Sunday, December 19, 2010

Mengapa aku mahu mempunyai BLOG?? mengapa? Adakah perlu? Untuk apa?

 Nak tau ke? nah....ambik ni jawapannya....

Aku mahu mempunyai blog kerana aku mahu.noktah. Aku mahu menulis di sini kerana aku tidak mahu melupakan apa yg telah aku azamkan. Kerana aku insan biasa yg mudah terlupa. Aku mahu menulis di sini supaya insan lain mampu menasihati aku tanpa perlu tahu siapa aku...Tanpa perlu menghakimi apa yg digarapkan hanya kerana dia mengenaliku yg DULU...Hanya menasihati atas dasar saudara seIslam..Aduuh,,indah sungguh~~ Aku mengalu-alukan sebarang komen dan nasihat kalian kerana aku sangat ketandusan dan kehausan nasihat...InsyaAllah aku akan  berlapang dada dgn segala teguran...tegurlah aku walau kalian merasakn kalian belum cukup baik utk menasihatiku kerana tiada insan yg sempurna di muka bumi Allah ini..."Sampaikanlah walau sepotong ayat"...

Mungkin entri2 yg bakal aku garap mempunyai unsur2 seperti diari. Maafkan aku kerana menjadi insan biasa yg punya keinginan untuk meluahkan apa yg terpendam. Aku hanya seorg insan hina yg banyak kekurangannya...Aku menulis kerana aku MAHU dan aku mempunyai kesempatan utk itu....Semoga niatku lurus dan ikhlas krnMu ya Allah...
                        
                                  
                                    Buah cempedak di luar pagar,
                                    Ambil galah tolong jolokkan;
                                    Aku budak baru belajar,
                                    Kalau salah tolong tunjukkan.


Salam sayang,
madusemalu