mereka mencari rezeki, fahamilah kekusutan mereka dalam memenuhi setiap permintaan anak-anaknya, fahamilah betapa mereka mahu memberi yang terbaik walau mereka terpaksa berkorban, fahamilah mereka... dan bagi saya, sebagai ibu bapa, raikan hajat anak-anak, belai mereka dengan kata-kata yang lembut mendidik, didik anak-anak dengan sifat qanaah, didik mereka dengan sifat-sifat mahmudah, berikan mereka makanan Iman, agar kelak anak yang soleh dan solehah dapat dizahirkan...

                Bila diselak lembaran buku kehidupan, saya menjadi sangat bertuah dikurniakan mama dan abah sebagai ibu dan bapa, sebagai ummi dan abi.. sangat banyak pengorbanan yang mereka lakukan, sebak hati ini tika mengenangkan.. cukupkah sayang yang diungkapkan??.. solehahkah diri saya??.. biarkan ia menjadi persoalan tuk renungan masa hadapan...

p/s : jadi, between quantity and quality, which one do you prefer??.. think wisely b4 jump to a conclusion... I choose both...Quality and Quantity...=)

Wallahua'lam and Assalamualaikum...

Monday, December 19, 2011

11 Things???

Assalamualaikum & Salam 'Mari menjadi Hamba'...=)
 
 Cik Landlord dengan bahagianya telah mengetag Cik Madusemalu @ Cik Mawar Berduri @ saya lah tu.. Tapi,,saya telah menangguh asenmen yg diberi oleh beliau selama 2 malam berturut-turut..Maafkan saya cik landlord..Ha,,hambik ni,,nak sangat tau kan??..=)
 
Err, ni peraturannya : Peraturan tu ape ek??
 
1.post this rules
2. write 11 things about urself
3. answers the question given
4. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post
5.You're NOT allowed to tag back ( I mean to the person who tags you )

11 THINGS about me . .

1. Orang panggil saya Hanis, anis, Aiman tak kesah, Gemok, minah rempit, budak comel...
2.Wong Jowo (org jawa)..Asal dari Muo, Johor..
3.Anak ke-2 dari 8 orang adik-beradik
4.Suka tertidur time kuliah, time tgk bola sepak, n time tgk cite scr berjemaah...pendek kata,,senang tertidur....-__-"
5.Suka memasak dan menjahit... ehem ehem,,aset tuuu~promote jap~
6.Sangat sukakan warna PINK..baldi,gayung,cadar,baju,botol air,sikat,aksesori sume kaler pink..err,,pink tu ape ek -__-"
7. Nampak lembut (ye ke???) tapi sebenarnya sangat suka memberontak kalau x puas hati...
8.Sangat cepat berasa cemburu..
9. Sangat sukakan masakan pedas hingga beri kesan pada kesihatan..=(
10. Mabuk laut & mabuk perjalanan.. mabuk perjalanan????
11. Sukakan cabaran & mencabar diri sendiri...

1.single or taken, kalau taken bgtaw name.. wow! sekali lagi wow! 
 Single,,n available...err,,silalah jumpa Wali saya ye,,sebarang surat-menyurat
tidak akan dilayan sama sekali...=D

2.umur paling sesuai utk kawin.
Sehari selepas tamat sem 8..heee~

3.wedding concept.
sederhana dan simple

4. kalau boleh undur mase, ape nk buat?
nak berubah awal-awal lagi..Tapi Alhamdulillah,,Dia sebaik-baik
perancang..Saya yg sekarang adlh hasil saya yg
dahulu...

5.chocolate or ice cream?
cekelet!!! pedulikan kalori~ gemok itu comel..

6. who is in your mind? post gmbr skali. 
my family,,miz them a lot now...


7. favorite social networking and why?
FB??..sebab dia facebook...

8. 1st impression.
sy igtkan landlord 'akak',,sbb awk nmpk matang...=)
sy tahu awk pun igt sy 'akak' kan? kan?

9. knp blogging?
brainstorming,,dari fikir jadi zikir...insyaAllah~
"Erti hidup pada memberi"

10. wish which is yet to come true
errr,,nak baliiiik~~

11. post favorite pict of me.
saya suka gambar ni sebab ada gambar saya..
dun weri,gamba ni x bleh nak zoom,,pecah2..hehe =D
 
p/s : Harap asenmen saya ni dapat A di hati Cik Landlord..Maaf lambat hantar asenmen..=) pengakuan jujur : Saya sayang Cik Landlord.... *shy shy cat
 
Assalamualaikum..=)
Cik Mawar Berduri;
madusemalu  

Friday, December 16, 2011

WooW! Jadi CIKGU & PERCUMA 13 jawatan lain!

Bismillah...Assalamualaikum..=)


Saya nak jadi cikgu sebab jadi cikgu boleh jadi SEMUA..Nape muka awak berkerut??..Awak tak caye ke cakap saya..Takpe,,kalau orang percaya cakap saya baru saya pelik..Jadinya, ni la sebabnye nape saya cakap camtuh :
  • Pendidik : oooooppss,,sapa cakap cikgu tu sama dengan pendidik??..Lain tau awak,,cikgu hanya mengajar untuk menghabiskan silibus sedangkan pendidik ni, special tahu, dia mengajar menyentuh hati-hati murid bukan dengan hanya mengajar tetapi juga mengaitkan ilmu itu dengan Islam dan mendidik anak murid supaya mengingati Allah walaupun ketika belajar. Sistem pendidikan sekarang sudahlah sekular, bertambahlah rugilah anak bangsa jika cikgunya juga berfikiran sekular, memisahkan agama dari kehidupan seharian...
    • Ummi wa abi : Tak semua pelajar masih mempunyai ibu dan ayah kan?.. Jadi, mesti seronok kalau dapat menyemai dan berkongsi kasih dengan guru.. Sebarkan cinta dan bahagia... Subhanallah, pasti rasa bahagia bila guru dan pelajar mempunyai ukhuwwah seperti seorang ibu dan anak..NAMUN, kalau pelajar perempuan dengan guru lelaki tu,ehem..haruslah tahu menjaga ikhtilat...
    • Polis : Guru berhak menangkap pelajar yang panjat pagar sekolah, guru berhak menahan pelajar yang tidak pakai lencana, pakai kain 'banjir', pakai tudung 'adik', pakai seluar ketat bawah, pakai kasut tali warna-warni, dan macam-macam lagi lar...Fuuuh~penat nak listkan semua sekali..  
    • Polis Trafik : Saya tengok kan,, kat sekolah saya cikgu-cikgi yang tolong pelajarnya lintaskan jalan...suuwwweeet kan cikgu ni~ =)
    •  Penasihat Pemakanan : Guru kan idola dan suri teladan pelajarnya, jadi insyaAllah pelajar akan ikut kata bila gurunya menasihati tentang pemakanan dan tentang diet yang sihat..
    • Penasihat fesyen : Islam  tidak pernah menghalang untuk berfesyen...nak pakai selendang?? pakailah,,janji tidak menampakkan bentuk dan menutup bahagian dada...nak pakai dress?? pakailah,,janji tidak jarang, tidak ketat, tidak membuka aurat, dan labuh...
    • Pemandu : Jika ada pelajar yang sakit, guru berpeluang menghantar mereka ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan.
    •  Interior Designer : Haruslah menghias kelas dengan cantik, supaya pelajar berasa teruja dan termotivasi dengan suasana kelas.
    •  Pakar Motivasi : Errr,,tidak semestinya seperti Datuk Dr. Fadzilah Kamsah atau insan2 hebat yang lain, tetapi cukup dengan ikhlas menghembus kata-kata semangat dan nasihat..=)
    • Imam : Guru berpeluang untuk mengimamkan solat bersama-sama anak muridnya...tapi kan,,Doktor pun boleh mengimamkan solat pesakit-pesakitnya...cumanya, ramai di kalangan kita bila ditimpa ujian sakit, jadi makin jauh dengan Allah,,nauzubilllah,,astaghfirullah..sepatutnya ujian sakit itu menjadi asbab hati kita lebih mengingati Allah...
    • Jurulatih sukan : Ha yang ni khas untuk guru Pendidikan Jasmani..=)
    • Model : Ketika guru mengajar, jangan nafikan yang anda selalu perhatikan pemakaian guru anda..betul tak?..Sedikit sebanyak pelajar akan meniru cara pemakaian gurunya..
    • Chef : Yang ni pulak sangat kena dengan guru Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga)
    • Apa-apa yang awak rasa patut..hehe =D

      P/S ; Untungkan siapa yang jadi cikgu??.. Yang lain janganlah jeles.. Setiap perkara yang kita lakukan jika niat kerana Allah, insyaAllah ada pahalanya =).. Kepada bakal guru, jadikanlah platform ini sebagai wadah perjuangan dalam menyebarkan Islam. Jadilah rantai-rantai perjuangan yang menyambung usaha dakwah Rasulullah S.A.W. Peluang itu sangat luas, amat rugilah jika kita tidak bijak merebut peluang yang ada..Jika kita mahu lihat masa hadapan, lihatlah pemuda pada hari ini.. Tidakkah kita berasa bertanggungjawab melentur dan membentuk hati pemuda-pemuda ini?..Pergunakanlah pendekatan MENDIDIK dan bukannya MENGHUKUM...kerana 3 titik hitam di atas sehelai kertas memang sangat jelas terzahir...Sedangkan warna PUTIH lebih banyak berbanding 3 titik hitam..Pandanglah setiap insan dengan pandangan dakwah...akhir kata, majulah cikgu untuk Islam..

      Wallahua'lam...Assalamualaikum...=)

      Saya Cikgu;
      madusemalu

        Tuesday, December 13, 2011

        Kuliah Maghrib (1)


        Bismillah

        Alhamdulillah dipilih dan diberi peluang juga ruang untuk menghadiri kuliah maghrib sebentar tadi…Kuliah disampaikan oleh Prof Habib Maksum dengan tajuk “La tahzan” ataupun jangan bersedih. 

        Kesimpulannya apa yang saya dapat ialah :

        1. Sebelum tidur, solat taubat dahulu <-- ini yang sangat terkesan di hati, Allahuakbar, bila saya dah mengantuk, memang kalau letak kepala terus lelap la jawabnya. Bila difikir dan direnung dan tenung, memang banyak dosa yang dilakukan seharian, cuba kalau Allah takdirkan malam tu nyawa dicabut, takut mati dalam keadaan tidak bersedia dengan dosa yang berkepuk, nauzubillah…

        2. Ada dua nikmat yang manusia selalu lupa :

                    1. Nikmat sihat 

                    2. Nikmat lapang

        Sepatutnya ketika muda remaja ini lah waktu yang perlu banyak beribadah iaitu ketika badan masih kuat dan banyak kelapangan masa. Tiba-tiba saya teringat nenek yang sudah sangat uzur masih bersemangat dan cukup solat terawihnya di masjid, Subhanallah…Dalam keadaan sudah bongkok 3, masih gagah bersolat jemaah di masjid. Insaf diri ini seketika..

        3. Tanda-tanda kebahagiaan ada 4. Jika seseorang dah memiliki yang  4 ini, InsyaAllah bahagia itu miliknya ;

                    1. Jiran yang baik

                    2. Kenderaan yang baik

                    3. Rumah yang lapang

                    4. Isteri yang solehah – Ha, point ni best =)…Muhasabah seminit bila ustaz kata ‘solehah’, semak balik diri, memang jauh panggang dari api, bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan diri ini. Gelanggang isteri itu kecil iaitu di rumah sahaja tetapi peranannya tersangatlah besar hingga mampu memberi impak pada dunia..DUNIA?? biar betul Hanis??..Bak kata sahabat saya, jika pagi-pagi isteri buat suami marah atau kecil hati, tak ke dia ke tempat kerja dengan perasaan yang berkecamuk dan tidak boleh focus?. Kerja tak efisien, habis pekerja dimarahnya, buat keputusan yang melulu, dan macam-macam lagi la..Cuba kalau isteri merangkp Ummi ni, tidak menyiapkan sarapan untuk anak-anak ke sekolah, tak ke anak-anak ni ke sekolah dengan perut yang lapar, tak dapat beri tumpuan, susah untuk menerima pelajaran..sebab sarapan sangat-sangat penting tahu..=) Sekadar memberi sedikit contoh. Suka dengan ayat ni, “Jadilah anak yang solehah sebelum tergesa-gesa mengimpikan menjadi isteri yang solehah”…=)

        4. Perbuatan yang Nabi Muhammad s.a.w suka umatnya lakukan :

                    1. Mengeratkan silaturrahim

                    2. Memberi orang makan

                    3. Melakukan/melazimi Qiamullail <-- Errrr……………….Allah , Allah, Allah….tidak perlu rasanya saya kupas… Terkena sebijik kat hidung, ‘DUSH!’…Sememangnya mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..Bila beribadat terasa lazat, barulah kemanisan Iman itu dapat dirasai..Maksudnya,, maksudnya apa?.. Maksudnya, Hanis kena banyak bermujahadah..=)


        p/s : Anda ada kredit lebih?.. Inginkan pahala dengan berSMS? Taip “Awak,,bangunlah,,jom qiam sama-sama” dan hantar ke **3-3456789….=) Doakan saya dapat menjawab test organic chemistry esok dengan tenang..

        Assalamualaikum…


        Sunday, December 11, 2011

        Anak Soleh Permata Keluarga


        Alhamdulillah, pada 11/12 dapat mengikuti  program Bicara Siswi di Surau Ar-Rashidin, Kolej Harun Aminurrashid. Jadi, nak kongsi apa yang saya dapat agar ilmu tu senang saya nak ingat..insyaAllah =).. 

        Penceramah : Ustazah Nazzatturaha binti Dahalan

        “Anak Soleh Permata Keluarga”

        Surah al-baqarah : 83

        Walaupun Allah sebut Bani Israel, umat pada zaman nabi Musa, tetapi kita boleh ambil pgjrn:

        1. Jangan sembah melainkan pada Allah

        2. BERBUAT BAIK pada ibu bapa

        -Tak semua orang dapat ibu bapa yang baik, ada yang membuat kerosakn di bumi, ada yang kafir, ada yang tidak ikut ajaran agama, yang suka marah, dan yang kejam.
        -Bolehkan sbg anak kita sayang mereka???..susah kan..kasih syg lahir dari iman..jadi,,bila ibu bapa kurang beriman susah nak syg mereka..
        - Allah berfirman buat baik pd ibu bapa, buat baik BERBEZA dgn taat..sbb berbuat baik x kira pada ibu bapa yg baik ataupun yg tidak beriman.

        :::Taat boleh berubah haknya tetapi berbuat baik tidak berubah:::

        3. Dirikan solat dan tunaikan zakat

        Surah al-ahqaf : 15-19

        -Berbuat baik pada orang tua..Dalam ayat ini Allah hanya sebut tentang Ibu. Kenapa???. Sebab dia yg mengandungkan kita. Sebab ke2, ibu yg melhirkan.sebab ke-3, kerana tempoh mengandung hingga bercerai susu adalah lama iaitu 30 bulan. Jadi,,kita kena berbuat baik dengan berdoa dan menjaga kata-kata.
        -Tiada sebab untuk tidak berbuat baik,,kerana 2 sebab di atas sudah cukup untuk menuntut kita berbuat baik.
        -Contoh ayat derhaka?. “Inike yg kamu nak ingatkan,,sedangkan aku sudah tahu?.” Utk org yg begini, mereka ini sama azabnya dgn org2 yg trdahulu. Utk umat NABI MUHAMMAD s.a.w,,azabnya ditangguh di akhirat nanti.

        -3 perkara Allah bagi azab cash:

        1.Derhaka pada ibu bapa
        -buat ibu bapa risau pun berdosa
        -Kisah Juraij

        2. Orang yg melakukan maksiat dengan sombong
        “Tengok aku boleh dating,,ko pakai tudung labuh mane boleh dating?..Ko boleh?”

        3. Orang yang berbuat zalim
        -buat orang lain kecil hati.

        **Tak kiralah kita ni org pandai ke,,selalu taat pd ibu bapa,,kita ttp HAMBA kpd Allah.

        *kdg2 keliru,,betul ke kita sembah Allah ta’ala??. Sebabnya,,kita terlalu byk TUHAN..depan cikgu,,nak perfect,,rupe2nye copy kwn….cthnya,,x solat,,rasa seronok kalau period..sikp kita mnnjukkan kita x sembah Allah dgn sebenar2nya. Hidupnya x seronok, keliru, tak tenang.

        *Hati yg tenang lahir dr hubungan yang baik dengan Allah dan manusia.

        *Orang yang menyembah Allah ta’ala akan dapat buat semua kebaikan. Buat baik dgn ibu bapa, manusia, kaum kerabat dan mengawal lidah.

        *Org yg mengaku menyembah Allah,, bilamana dia tidak mengatakan kata2 yg elok kpd manusia,,dia tidak menyembah Allah dengan sebenar2nya.

        Ketaatan kepada Ibu Bapa
        1. Pertama sekali, kena bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa.bersyukur ada 2 :
        1. bersyukur dengan lisan,,ucap Alhamdulillah..Alhamdulillah lebih tinggi dari terima-kasih..Alhamdulillah brmaksud SEGALA PUJI bg Allah..sedangkan terima-kasih hanya 1 pujian. Sebut Alhamdulillah dan sebut apa nikmat tu..Alhamdulillah hari ni saya dapat hidup lagi, dapat bangun subuh..Alhamdulillah saya dapat datang ke surau hari ini..
        2.  bersyukur dengan perbuatan. Benda yang haram dah sah2 x boleh ikut..tapi benda yang bukan haram,,tapi mak kita tak bagi,,tetap kita kena buat..contoh: Mak tak bagi pegi umah kawan,,kita kena ikut cakap mak..sbg tanda kita taat pada ibu bapa. Taat melibatkan rasa ketuhanan. Taat kepada Allah dulu baru melahirkan taat kepada yang lain-lain.

                   Rahsia ketaatan

        è Kita lihat kata-kata itu lahir dari orang yang berkata-kata. PENAHKAh kita terfikir kata-kata kita dari perintah dan izin Allah ta’ala. Kdg2 kita pelik mak kita suruh kita pakai baju cantik2,,rupanya mak nak jodohkan kita ngn ustaz..huhu contoh laar~

        è Contoh lagi : Kita dah berkenan dgn seorang akhi yg sangat alim,,pakai serban,,janggut panjang..tapi mak kita x berkenan dgn dia,,mak kita pun x tahu kenapa ada perasaan x berkenan..Sebenrnya Allah nak uji ketaatan kita pd ibu bapa dan sesungguhnya Dia itu sehebat2 perancang.

        è Contoh lagi ; nak pergi suatu tempat (hutan) sebab kem..mak x bagi pergi..jadi jgn pergi..Ada musibah yg x diingini akn berlaku,,dengan izin Allah..

        è Apa hikmah ketaatan??..Supaya dapat lari dari godaan syaitan. 

        è Dalam ketaatan ada rahsia ketuhanan.

        Sesi Soal Jawab :

        1. Anak yang buat dosa, mak bapak yang tanggung?. Macam x adilkan?
        -Jika kita buat kebaikan, mak ayah kita pun dapat saham..Tapi, mak ayah tak akan tanggung dosa kita kalau kita buat kejahatan.  Dosa ni takde orang lain yang tanggung kecuali orang tu sendiri..Tetapi ayah ada tanggungjawabnya yang berat..jika ayah nak  masuk syurga, ada anak yang derhaka,,ayah tu ditangguh untuk masuk syurga..Ayah juga tidak menanggung dosa anak-anak mahupun dosa anak perempuan. Tetapi ditangguh tempoh untuk masuk ke syurga.

        p/s : Maaf banyak2,,asif jiddan sebab tak edit lawa-lawa..hehe saya takut bertangguh dan nanti berkepuk la draft…=)




        Saya Berdarah B yang Gemuruh

        Saya berdarah gemuruh,
        Tapi ujian klinikal membuktikan saya berdarah B,
        Jadi kesimpulannya,
        Saya berdarah B yang gemuruh.

        Sedari bangku sekolah rendah lagi,
        Jantung tanpa belas ihsan akan berdegup bagai nak pecah,
        Jika disuruh berdiri dan berkata-kata di hadapan,
        jangankan untuk berkata-kata di hadapan,
        disuruh baca atau menjawab soalan sahaja,
        mulalah terasa nikmatnya amukan jantung,
        Alhamdulillah.

        Teringat satu peristiwa,
        Berminggu-minggu lamanya berlatih bersajak,
        Untuk mewakili sekolah,
        Ketika latihan,
        Mereka menjangkakan aku mampu menang,
        Dek berkesannya sajak yang disampaikan,
        Namun keadaan berubah 360%,
        Saya terkejut dipilih sebagai peserta pertama,
        Ditambah pula dewan secara tiba-tiba,
        Dipenuhi oleh pelajar 'pihak lawan',
        Akibatnya,
        Sajak disampaikan bagai kereta api lagaknya,
        Gaya tangan dan badan yang memukau hilang ditelan resah,
        Ekspresi muka yang menggambarkan makna sajak,
        lesap dek bibir yang pucat dan menggigil,
        Suara yang mampu meninggi dan menggetarkan pendengar,
        Berubah intonasi rendah,
        tidak memukau,
        Mereka kecewa,
        Saya kecewa,
        Latihan berminggu-minggu lamanya,
        Menjadi sia-sia kerana 5 minit persembahan,
        Saya pasrah.

        Saya berdarah  B yang gemuruh,
        Saya tidak mahu kalah dengan kelemahan ini,
        Saya sering sahaja mencabar diri sendiri,
        Mencabar rasa gemuruh dan menyeksa jantung,
        Dengan menyertai apa-apa pertandingan,
        Yang melibatkan seni berbicara,
        Dengan harapan,
        Akan terbiasa dan hilanglah gemuruh,
        NAMUN TIDAK,
        Bukan itu yang berlaku,
        Walau berpuluh-puluh kali menyertai,
        Simptom-simptom itu tidak jemu menjenguk diri,
        Jantung akan mengganas dan amukannnya seperti menggila,
        Kaki menggeletar,
        Bibir bergetar,
        Suhu tangan turun ke 10 degree celcius,
        Suara terketar-ketar bagai terjumpa hantu lagaknya,
        Bait-bait kata menjadi tunggang-langgang,
        Hingga satu saat,
        Terasa kasihan pada jantung,
        Sering membuatnya marah dan mengamuk.

        Mengapa?,
        Mengapa begini?,
        Saya tidak meminta untuk memiliki sifat ini,
        Lantas saya kira,
        Ini adalah ujian buat saya,
        Sungguh Allah itu Maha Adil,
        Segala percaturan-Nya tersembunyi hikmah,
        Yang saya sendiri tidak mampu untuk merungkai,
        Namun setiap hambaNya sudah tercatat rezeki masing-masing,
        Mungkin ini bahagianku,
        Aku terima.

        "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." Surah Ar-Ra’d (ayat 11)
        Nah,
         Bergembiralah wahai hati dengan firman Allah ini,
        Mungkin usahamu belum cukup,
        Mungkin ini sebagai ujian agar engkau lebih mengingati-Nya,
        Iya,
        Ustazah pernah berkata bahawa Takdir Muallaq itu boleh berubah,
        Disebabkan usaha, doa, dan sedekah,
        Mengapa cepat benar kau tawar hati,
        Sedangkan kau boleh mengubah takdir itu,
        Sudahlah,
        Jangan melemparkan kesalahan pada takdir,
        Impossible is nothing,
        Muslimah Power. (tetiba plak en)

         
         
        p/s : Please,,help me~~~~!!